Maha Vajiralongkorn

Raja Thailand
(Dilencongkan daripada Vajiralongkorn)

Raja Vajiralongkorn, Raja Rama X Thailand (diputerakan 28 Julai 1952) ialah Raja Thailand sejak 13 Oktober 2016. Sebagai raja ke-10 dalam Dinasti Chakri, baginda digelar sebagai Raja Rama X.

Vajiralongkorn
วชิราลงกรณ
وجرالڠکران
Raja Rama X
راج رام كـ10
Potret rasmi, 2017
Raja Thailand
Pemerintahan 13 Oktober 2016 – kini
Kemahkotaan4 Mei 2019
Didahului olehBhumibol Adulyadej (Rama IX)
PewarisDipangkorn Rasmijoti
Perdana MenteriPrayuth Chan-ocha
Pemangku rajaPrem Tinsulanonda
Keputeraan (1952-07-28) 28 Julai 1952 (umur 72)
Istana Dusit, Dusit, Bangkok, Thailand
PasanganSoamsawali Kitiyakara
(k. 1977; c. 1991)

Sujarinee Vivacharawongse
(k. 1994; c. 1996)

Srirasmi Suwadee
(k. 2001; c. 2014)

Suthida Tidjai
(k. 2019)

Niramon Ounprom
(k. 2019)
AnakandaPuteri Bajrakitiyabha
Juthavachara Vivacharawongse
Vacharaesorn Vivacharawongse
Chakriwat Vivacharawongse
Vatchrawee Vivacharawongse
Puteri Sirivannavari Nariratana
Putera Dipangkorn Rasmijoti
Nama penuh
Vajiralongkorn Borommachakkrayadisonsantatiwong Thewetthamrongsuboriban Aphikhunuprakanmahittaladunladet Phumiphonnaretwarangkun Kittisirisombunsawangkhawat Borommakhattiyaratchakuman
Nama diraja
พระบาทสมเด็จพระปรเมนทรรามาธิบดีศรีสินทรมหาวชิราลงกรณ มหิศรภูมิพลราชวรางกูร กิติสิริสมบูรณอดุลยเดช สยามินทราธิเบศรราชวโรดม บรมนาถบพิตร พระวชิรเกล้าเจ้าอยู่หัว
KerabatDinasti Chakri
AyahandaBhumibol Adulyadej (Rama IX)
BondaSirikit Kitiyakara
AgamaBuddha
TandatanganTandatangan Vajiralongkorn วชิราลงกรณ وجرالڠکران


Pada usia 20 tahun, Vajiralongkorn telah menandatangani surat penerimaan warisan takhta. Maha Vajiralongkorn telah menamatkan pengajian di Kolej Tentera Diraja Duntroon, Canberra, Australia . Baginda juga mendapat latihan ketenteraan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

Baginda merupakan juruterbang jet tentera yang bertauliah dan juruterbang helikopter.

Semasa tahun 1970-an, baginda turut terlibat dalam menentang kebangkitan pengganas komunis yang dicetuskan oleh Parti Komunis Thailand di sempadan Thailand-Kemboja yangg ketika itu dikuasai oleh rejim Khmer Rouge.

Setelah kemangkatan ayahandanya, Raja Bhumibol, pada 13 Oktober 2016, Vajiralongkorn tidak mengambil alih jawatan ayahandanya serta merta kerana ingin "diberikan masa untuk berkabung bersama rakyat Thai."[1] Vajiralongkorn menaiki takhta pada malam 1 Disember 2016 setelah menerima undangan rasmi daripada parlimen Thailand tetapi hanya akan ditabalkan setelah persemadian ayahandanya.[2]

Keputeraan

sunting

Vajiralongkorn diputerakan pada 28 Julai 1952 pada pukul 5.45 petang [3] di Istana Dusit, Bangkok. Nama keputeraan penuh baginda ialah Vajiralongkorn Barommachakkrayadisonsantatiwongse Deveshrathamrongsubariban Abhikhunuprakarnmahittaladuladej Bhumibholnaresvarangkura Kittisirisomburana Savangavadhana Barommakhattiyarajakumara (Bahasa Thai: วชิราลงกรณ บรมจักรยาดิศรสันตติวงศ เทเวศรธำรงสุบริบาล อภิคุณูประการมหิตลาดุลเดช ภูมิพลนเรศวรางกูร กิตติสิริสมบูรณ์สวางควัฒน์ บรมขัตติยราชกุมาร). Baginda seorang sahaja paduka putera Raja Bhumibol Adulyadej dan Permaisuri Sirikit. Nama baginda dalam bahasa Sanskrit bermaksud "hiasan (alaṅkaraṇa) kilat".

Baginda menerima pendidikan di Sekolah Rendah Chitlada School di Bangkok dan kemudian di beberapa kolej swasta di United Kingdom dan Australia.

Pada tahun 1972, baginda dikurniakan dengan gelaran Somdech Phra Boroma Orasadhiraj Chao Fah Maha Vajiralongkorn Sayam Makutrajakuman setelah dilantik sebagai putera mahkota negara itu.

Alam dewasa

sunting

Vajiralongkorn menjalani latihan ketenteraan di Kolej Tentera Diraja Duntroon, Canberra, Australia dan juga telah meraih ijazah sarjana dalam sastera dari Universiti Sukhothai Thammatirat di Bangkok.

Sejak 1975 baginda berkhidmat sebagai pegawai tentera dalam Angkatan Tentera Diraja Thai. Baginda kemudian berkhidmat sebagai pegawai turus dalam Bahagian Perisikan Tentera Darat. Seterusnya pada 1978, baginda mengetuai Batalion Pengawal Diraja. Baginda kemudian berhenti dari perkhidmatan tentera untuk menjadi sami Buddha sebagaimana yang lazim dilakukan oleh raja-raja Thailand sebelum ini.

Vajiralongkorn mendapat latihan ketenteraan meluas di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia . Hal ini termasuk kursus latihan komando, taktik peperangan konvensional dan dalam air. Baginda juga ditauliah sebagai juruterbang kapal terbang dan helikopter tentera.

Kerabat

sunting

Pada 3 Januari 1977, Vajiralongkorn berumah tangga dengan Puteri Soamsavali Kitiyakara yang merupakan sepupu sebelah bondanya. Anakanda mereka, Puteri Bajrakitiyabha, diputerakan pada 1978.

Vajiralongkorn berumah tangga sekali lagi pada 29 April 2005 dengan Mom Srirasmi Mahidol na Ayuthaya.


Rujukan

sunting
  1. ^ Reuters twitter
  2. ^ "Thai Crown Prince Maha Vajiralongkorn to be proclaimed king".
  3. ^ ราชกิจจานุเบกษา, ประกาศสำนักนายกรัฐมนตรี เรื่อง ให้หยุดราชการและชักธงชาติเนื่องในการที่พระราชกุมารประสูติ, เล่ม 69, ตอนที่ 49, 12 สิงหาคม พ.ศ. 2495, หน้า 2434