Upin & Ipin (musim 1)
Musim pertama Upin & Ipin, siri animasi televisyen Malaysia, diterbitkan khusus untuk meraikan Ramadhan 2007 untuk mendidik anak-anak tentang erti dan pentingnya bulan suci. Sambutan terhadap siri pendek ini mendorong Les' Copaque Production menerbitkan musim berikutnya dalam hubungannya dengan bulan Ramadhan.[1] Musim pertama Upin & Ipin memenangi anugerah Animasi Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2007.[2]
Upin & Ipin | |
---|---|
Musim 1 | |
Negara asal | Malaysia |
Bil. episod | 6 |
Keluaran | |
Rangkaian | TV9 |
Tarikh siaran | Invalid date range |
Kronologi musim | |
Episod
suntingNo. di siri |
No. di musim |
Tajuk | Siaran pertama | style="background-color: #339900;
| |
---|---|---|---|---|---|
1 | 1 | "Esok Puasa" | 14 Januari 2007 | Vol. 1 | |
Upin dan Ipin, yang berumur lima tahun, mula mengenali erti "puasa" dan ingin mengetahui tujuan dan faedah berpuasa seperti anak-anak Muslim lain seusianya. Opah dan Kak Ros sedia menerangkan maksud dan tujuan berpuasa kepada mereka. Jadi, ini adalah kali pertama kembar ini berbuka puasa. (Skrip)
| |||||
2 | 2 | "Dugaan" | 15 Januari 2007 | Vol. 1 | |
Sesungguhnya sukar untuk anak-anak muda seperti Upin dan Ipin yang cergas dan nakal berpuasa untuk kali pertama. Mereka selalu terlupa ibadah puasa mereka apabila bangun pagi atau setelah bermain ketika cuaca panas terik, sehingga kawan-kawan mereka yang bukan Islam seperti Mei-Mei dan Raju pun terpaksa mengingatkan mereka. (Skrip) | |||||
3 | 3 | "Nikmat" | 16 Januari 2007 | Vol. 1 | |
Tiba waktunya Upin dan Ipin berbuka puasa setelah mengharungi pelbagai dugaan pada hari pertama mereka berpuasa. Memang teruja dan tidak sabar mereka berdua menunggu saat menikmati hidangan lazat sempena malam berbuka puasa. Usaha puasa mereka akhirnya berhasil apabila mereka menikmati makanan sehingga kenyang. Selepas itu, kedua-dua mereka tertidur sambil terlupa rancangan untuk ke surau. (Skrip)
.بسم الله الرحمن الرحيم، امين.
بسم الله الرحمن الرحيم، اللهم لك صمت، وبك امنت، وعلى رزقك افطرت، برحمتك يا الرحم الرحيمن، امين. | |||||
4 | 4 | "Terawih" | 21 Januari 2007 | Vol. 1 | |
Peluang Upin dan Ipin mengikut Opah dan Kak Ros ke surau untuk sembahyang terawih tercapai juga setelah beberapa hari berpuasa. Doa terawih sempena Ramadan ini seolah-olah menjadi peluang kanak-kanak bermain bersama kawan-kawan dan bukannya beribadah, tidak terkecuali Upin, Ipin dan kawan-kawan mereka. Setelah berkongsi pengalaman berpuasa, mereka pun bermain juga. Akhirnya keseronokan kanak-kanak itu berakhir setelah Kak Ros mengarahkan mereka turut serta dalam sembahyang. | |||||
5 | 5 | "Esok Raya" | 12 Februari 2007 | Vol. 1 | |
Opah cuba meyakinkan Upin dan Ipin bahawa ibadah puasa itu satu kewajipan yang akan diberi pahala oleh Allah setelah menamatkan riwayat. Adalah menjadi kebiasaan zaman sekarang bahawa ibu bapa memberi anak-anak duit sebagai ganjaran tanpa mengajar mereka menghayati erti puasa. | |||||
6 | 6 | "Hari Raya" | 13 Februari 2007 | Vol. 1 | |
Kawan-kawan Upin dan Ipin tiba di rumah adik-beradik itu untuk beraya bersama. Mereka semua yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama ini menikmati hidangan yang disediakan Opah. Setelah makan, mereka semua berkongsi pengalaman berpuasa sementara Opah yang sentiasa ada untuk memberi nasihat dan galakan kepada mereka untuk berpuasa pada tahun-tahun akan datang. (Skrip)
|
Buat Semula/Dikuasai Semula
suntingUpin & Ipin Edisi Ramadan Raya ialah siri animasi telefilem yang ditayangkan menerusi Astro First pada tahun 2022.
Pada 2022, Ditayangkan di MNCTV.
Rujukan
sunting- ^ Upin & Ipin, Les Copaque, 4 September 2007. Accessed 8 January 2010.
- ^ Series Upin & Ipin Won in KLIFF 2007!!, Les Copaque, 30 November 2007. Accessed 8 January 2010.