Unity (paparan antara muka)
Unity ialah paparan antara muka cangkerang untuk persekitaran atas meja GNOME yang dibangunkan oleh Canonical Ltd untuk sistem operasinya Ubuntu. Unity pertama kali membuat kemunculan dalam Ubuntu 10.10 Edisi Netbook. Ia direka khas untuk mengomptimumkan penggunaan skrin yang terhad pada netbook, sebagai contoh, dengan menambah penukar aplikasi yang menegak pada sebelah kiri skrin[3] yang dipanggil, Pelancar.[4] Berbeza dengan GNOME, Kompilasi Perisian KDE, Xfce, atau LXDE, Unity bukanlah sebuah pengumpulan aplikasi tetapi direka khas untuk digunakan bersama program GTK+ yang sedia ada.[5]
Unity | |
---|---|
Pelancaran pertama | 9 Jun 2010[1] |
Versi terkini/stabil | 4.22.0 (13 Oktober 2011[1]) |
Versi pratonton | 4.24.0 |
Ditulis dalam | Vala, C++[2], QML |
Sistem pengendalian | Linux |
Pelantar | Komputer peribadi, Netbook, Tablet |
Tersedia dalam | Pelbagai bahasa |
Jenis | Persekitaran atas meja, Perisian bebas dan sumber terbuka, Cangkerang |
Genre | Cangkerang |
Lesen | Lesen Awam Am GNU (GPLv3), Lesen Awam Am Lemah GNU (LGPLv3) |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | unity |
Repositori | |
sunting · sunting di Wikidata |
Unity adalah sebahagian dari projek Ayatana yang merupakan sebuah initiatif untuk meningkatkan pengalaman kepenggunaan dalam Ubuntu. Sebagai tambahan kepada Unity, terdapat Application Indicators dan projek-projek lain yang dikumpulkan seperti MeMenu, sistem pemberitahuan dan aplikasi NotifyOSD.
Pembangunan
suntingPada asalnya, Ubuntu telah menggunakan persekitaran atas meja GNOME secara penuh. Walaubagaimanapun, bermula dari April 2011 dengan Ubuntu 11.04 Natty Narwhal, Unity dijadikan paparan antara muka secara lalai untuk menggantikan GNOME Shell disebabkan perbezaan falsafah mengenai pengalaman kepenggunaan antara Mark Shuttleworth dengan pasukan GNOME.
Pada November 2010, Pengurus Komuniti Ubuntu, Jono Bacon menerangkan bahawa Ubuntu akan terus mengeluarkan tindanan GNOME, aplikasi GNOME dan mengoptimumkan Ubuntu untuk GNOME. Beliau menambah lagi, yang hanya menjadi perbezaan adalah Unity yang akan menjadi cangkerang untuk GNOME.[6]
Canonical mengumumkan bahawa mereka telah membina Unity untuk komputer desktop dan menjadikan Unity sebagai cangkerang utama untuk Ubuntu versi 11.04.[7]
GNOME Shell tidak dimasukkan ke dalam Ubuntu 11.04 Natty Narwhal kerana kerja-kerja yang berkaitan tidak sempat disiapkan pada waktu 11.04 dibekukan, tetapi boleh didapati melalui PPA,[8] dan boleh didapati dalam Ubuntu 11.10 melalui repositori rasmi.[9]
Pada November 2010, Mark Shuttleworth mengumumkan niat untuk menjalankan Unity di atas Wayland bagi menggantikan yang sedang digunakan sekarang iaitu X Window System.[10]
Pada Disember 2010, sesetengah pengguna meminta pelancar Unity diberi fungsi untuk mengubah kedudukannya dari sebelah kiri ke sebelah bahagian skrin yang lain, tetapi Mark Shuttleworth menyatakan dalam jawapan, “Saya risau ia tidak akan mengikut matlamat reka bentuk kami, jadi kami tidak akan melaksanakannya. Kami ingin pelancar sentiasa berdekatan dengan butang Ubuntu di panel."[11] Namun begitu, dalam Ubuntu 11.10, butang Ubuntu telah dialihkan ke pelancar, lalu menjadikan hujah ini tidak sah.
Cangkerang antara muka Unity sekarang ditulis dalam sebuah toolkit yang dipanggil Nux[12] dan sebuah plugin pengurus tetingkap Compiz,[13] yang dinyatakan oleh Canonical bahawa ia lebih pantas dari Mutter,[14] yang sekarang merupakan plugin pengurus tetingkap bagi GNOME Shell.
Pada 14 Januari 2011, Canonical juga mengeluarkan pralihat teknikal bagi versi “2D” untuk Unity berdasarkan dari Qt dan ditulis dalam QML.[15] Unity-2D tidak dimasukkan dalam CD Ubuntu 11.04, sebaliknya desktop GNOME klasik dijadikan alternatif bagi perkakasan yang tidak dapat menjalankan Unity.[16][17]
Pada April 2011 Mark Shuttleworth mengumumkan bahawa Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot tidak akan memasukkan desktop GNOME klasik sebagai alternatif kepada Unity, sebaliknya Ubuntu 11.10 akan menggunakan Unity 2D yang berdasarkan QT bagi pengguna yang mempunyai perkakasan yang tidak menyokong versi 3D.[18][19] Walaupun begitu, desktop GNOME klasik kekal tersedia sebagai alternatif untuk Ubuntu 11.10 melalui sebuah pakej dalam repositori Ubuntu.[20]
Kebolehcapaian
suntingDisebabkan Unity dan projek Ayatana yang diberi sokongan[21] dibangunkan secara utama untuk Ubuntu, Ubuntu menjadi yang pertama untuk menerima versi-versi terbaru.
Selain Ubuntu, terdapat pengedar distro Linux yang lain telah mencuba Ayatana dengan jayanya. Komponen-komponen Ayatana memerlukan aplikasi-aplikasi lain untuk diubah suai lalu meningkatkan tahap kerumitan untuk diterima pakai.
- Arch Linux menawarkan pelbagai komponen-komponen Ayatana, termasuklah Unity dan Unity 2D[22] tetapi pada Julai 2011 hanya Unity 2D yang dapat didapati dalam versi terbaru[23]
- Fedora telah mengumumkan minatnya dalam menawarkan Unity[24] tetapi ia telah ditangguhkan hingga selepas Fedora 15.[25]
- Frugalware telah menerima pakai Ayatana, termasuk sekali Unity dan Unity 2D, menjadi sebahagian dari cabang pembangunan bagi sebuah versi Frugalware yang akan datang.[26]
- openSUSE menawarkan pelbagai komponen Ayatana untuk GNOME.[27] Pembawaan Unity kepada openSUSE telah ditangguhkan, pembangunnya memetik Compiz sebagai masalah utamanya.[28]
Perbandingan antara Unity dan Unity 2D
suntingCanonical mengekalkan dua versi diskret bagi Unity yang hampir tidak dapat dibezakan dari segi visual tetapi dapat dibezakan dengan ketara dari segi tahap teknikalnya.
Unity ditulis sebagai plugin bagi Compiz[13] dan ditulis dalam bahasa pengaturcaraan C++ dan Vala dan menggunakan toolkit OpenGL yang dipanggil Nux. Menjadi plugin bagi Compiz memberikan prestasi Unity GPU pantas pada sistem yang berkeserasian.
Unity 2D adalah sebuah set aplikasi secara individu.[29] Ia ditulis dalam bahasa pembinaan antara muka bergrafik QML dari perluasan rangka kerja Qt.[15] Secara lalai, Unity 2D menggunakan pengurus tetingkap Metacity[29] tetapi boleh juga digunakan pada pengurus tetingkap yang pantas seperti Compiz atau KWin.
Dalam Ubuntu 11.10, Unity 2D menggunakan XRender dari Metacity berdasarkan pengkomposit untuk mendapat kesan telus.[perlu rujukan]
Bermula dari Ubuntu 11.10, Unity 2D menggantikan panel GNOME klasik sebagai alternatif kepada pengguna yang mempunyai perkakasan yang tidak dapat menyokong Unity versi Compiz[19]
Sambutan
suntingUnity telah menerima ulasan yang pelbagai. Reka bentuknya dan pembinaannya telah menjadi kontroversi dan akibatnya ramai pengguna dan pengulas mencari kesalahan dari segi sifat pembinaannya yang mempunyai batasan-batasan tertentu. Sungguhpun demikian, pengguna yang lain telah mendapati bahawa Unity merupakan peningkatan dari GNOME 2 dan mempunyai potensi untuk dibaik pulih dari semasa ke semasa.[30][31][32][33][34]
Catatan dan rujukan
sunting- ^ a b Canonical Ltd (2010). "Publishing history of "unity" package in Ubuntu". Dicapai pada 9 December 2010. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ Jagdish Patel, Neil (2010). "~unity-team/unity/trunk : 573". Dicapai pada 13 December 2010. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ Proffitt, Brian (2010-05-10). "Ubuntu Unity Interface Tailored for Netbook Screens". ITWorld. Dicapai pada 28 October 2010.
- ^ "Welcome to Ubuntu 11.04". Ubuntu Official Documentation. Ubuntu documentation team. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-13. Dicapai pada 2011-06-13.
- ^ Jackson, Joab (2010-10-25). "Software / Services Oct 25, 2010 1:20 pm Canonical Ubuntu Splits From GNOME Over Design Issues". PC World Business Center. Dicapai pada 28 October 2010.
- ^ Jono Bacon (2010-10-25). "UBUNTU 11.04 TO SHIP UNITY". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-24. Dicapai pada 2011-11-07.
- ^ Noyes, Katherine (2010-10-26). "Is Unity the Right Interface for Desktop Ubuntu?". PC World. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-13. Dicapai pada 28 October 2010.
- ^ "Ubuntu GNOME 3 Team". Dicapai pada 2011-03-02.
- ^ Andrew (13 October 2011). "Things To Tweak After Installing Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot - Web Upd8: Ubuntu / Linux blog". webupd8.org. Dicapai pada 13 October 2011.
- ^ Mark Shuttleworth (2010-11-04). "Unity on Wayland".
The next major transition for Unity will be to deliver it on Wayland....
- ^ Mark Shuttleworth (2010-10-30). "Movement of Unity launcher".
- ^ Jay Taoko (2010-12-08). "Nux and Unity". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-11. Dicapai pada 2011-11-07.
- ^ a b fluteflute (2010-11-13). "Is unity just a plugin of compiz".
The version of Unity that will be released in 11.04 is definitely implemented as plugin(s) in Compiz.
- ^ Unity To Use Compiz instead of Mutter [Ubuntu 11.04 Natty Narwhal News] ~ Web Upd8: Ubuntu / Linux blog
- ^ a b "Canonical building Unity 2D on QML and Qt | Qt DevNet forums | Qt Developer Network". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-14. Dicapai pada 2011-11-07.
- ^ Canonical Says Unity 2D Not Part Of The Ubuntu 11.04 Plan
- ^ Comment 8 for bug 730588
- ^ Sneddon, Joey (2011). "Ubuntu 11.10 will not ship with 'classic' GNOME desktop". OMG Ubuntu!. Dicapai pada 6 April 2011. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ a b Sneddon, Joey (2011). "Unity 2D lands in Oneiric daily build". OMG Ubuntu!. Dicapai pada 27 May 2011. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ http://www.webupd8.org/2011/08/installing-using-classic-gnome-desktop.html
- ^
"The Ayatana Project". Canonical Ltd. 2011. Dicapai pada 2011-10-31.
The Ayatana Project is the collective project that houses user interface, design and interaction projects started by Canonical.
- ^ "Ayatana". Arch Linux Wiki.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-02. Dicapai pada 2011-11-07.
- ^ Adam Williamson. "Unity on Fedora? Possibly!".
- ^ Adam Williamson. "Unity, hardware failures, and F15 QA".
- ^ "Ayatana Project Portage". Frugalware Linux Wiki. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-29. Dicapai pada 2011-11-07.
- ^ "GNOME Ayatana". openSUSE Wiki.
- ^ Nelson Marques. "GNOME Ayatana". openSUSE.
- ^ a b File:Unity-2D Natty.png
- ^ Paul, Ryan (2010). "Hands-on with Ubuntu's new Unity netbook shell". Ars Technica. Dicapai pada 1 April 2011. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ Humphrey, Benjamin (2011). "What's wrong with Unity & how we can fix it". OMG Ubuntu. Dicapai pada 14 March 2011. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ Paul, Ryan (2010). "Blessed Unity: Ars reviews Ubuntu 10.10". Ars Technica. Dicapai pada 1 April 2011. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ Paul, Ryan (2011). "Unity environment in good shape, on track for Ubuntu 11.04". Ars Technica. Dicapai pada 19 April 2011. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ Lynch, Jim (2011). "Ubuntu 11.04". Desktop Linux Reviews. Dicapai pada 02 May 2011. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan)