Untuk Tiga Hari
Untuk Tiga Hari merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 2012 arahan dan lakonlayar oleh Afdlin Shauki, diadaptasi dari novel bertajuk sama karya Ahadiat Akashah. Ia berkisarkan tentang dua pasang kekasih yang terpaksa berkahwin atas desakan dan pilihan orang tua. Filem ini dibintangi oleh Afdlin sendiri, Vanida Imran, Rashidi Ishak dan Ayu Raudhah, dan ditayangkan pada 20 September 2012.[1][2][3]
Untuk Tiga Hari | |
---|---|
Pengarah | Afdlin Shauki |
Penulis | Afdlin Shauki |
Lakon layar | Ahadiat Akashah (cerita asal) |
Berdasarkan | Novel asal oleh Ahadiat Akashah |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Helmi Yusof |
Disunting oleh | Kate James |
Muzik oleh | Azman Abu Hassan |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | GSC Movies |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 93 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 0.785 juta |
Sinopsis
suntingMengisahkan sebuah kisah cinta luar biasa dan agak pelik. Dua pasangan kekasih yang terpaksa berkahwin atas desakan dan pilihan orang tua mereka sendiri. Untuk itu, pasangan kekasih ini telah memutuskan untuk bercerai selepas tiga hari mereka mendirikan rumah tangga.
Dalam tempoh tiga hari mereka telah meluangkan masa bersama, mereka mulai sedar bahawa itulah jodoh yang terbaik buat mereka seperti mana yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Jadi, meneruskan perhubungan bukanlah sesuatu yang buruk dan mungkin sebenarnya antara perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup mereka. Bahagiakah kita untuk meneruskan cinta selepas melukakan hati pasangan yang diceraikan selepas 3 Hari perkahwinan?
Pelakon
sunting- Afdlin Shauki sebagai Armi
- Rashidi Ishak sebagai Zafrin
- Vanida Imran sebagai Ujie
- Ayu Raudhah sebagai Juwita
- Dira Abu Zahar sebagai Balqis
- Zizan Nin sebagai Zafrin (muda)
- Ainul Aishah sebagai Ujie (muda)
- Zizan Razak sebagai Remy
- Ogy Ahmad Daud sebagai Ibu Armi
- Zaibo sebagai Rusdi
- Khatijah Tan sebagai Zarifah
- Atilia Haron sebagai Adik Armi
- Aziz Sattar sebagai Tok Kadi
- Maimon Mutalib sebagai Ibu Balqis
- Nabil Ahmad (penampilan khas)
- Aziz M. Osman (penampilan khas)
Penerbitan
suntingFilem ini diarahkan oleh Afdlin Shauki yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip dengan pengarang novel asal filem ini, Ahadiat Akashah menulis cerita asal. Ia merupakan filem adaptasi novel pertama arahan Afdlin. Beliau dipetik sebagai berkata: "Tambah pula filem ini disuntik dengan pelbagai mesej positif alam rumah tangga di mana ia sekali gus mengajar untuk mengelakkan penceraian yang semakin menular di negara kita,".[4] Penerbit, Sharad Sharan pula berkata: "Saya amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Afdlin kerana saya telah lama kagum dengan hasil kerjanya".[5]
Untuk filem ini, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak telah meneliti skrip sebelum membintangi filem itu.[6]
Keluaran dan sambutan
suntingUntuk 3 Hari asalnya dijadualkan untuk tayangan pada 2 April 2012, bagaimanapum ia dikeluarkan secara rasmi pada 20 September 2012 dan menjadi filem kedua arahan Afdlin Shauki yang ditayangkan pada 2012 selepas Berani Punya Budak yang ditayangkan pada 26 April.
Portal hiburan Galaksi Media mengulas yang filem ini bukan sebuah filem "penamat yang baik" dan berpendapat "para penonton boleh tersenyum puas apabila keluar dari pawagam menyaksikan Untuk Tiga Hari kerana ia merupakan antara karya yang bagus dalam kelompok industri filem kita".[7] Eraz Fadli mengibaratkan filem ini sebagai "kisah Romeo & Juliet moden".[8]
Anugerah
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2013 | Festival Filem Malaysia ke-25 | Pelakon Wanita Terbaik | Vanidah Imran | Tercalon |
Lakon Layar Terbaik | Afdlin Shauki | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ "Untuk Tiga Hari". Berita Harian. 6 Julai 2012. Dicapai pada 12 November 2012.
- ^ ""Untuk Tiga Hari" Sanggupkah Korbankan Kebahagiaan Seketika". Oh Bulan!. 20 September 2012. Dicapai pada 12 November 2012.
- ^ Norhadiani Baharom (28 Ogos 2012). "Cinta pertama Afdlin". Harian Metro. Dicapai pada 12 November 2019.
- ^ "Afdlin Sangkal 'Untuk Tiga Hari' Menggalakkan Perceraian". Perak Today. 25 September 2012. Dicapai pada 12 November 2012.
- ^ "'Untuk 3 Hari'". Selebriti Online. 24 September 2012. Dicapai pada 12 November 2012.
- ^ Mohd Al Qayum Azizi (24 September 2012). "Tidak Jatuh Talak Dalam 'Untuk Tiga Hari' - Vanidah Imran". mStar Online. Dicapai pada 12 November 2012.
- ^ "(HIBURAN) Filem "Untuk Tiga Hari"". Galaksi Media. 11 September 2012. Dicapai pada 12 November 2012.
- ^ "Filem 'Untuk Tiga Hari' ibarat kisah Romeo & Juliet moden". Eraz Fadli. 21 September 2012. Dicapai pada 12 November 2012.