Untukmu (album Feminin)
Untukmu[1] ialah album studio pertama dari kumpulan pop Malaysia, Feminin dikeluarkan pada 1993 oleh New Southern Records. Album ini telah terjual melebihi 100,000 unit.[2][3]
Untukmu | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 1993 | |||
Dirakamkan pada | 1992-1993 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Pop | |||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Syarikat | New Southern Records | |||
Penerbit | Susan Goh, KRU | |||
Kronologi Feminin | ||||
| ||||
Single daripada Untukmu | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Penerbitan
suntingKetika album ini dihasilkan, Feminin dianggotai oleh lima ahli iaitu As selaku vokal utama, Along sebagai vokal kedua serta Deq Nor, Yatie dan Watie sebagai vokal harmoni. Namun begitu, selepas setahun bersama, dengan alasan peribadi Along telah menarik diri yang meninggalkan Feminin berempat untuk meneruskan karier mereka.
Muzik di dalam album ini lebih kepada muzik hip hop old school. Terdapat 10 buah lagu didalam album ini termasuk sebuah lagu yang telah menimbulkan kontroversi iaitu "Rentak Disco 1, 2, 3" dikatakan adalah lagu ciplak dari sebuah lagu dari sebuah kumpulan Barat, Twilight Zone. Di dalam album ini juga terdapat sebuah lagu yang mengingatkan semua untuk membantu masyarakat Islam di Bosnia, "Syurga Di Dunia".
Senarai runut
suntingNo. | Tajuk | Penulis | Masa | |
---|---|---|---|---|
1. | "Feminin" | Yusry Abd Halim, Norman Abd Halim | 3:12 | |
2. | "Untukmu" | KRU | 5:13 | |
3. | "Rentak Disco 1, 2, 3" | Copyright Controlled, Cahaya Pena | 4:12 | |
4. | "Syurga Di Dunia" | Yusry Abd Halim, Norman Abd Halim | 4:12 | |
5. | "Selamat Tinggal Cinta" | Yusry Abdul Halim, Norman Abdul Halim | 5:12 | |
6. | "Irama Hip Hop" | Jojo, Yogi B | 3:45 | |
7. | "Al Kisah... Sejarah Melayu" | Tradisional, Cahaya Pena | 5:20 | |
8. | "Remaja" | Jojo, Cahaya Pena | 4:22 | |
9. | "Wawasan Remaja" | Amin Syed, Chief | 4:00 | |
10. | "Sahabat" | Amin Syed, Jihan Nawawi | 3:20 | |
Tenaga kerja
suntingKredit diperoleh daripada catatan media album Untukmu.[1]
- Susan Goh, KRU - penerbit
- Dennis Low - penerbit eksekutif
- Dhalan Zainuddin, Sawiah, Md. Nor - promosi eksekutif
- Rohani, Kamarul - promosi
- Eddris "Edd" Razhe - pengurus artis
- Suara Studio - studio rakaman, susunan muzik
- Alex Lee - jururakam
- Richard Goh, Ivan Lim - juruadun
- David Yee - bes ("Selamat Tinggal Cinta")
- Yogi B - SFX
- Man Kidal - gitar akustik ("Syurga di Dunia")
- Pashe Photography - fotografi
- Stahe Beauty Saloon (Amin) - solekan
- Anuar Johan - koreografer
- DC.AD Impact - konsep visual
Rujukan
sunting- ^ a b Untukmu (catatan media). Feminin. New Southern Records. 1993.CS1 maint: others (link)
- ^ Untukmu - Feminin Just Feminin (2015).
- ^ Album Feminin, Untukmu Khazanah Muzik (April 2012).