Di rantau Laut Rum pernah wujudnya suatu pewarna ungu kemerah-merahan semula jadi (Bahasa Yunani Kuno: πορφύρα, porphúra; Latin: purpura[1]) yang diperolehi dari beberapa spesies siput unam serumpun famili keluarga Muricidae (Bolinus brandaris, Hexaplex trunculus dan Stramonita haemastoma) dan tertumpu di kota Tyrus, Phoenicia (kini di Sur, Lubnan moden). Sebatian berwarnanya ialah 6,6'-dibromoindigo.

Kain yang dicelup pada zaman kini daripada spesies-spesies siput laut yang berbeza. Warna dalam gambar ini mungkin tidak megambarkannya setepat-tepatnya.

Sumber mentah dan tenaga buruh yang banyak diperlukan menyebabkan ia sangat berharga, lagi-lagi sifatnya tidak pudar malah menyerlah terkena sinaran matahari;[2] justeru ia digunakan untuk pewarnaan kain toga sarungan para penghulu (magistratus) atau panglima perang (disulam benang emas) dalam kalangan masyarakat Rum purba. Undang-undang abad ke-4 Masihi lagi mengetatkan lanjut penggunaan warna ini untuk Maharaja Rum sahaja.[2] Empayar Byzantium pula menggubal undang-undang mengawal pengeluaran pewaranaannya yang dikhususkan untuk persalinan diraja maharaja dan isi istana baginda sahaja.[3]

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ K. Prent; J. Adisubrata; W. J. S. Poerwadarminta (1969). "purpŭra". Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 733. 1 - †sedj[enis] siput (Purpura lapillus) - 2 - warna ungu; ungu dari merah tjerah sampai ungu tua); merah-ungu...
  2. ^ a b St Clair K (2016). The Secret Lives of Colour. London: John Murray. m/s. 162–164. ISBN 9781473630819. OCLC 936144129.
  3. ^ Jacoby D (1997). "Silk in Western Byzantium before the Fourth Crusade". Trade, Commodities, and Shipping in the Medieval Mediterranean. pp. 455 ff and notes [17]–[19].

Pautan luar

sunting