Undang-undang ex post facto
Undang-undang ex post facto adalah undang-undang yang digubal selepas berlakunya sesuatu perkara. Dalam bahasa Latin ex post facto adalah "suatu yang berlaku selepasnya". Ia biasanya digunakan dalam undang-undang jenayah. Misalnya apabila seseorang melakukan sesuatu perkara yang belum salah disisi undang-undang seperti memakan "chewing gum" di tempat awam, dia tidak boleh ditahan apabila kerajaan membuat dan melaksanakan undang-undang baru melarang perbuatan tersebut. Oleh yang demikian, hanya undang-undang yang lepas sahaja yang boleh dikenakan terhadap rakyat. Ini adalah selaras dengan Aturan Undang-Undang atau Rule of Law.