Umar ialah drama televisyen Malaysia 2025 arahan Hadith Omar terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Mikael Noah sebagai watak tajuk utama, Izzue Islam, Uqasha Senrose dan ramai lagi. Drama ini memulakan tayangan perdana di Astro Oasis sepanjang ramadhan pada 2 Mac 2025.

Umar
Genre
Berdasarkan daripada
Umar
karya Fariesya Fauzy
Ditulis oleh
  • Nieza Nahar
  • Najwa Shazzly
PengarahHadith Omar
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Julia Juhasu
  • Khairul Azhar
  • Nurlisa
Penerbit
PenyuntingHafiz Suid (Suhan Post)
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Oasis
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal2 Mac 2025 (2025-03-02) – Kini

Sinopsis

sunting

Umar, anak yatim yang dibesarkan oleh ibu saudaranya, Damia, dibenci penduduk kampung kerana kenakalannya. Ramai mahukan Umar dibuang dari kampung tapi ditentang keras oleh Damia dengan alasan Umar tiada saudara mara lain. 


Muncul Firaz, abang kembar arwah ayah Umar, yang datang untuk menuntut hak jagaan Umar. Damia tiada pilihan selain melepaskan Umar kepada Firaz tanpa mengetahui Firaz sebenarnya tiada niat langsung untuk menjaga dan membesarkan Umar.

Pelakon

sunting