Ununennium
Ununennium, juga dikenali sebagai eka-fransium atau elemen 119, ialah unsur kimia andaian yang mempunyai simbol Uue dan nombor atom 119. Ununennium dan Uue ialah nama unsur sistematik sementara yang digunakan sehingga unsur ini dijumpai, dikenalpasti dan nama baru diberikan. Dalam jadual berkala, unsur ini tergolong dalam blok-s, iaitu satu logam alkali. Ununennium merupakan unsur yang paling ringan yang belum disintesis.