Universiti Keamanan
Universiti Keamanan (bahasa Inggeris: Universiti for Peace , Sepanyol: Universidad para la Paz , UPEACE) ialah sebuah pertubuhan bertaraf universiti yang ditubuhkan melalui perjanjian ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1980 yang terletak di San José, Costa Rica. Pertubuhan ini ditubuhkan sebagai langkah PBB untuk mempromosikan dan menggalakkan kedamaian dalam kalangan masyarakat manusia sejagat. Universiti ini menawarkan program-program berkaitan pembangunan manusia seperti perundangan antarabangsa, pengajian jantina dan pembangunan lestari. Universiti ini juga bekerjasama dengan beberapa buah universiti di seluruh dunia berkenaan tawaran kursus dengan kerjasama UPEACE. UPEACE mempunyai sebuah jurnal, The Peace and Conflict Review yang berkisarkan analisis tentang konflik dan kedamaian di seluruh dunia.[1]
University for Peace (Inggeris) Universidad para la Paz (Sepanyol) | |
Nama lain | UPEACE / UPAZ |
---|---|
Moto dalam Bahasa Melayu | If you want Peace, work for Peace... |
Jenis | Sekolah graduan |
Ditubuhkan pada | 1980 |
Pengasas | Rodrigo Carazo Odio |
Rektor | Francisco Rojas Aravena |
Dekan | Juan Carlos Sainz-Borgo |
Pelajar | 196 (2018-2019) |
Alumni | 2,200 |
Alamat | Calle U. Paz, El Rodeo de Mora, San José , 9°55′10″N 84°16′22″W / 9.91944°N 84.27278°WKoordinat: 9°55′10″N 84°16′22″W / 9.91944°N 84.27278°W |
Kampus | Kampus alam sekitar, beserta kawasan hutan simpan |
Laman sesawang | www |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Peace & Conflict Review". www.review.upeace.org. Dicapai pada 26 Februari 2018.
Pautan luar
sunting- Media berkenaan Universiti Keamanan di Wikimedia Commons
- Laman rasmi UPEACE