Valeri Qazaishvili

Valeri "Vako" Qazaishvili[1] (lahir 29 Januari 1993) ialah pemain bola sepak profesional Georgia yang bermain sebagai pemain tengah menyerang untuk kelab Liga Super China Shandong Taishan dan pasukan kebangsaan Georgia.

Valeri Qazaishvili
Vako bermain untuk San Jose Earthquakes pada 2017
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1993-01-29) 29 Januari 1993 (umur 31)
Tempat lahir Ozurgeti, Georgia
Ketinggian 174 cm (5 ka 9 in)
Posisi permainan Pemain tengah menyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Shandong Taishan
Nombor 10
Kerjaya remaja
0–2010 Saburtalo Tbilisi
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2011 Saburtalo Tbilisi 0 (0)
2010–2011Metalurgi Rustavi (pinjaman) 9 (1)
2011Sioni (pinjaman) 0 (0)
2011–2017 Vitesse 106 (26)
2016–2017Legia Warsaw (pinjaman) 12 (1)
2017–2020 San Jose Earthquakes 96 (27)
2021–2023 Ulsan Hyundai 106 (28)
2024– Shandong Taishan 20 (5)
Pasukan kebangsaan
2009–2010 Georgia B17 6 (3)
2010–2011 Georgia B19 6 (2)
2011–2013 Georgia B21 11 (4)
2014–2022 Georgia 62 (13)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 Julai 2024
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 6 Jun 2022

Vako memulakan kerjayanya di liga negara asalnya sebelum menyertai kelab Eredivisie Vitesse pada tahun 2011. Dia menghabiskan musim 2016–17 secara pinjaman di Legia Warsaw, di mana dia memenangi Ekstraklasa dan bermain dalam Liga Juara-Juara UEFA. Dia kemudian menyertai San Jose Earthquakes di Major League Soccer dan menghabiskan empat musim di sana.

Dia membuat penampilan perdananya bagi pasukan kebangsaan Georgia pada 2014.

Kehidupan peribadi

sunting

Vako lahir di Ozurgeti, semasa kecil dia dan keluarganya berpindah ke Distrik Vake-Saburtalo,Tbilisi ibu negara Georgia. Ibunya ialah seorang guru bersahaja sementara ayahnya bekerja sebagai kakitangan kilang; adik lelakinya, Beka kira-kira lapan belas bulan lebih muda dari Vako. Semasa berumur 18 tahun, dia telah berkahwin dengan isterinya Gvantsa dan mempunyai seorang puteri bernama Emilia pada 2015.[2] Vako mendapat kad ID Hijau Amerika Syarikat pada Januari 2019, kad yang khas itu diberikan bagi mana-mana pemain yang menyertai skuad semasa kelab-kelab MLS.[3]

Vako berteman dekat dengan rakan sepasukan lain Guram Kashia, mereka satu kelab di Vitesse dan Guram ikut menyertai San Jose bersama Vako pada 2018.[4] Vako berkata dia berani merantau ke Belanda semasa masih sangat belia ialah kerana pertemanannya Kashia dan Giorgi Chanturia di Vitesse. Menurut pengalamannya, merantau ke negara orang rasanya sungguh berat. Keadaan dan budaya berbeza dari kampung asal dan dia ialah tamu yang berpijak di tanah sang tuan rumah.[5]

Vako sejak kecil mengidolakan pemain Juventus Alessandro del Piero. Pada salah satu temu ramah, Vako berkata bahawa ia juga mengidolakan Lionel Messi.

Pencapaian

sunting

Legia Warsaw

Ulsan Hyundai

Individual

Rujukan

sunting
  1. ^ Bahasa Georgia: ვალერი "ვაკო" ყაზაიშვილი, pronounced [valeɾi vakʼo qʼazaiʃʷili]
  2. ^ Muscroft, Charlotte. "FEATURE: Quakes designated player Vako opens up about his childhood, life as a family man and moving to San Jose". sjearthquakes.com. Dicapai pada 23 November 2019.
  3. ^ "NEWS: Earthquakes Midfielder Vako Obtains Green Card". Earthquakes Communications.
  4. ^ Soria, Joel (2 August 2019). "How Vako went from outcast to centerpiece for surging San Jose Earthquakes". mlssoccer.com. Dicapai pada 23 November 2019.
  5. ^ Muscroft, Charlotte (27 July 2018). "FEATURE: Quakes designated player Vako opens up about his childhood, life as a family man and moving to San Jose". sjearthquakes.com. Dicapai pada 23 November 2019.
  6. ^ "[Goal Live] 주민규·홍정호 등 K리그1 베스트11 선정…울산 4명으로 최다".

Pautan luar

sunting