Nuraisah Anaqah binti Zainuddin

Ummi Ana berada di Bangunan SSM Ipoh, Perak

Nuraisah Anaqah binti Zainuddin (juga dikenali sebagai Ummi Anaqah atau Ummi Ana) ialah seorang wanita yang dikenali kerana minatnya yang mendalam dalam aktiviti rekreasi luar dan dedikasinya terhadap pembelajaran sepanjang hayat. Beliau aktif dalam pelbagai aktiviti luar seperti mendaki gunung, orientering, kayak, serta latihan kecergasan. Nama Ummi Anaqah dikenali dalam komuniti rekreasi dan aktiviti luar di Malaysia, terutamanya melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan penglibatan beliau dan pengalaman luas dalam bidang pemanduan alam semula jadi. Beliau ialah individu yang berdikari, berdaya tahan, dan bersemangat tinggi dalam meneroka pengalaman baharu.

Latar Belakang

Ummi Anaqah dilahirkan dan dibesarkan di daerah Gunung Semanggol, Perak. Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Kebangsaan Tebuk Panchur, Semanggol, Perak, diikuti oleh persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Semanggol.

Beliau kini sedang melanjutkan pelajaranya dalam bidang Teknologi Pembuatan dari Kolej/Universiti Tempatan di Negeri Perak.

Kehidupannya beliau diwarnai dengan pengalaman yang membentuk keteguhan peribadinya dan minatnya terhadap aktiviti luar dan rekreasi.

Pendidikan dan Pengajian

Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tebuk Panchur, Semanggol, Perak, diikuti oleh persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Semanggol. Beliau menamatkan pengajian dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2022.

Pada tahun 2025, Nuraisah memulakan pengajian dalam bidang teknologi pembuatan bagi meningkatkan kemahiran teknikalnya. Dedikasinya dalam pembelajaran mencerminkan keazamannya untuk mencapai kecemerlangan peribadi dan profesional.

Minat dan Aktiviti

Beliau sangat aktif dalam aktiviti rekreasi luar seperti berjoging, mendaki gunung, dan menyertai kursus-kursus berkaitan rekreasi. Beliau juga dikenali sebagai seorang jurulatih dan tenaga pengajar terlatih dalam pelbagai bidang, termasuk:

  • Jurulatih Rekreasi Luar Kebangsaan (Tahap 2)
  • Jurulatih Kecergasan Gym (Tahap 1)
  • Jurupandu Alam Semulajadi

Kursus ini memperkukuh kemahirannya dalam bidang rekreasi luar dan membentuknya menjadi individu yang lebih berdikari. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang tidak cerewet dalam soal makanan dan gemar menikmati hidangan seperti burger, laksa dan kebab. Burger yang paling diminatinya adalah burger yang dimasak oleh suaminya Abam Guide Hutan[1]

Aktiviti dan Pencapaian

Beliau aktif menganjurkan dan menjadi pengajar utama untuk pelbagai kursus dan program berkaitan rekreasi dan kecergasan. Antara pencapaian utamanya termasuk:

  • Pengajar Kursus Asas Navigasi dan Orientering (Program Kor Askar Wataniah) pada Oktober 2024.
  • Pengajar Kursus Asas Kayak dan Survival (Tahap 1) untuk Unit Askar Wataniah di ADTEC Taiping, November 2024.
  • Bertindak sebagai Jurulatih Tali Tinggi, Jurulatih Kayak, dan Jurulatih Navigasi sempena Hari Sukan Negara 2024 di peringkat Daerah Kerian.
  • Jurulatih dan Tenaga Pengajar bagi program Explore Race Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) 2023
  • Pengajar Team Building Pertubuhan Peladang Kawasan Labu Kubong & Sungai Manik 2024
  • Ahli Jawatankuasa (AJK) Utama Acara Gunung Semanggol Challenge 2024

Selain itu, Beliau juga aktif berkongsi pengalaman dan ilmu melalui akaun media sosialnya di TikTok, di mana beliau dikenali sebagai Ummiana[2] https://www.tiktok.com/@ummiana._?_t=ZS-8tGrZSdSabn&_r=1

Peranan dalam Komuniti

Nuraisah dikenali sebagai seorang yang mesra dan mudah didekati, menjadikannya contoh kepada ramai orang dalam komuniti yang berkongsi minat yang sama. Beliau juga sering menyokong aktiviti yang mempromosikan kesihatan dan gaya hidup aktif.

Sebagai seorang individu yang komited dalam aktiviti luar, Beliau juga sering terlibat dalam membimbing generasi kini dan komuniti rekreasi. Kepakaran beliau dalam bidang seperti orientering dan kecergasan menjadikan beliau sebagai rujukan penting dalam kalangan peminat rekreasi.

Beliau juga aktif dalam membantu menganjurkan acara sukan dan rekreasi serta acara larian yang bertaraf antarabangsa dintaranya

  • Gunung Semanggol Challenge 2024
  • Hari Sukan Negara Daerah Larut Matang 2023[3]
  • Hari Sukan Negara Daerah Larut Matang 2024
  • Hari Sukan Negara Kerian 2024[4]
  • Explore Race Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) 2023
  • Team Building Pertubuhan Peladang Kawasan Labu Kubong & Sungai Manik 2024


Jawatan Rasmi Dalam Organisasi Sosial

  • Pengerusi Persatuan Berkanu Daerah Kerian
    • Beliau bertanggungjawab memimpin persatuan dalam merancang, mengurus, dan mempromosikan sukan berkayak di daerah Kerian. Beliau turut memainkan peranan penting dalam memastikan aktiviti persatuan dan memajukan sukan air selaras dengan objektif pembangunan komuniti.
  • Bendahari Kehormat Kelab Olahraga Ultra
    • Sebagai Bendahari Kehormat,Beliau bertindak menguruskan pengurusan kewangan kelab, termasuk perancangan perbelanjaan aktiviti, pengurusan kewangan acara larian ultra, serta mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan ahli kelab.
  • Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Kembara dan Rekreasi Taiping
    • Dalam peranannya sebagai AJK, Beliau membantu dalam merancang program kembara, mempromosikan pelancongan eko, dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan alam semula jadi di kawasan Taiping.
  • Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Berkanu Daerah Larut Matang dan Selama
    • Sebagai AJK, beliau aktif dalam mempromosikan sukan berkayak di daerah Kerian dengan melibatkan diri dalam penganjuran program komuniti dan pertandingan sukan air.
  • Pengarah Urusan dan komunikasi Syarikat Outfit Of The Day (OOTD)
    • Beliau banyak menguruskan aktiviti dan program kembara yang dianjurkan oleh OOTD Taiping, memastikan semua program memberikan pengalaman terbaik kepada peserta sambil mempromosikan kawasan pelancongan di sekitar Negeri Perak.
  • Pengurus Korporat dan Perhubungan Syarikat Mountain Quest Resources
    • Sebagai Pengurus Korporat dan Perhubungan, Beliau membantu menerajui operasi syarikat dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan program kembara, latihan khusus, penyediaan tenaga pengajar, penganjuran acara sukan, serta khidmat nasihat untuk pengurusan acara.

Kehidupan Peribadi

Nuraisah adalah anak kepada Julaina binti Jelani, yang merupakan insan paling disayanginya. Ayahnya, Zainuddin bin Daud, telah meninggal dunia. Beliau berkahwin dengan Azhar bin Hashim atau dikenali sebagai Abam Guide Hutan, seorang pendaki gunung[5], Malim Gunung Perhutanan Malaysia, instruktur rekreasi luar, Pesuruhjaya sumpah Awam dan Pegawai Awam di Jabatan Penjara Malaysia, pada 8 Oktober 2024.

Keperibadian dan Nilai Hidup

Nuraisah digambarkan sebagai seorang individu yang teguh dan bercita-cita tinggi. Sikapnya yang sentiasa ingin belajar dan berkembang menjadikannya inspirasi kepada mereka yang mengenalinya. Kecintaannya terhadap keluarga, alam semula jadi, dan aktiviti luar mencerminkan nilai-nilai hidup yang dijunjungnya.

  1. ^ "Abam Guide Hutan".
  2. ^ "TikTok Ummi Ana". www.tiktok.com. Dicapai pada 2025-01-22.
  3. ^ "Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Larut Matang".
  4. ^ "Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kerian".
  5. ^ "Jabatan Perhutanan Negeri Perak".