Universiti Selangor
Universiti Selangor (singkatan: UNISEL) (nama baru berkuat kuasa bermula 14 Februari 2011) dahulunya dikenali sebagai "Universiti Industri Selangor" telah ditubuhkan pada tahun 1999, universiti ini mempunyai dua kampus - kampus induk terletak di Bestari Jaya (dahulunya dikenali Batang Berjuntai) (disiapkan pada tahun 2005) dan kampus cawangan/satelit yang terletak di Shah Alam.[1]
Moto | Mencorak masyarakat |
---|---|
Jenis | Universiti Separa Kerajaan |
Ditubuhkan pada | 1999 |
Canselor | Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda |
Naib Canselor | Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman |
Pelajar | 12000 |
Lokasi | , |
Kampus | Kampus utama di Bestari Jaya |
Laman sesawang | http://www.unisel.edu.my/ |
Canselor terkini UNISEL ialah Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, beliau sebelumnya juga merupakan Pro-Cancelor UNISEL[2][3].
UNISEL merupakan universiti milik penuh kerajaan negeri Selangor yang pertama ditubuhkan di Selangor dan Malaysia.
Meskipun UNISEL merupakan hak milik penuh Kerajaan Negeri Selangor, taraf universitinya masih dalam kategori universiti separa swasta yang mana universiti ini dikelola oleh Pendidikan YS Sdn. Bhd., sebuah perbadanan milik kerajaan negeri Selangor Kumpulan Darul Ehsan Berhad.
Kampus | Fakulti | Kursus Pengajian |
---|---|---|
Shah Alam | Fakulti Seni Reka Grafik Digital | Diploma Seni Reka Grafik Digital, Diploma Teknologi Fotografi, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Reka Grafik Digital |
Fakulti Bioperubatan & Sains Kesihatan | Diploma Kesihatan Persekitaran, Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Diploma Pengimejan Perubatan, Diploma Fisioterapi, Diploma Kejururawatan, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Makmal Perubatan, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan | |
Fakulti Pengajian Komunikasi dan Media | Diploma Komunikasi & Media, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi (Jurnalisme), Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi (Korporat Komunikasi) | |
Fakulti Perniagaan & Perakaunan | Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Industri, Perakaunan, Kewangan, Pemasaran, Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Sumber Manusia | |
Fakulti Pusat Pengajian Jepun (JAD-YPM @ UNISEL) | Diploma Kejuruteraan Elektronik dan Elektrik (Teknikal Jepun) EEE, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Teknikal Jepun) ME | |
Sekolah Pengurusan UNISEL Pasca Siswazah (UGSM) | Ijazah Administrasi Perniagaan, Ijazah Pengurusan (dengan kajian), Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan (dengan kajian) | |
Pusat Pengajian Pasca Siswazah | ' | |
Pusat Inovasi dan Penyelidikan | ' | |
Pusat Bio-IT Selangor | ' | |
Akademi Islam Antarabangsa Sains Hayat & Bioteknologi | ' | |
Pusat Konsultasi, Pembangunan Perniagaan & Capaian Industri | ' | |
Bestari Jaya | Fakulti Sains & Bioteknologi | Pengajian Tahun Asas (Sijil) Sains, Pengajian Tahun Asas (Sijil) Teknologi Maklumat, Diploma Teknologi Industri, Diploma Industri Bioteknologi, Diploma Akuakultur, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Industri Bioteknologi, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bioinformatik, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains dalam Matematik dengan Statistik, Ijazah Sarjana Muda Sains Persekitaran (Kepujian) pengkhususan (Kepelbagaian Biologi & Pemuliharaan), Ijazah Sains Bioteknologi (dengan kajian), Doktor Falsafah (PhD) Bioteknologi |
Fakulti Pendidikan & Sains Sosial | Program Tahun Asas (Sijil) B.Ed TESL, Diploma Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua / Diploma TESL, Diploma Pendidikan (Pengajian Pra-Sekolah), Diploma Pendidikan (Pengajian Islam), Diploma Sains Perpustakaan, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Fisikologi Industri, Ijazah Sarjana Muda Sains Perpustakaan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua / Bacelor TESL (Kepujian), Ijazah Pengurusan Sosial (dengan kajian), Doktor Falsafah (PhD) Sains Sosial (dengan kajian) | |
Fakulti Kejuruteraan | Diploma Kejuruteraan Elektronik & Elektrik, Diploma Kejuruteraan Mekatronik, Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektronik, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekanikal, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekatronik, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam, Ijazah Kejuruteraan (dengan kajian), Doktor Falsafah (PhD Eng) Kejuruteraan (dengan kajian) | |
Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat | Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Industri Multimedia, Diploma Industri Komputer, Diploma Teknologi Mobil, Diploma Pengaplikasian Komputer dalam Perniagaan, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains dalam Teknologi Maklumat, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian Maya), Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Komputer, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains dalam Teknologi Maklumat dengan Pengurusan Rantaian Pembekal, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Multimedia Industri, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Maklumat (Pengurusan Pengetahuan), Ijazah Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian Maya), Ijazah Teknologi Maklumat | |
Fakulti Perniagaan | Tahun Asas (Sijil) Pengurusan, Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Administratif, Diploma Pengurusan Industri Sukan | |
Institut Kajian Malaysia-Indonesia (IKMI) | ' | |
Pusat Pengajaran & Pembelajaran | ' |
Canselor
suntingTahun | Nama |
---|---|
2011 - kini | Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj |
2006–2011 | Datin Seri Rosmah Mansor |
Naib Canselor
suntingTahun | Nama |
---|---|
2016 - kini | Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman |
2011 - 2015 | Prof Dr Haji Anuar Ahmad |
2009 - 2011[4] | Datuk Dr. Rosti Bin Saruwono |
2008–2009 | Khalifah Othman |
2007–2008 | Mohd Razali Agus |
2006–2007 | Rustam Abas |
2005–2006 | Adnan Alias |
1999–2005 | Abdul Aziz Ibrahim |
Lirik lagu Universiti Selangor
suntingDisini kemahiran jadi budaya
UNISEL…
Kaulah sinar bestariUNISEL…
Kaulah sinar bestariRujukan
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Universiti Selangor |