UtusanTV
UtusanTV ialah sebuah laman web berita Malaysia yang ditubuhkan sejak 1 Januari 2021.[1] Ia dibangunkan oleh sekumpulan mantan wartawan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (UMMB) yang kehilangan kerja apabila syarikat itu ditutup pada 9 Oktober 2019.[1] Ia diterajui oleh ketua pengarangnya, Datuk Zulkefli Hamzah[2] yang merupakan pengarang Utusan Malaysia sebelum akhbar tersebut diberhentikan penerbitannya pada 2019.
Jenis | Akhbar dalam talian |
---|---|
Diasaskan | 1 Januari 2021 |
Bahasa | Melayu |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur |
Negara | Malaysia |
Pemilik | Utusan Binders Sdn Bhd |
Ketua pengarang | Zulkefli Hamzah |
Laman sesawang | utusantv |
Latar belakang
suntingUtusan TV dibangunkan oleh Zulkefli Hamzah dan kumpulan bekas wartawan Utusan Malaysia dan mula beroperasi pada 1 Januari 2021.[1] Terdahulu, Zulkefli yang merupakan bekas pengarang Utusan Malaysia tidak dilibatkan dalam penerbitan semula akhbar yang beliau pernah terajui oleh pemilik baharu syarikat tersebut, Media Mulia. Dengan sokongan sekumpulan rakan-rakan, beliau membeli Utusan Binders Sdn Bhd, sebuah anak syarikat UMMB yang memegang permit enam majalah syarikat penerbitan itu, iaitu Mastika, Wanita, Saji, Hijab, URTV dan Al-Islam.[3]
Isu dan tengkarah
suntingSekatan capaian
suntingPada 7 Ogos 2023, portal berita UtusanTV tidak boleh dicapai oleh sesetengah pengguna perkhidmatan internet Unifi dan Maxis.[2] Tindakan sekatan tersebut telah mendapat perhatian beberapa pertubuhan seperti BERSIH.[4] dan Gerakan Media Merdeka (GeraMM),[5] lebih-lebih lagi sekatan telah dibuat dalam fasa enam buah negeri sedang menghadapi pilihan raya peringkat negeri masing-masing.
Rujukan
sunting- ^ a b c "UtusanTV.com: Baru tiga bulan tapi sudah mula menyengat". VOA Media Network (dalam bahasa Inggeris). 2021-03-31. Dicapai pada 2023-08-09.
- ^ a b "Portal berita UtusanTV pula disekat akses". MalaysiaNow. 2023-08-07. Dicapai pada 2023-08-09.
- ^ "Why is UtusanTV blocked by MCMC? And are they linked to Utusan Malaysia?". Yahoo News (dalam bahasa Inggeris). 2023-08-07. Dicapai pada 2023-08-09.
- ^ "BERSIH minta SKMM jelaskan kenapa UtusanTV disekat". Berita Harian. 8 Ogos 2023. Dicapai pada 9 Ogos 2023.
- ^ Zulkifli, Hanani (2023-08-08). "SKMM perlu perjelas sekatan terhadap UtusanTV – Geramm - The Merdeka Times" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-09.