Rangkaian Kawasan Tempatan maya

sunting

Definisi

Rangkaian maya tempatan ataupun Virtual Local Area Network (VLAN) adalah cara untuk mencipta rangkaian yang banyak secara logikal tersusun sendiri-sendiri.VLAN merupakan satu model rangkaian yang memang tidak terhad kepada lokasi fizik seperti LAN VLAN sendiri berada dalam rangkaian Local Area Network (LAN) , ini mengakibatkan suatu network dapat dikonfigurasi secara virtual tanpa perlu mengikut kehendak lokasi fizik peralatan. sehingga dalam rangkaian (LAN) boleh terdapat satu atau lebih VLAN. Dengan demikian kita dapat mengambil kesimpulan bahawa dalam dalam suatu rangkaian, kita dapat membuat lagi satu atau lebih rangkaian (rangkaian di dalam rangkaian). Tatarajah VLAN itu sendiri dilakukan melalui peranti mudah (software), sehingga walaupun komputer tersebut berpindah tempat, tetapi ia tetap berada pada rangkaian VLAN yang sama.Penggunaan VLAN akan membuat tetapan rangkaian menjadi sangat fleksibel di mana boleh dibuat segmen yang bergantung pada organisasi atau jabatan, tanpa bergantung pada lokasi stesen kerja seperti pada gambar dibawah ini. Bagaimana berfungsi

VLAN diklasifikasikan berdasarkan kaedah (jenis) yang digunakan untuk mengklasifikasikannya, baik menggunakan port, MAC addresses dsb. Semua maklumat yang mengandungi penandaan / pengalamatan suatu vlan (tagging) di simpan dalam suatu database (jadual), jika penandaannya mengikut port yang digunakan maka database harus menyusun port-port yang digunakan oleh VLAN. Untuk menguruskannya maka biasanya digunakan switch / bridge yang teratur atau yang senang di kendali. Switch / bridge inilah yang bertanggung jawab menyimpan semua maklumat dan konfigurasi suatu VLAN dan dipastikan semua switch / bridge mempunyai maklumat yang sama. Switch akan menentukan ke mana data-data akan diteruskan dan sebagainya atau dapat pula digunakan suatu software pengalamatan (bridging software) yang berfungsi mencatat / menandakan suatu VLAN beserta workstation yang didalamnya.untuk menghubungkan antara VLAN diperlukan router.

Jenis VLAN

Berdasarkan perbezaan pemberian membership, maka VLAN boleh dibahagikan kepada empat: 1.Port based Dengan melakukan konfigurasi pada port dan memasukkannya dalam kumpulan VLAN sendiri. Apabila port tersebut akan dihubungkan dengan beberapa VLAN maka port tersebut harus berubah fungsi menjadi port trunk (VTP)

2.MAC based Membership atau pengelompokan pada jenis ini didasarkan pada MAC Address. Tiap switch mempunyai jadual MAC Address tiap komputer beserta kumpulan VLAN tempat komputer itu berada

3.Protocol based Kerana VLAN bekerja pada layer 2 (OSI) maka penggunaan protokol (IP dan IP Extended) sebagai dasar VLAN dapat dilakukan.

4.IP Subnet Address based Selaij bekerja pada layer 2, VLAN boleh bekerja pada layer 3, sehingga alamat subnet boleh digunakan sebagai asas VLAN

5. Authentication based Device atau komputer boleh diletakkan secara automatik di dalam rangkaian VLAN yang berdasarkan pada autentifikasi user atau komputer menggunakan protokol 802.1x

Sedangkan dari saluran sambungan dari VLAN boleh di bahagi kepada 3:

a. Trunk Link

b. Access Link

c. Hibrid Link (Gabungan Trunk dengan Access)

sunting

http://gangswah.blogspot.com/2012/03/apa-itu-jaringan-vlan.html