Ukiran marmar Elgin
Ukiran marmar Elgin atau ukiran marmar Parthenon (Yunani: Γλυπτά του Παρθενώνα, rumi: Glypta ton Parthenona ; bahasa Inggeris: Parthenon Marbles atau Elgin Marbles) merupakan sekumpulan patung ukiran marmar zaman Yunani Klasik yang dikaryakan di bawah pengawasan jurubina Phidias dan para pembantunya. Mereka pada asalnya adalah sebahagian daripada kuil Parthenon dan bangunan lain di Akropolis kota Athena, Yunani.[1][2]
Dari 1801 hingga 1812, duta British ke kerajaan pusat Uthmaniyah bernama Thomas Bruce, Earl Elgin ke-7 mengarahkan penyeludupan separuh tugu yang masih ada di pekarangan Parthenon serta dari Propylaia dan Erekhtheion[3] untuk dibawa ke Britain; Elgin mendakwa beliau mendapatkan kebenaran ini dari suatu titah izin rasmi (firman)[4] kurniaan kerajaan tersebut selaku penguasa Yunani pada ketika itu, tetapi surat hitam putih membuktikan kebenaran ini langsung tidak dapat ditemukan dalam arkib persuratan Uthmaniyah[5] malah dipertikaikan kesahihannya.[6]
Selepas Yunani merdeka pada tahun 1832, pihak pemerintahnya memulakan kerja memulihkan dan mengembalikan karya-karya seninya yang dijarah. Pemerintah Yunani sendiri terus mendesak agar ukiran-ukiran ini dipulangkan ke Athens tidak mengira melalui cara diplomatik, politik dan undang-undang yang sah.[7] Ukiran-ukiran ini buat kini dipamerkan dalam Galeri Duveen dibina khas di Muzium British setelah dijual serah Elgin kepada pihak kerajaan tahun 1816;[8] pada sisi lainnya Muzium Akropolis menandakan jelas bahagian yang hilang dalam pameran mereka menghadap pemandangan Parthenon memperingati pemerolehan haram ini serta juga sebagai kedudukan dirancang barangan ini sekiranya dikembalikan ke tanah Yunani.[9]
Rujukan
sunting- ^ "What are the 'Elgin Marbles'?". britishmuseum.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2009. Dicapai pada 2009-05-12.
- ^ "Elgin Marbles – Greek sculpture". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 2018-06-18.
- ^ Encyclopædia Britannica, "Elgin Marbles", 2008, O.Ed.
- ^ Great Britain. Parliament. House of Commons. Select Committee on the Earl of Elgin's Collection of Sculptured Marbles. (1816). Report from the Select Committee of the House of Commons on the Earl of Elgin's collection of sculptured marbles. London: Printed for J. Murray, by W. Bulmer and Co.
- ^ David Rudenstein (29 May 2000). "Did Elgin Cheat at Marbles?". Nation. 270 (21): 30.
Yet no researcher has ever located this Ottoman document and when l was in Instanbul I searched in vain for it or any copy of it, or any reference to it in other sorts of documents or a description of its substantive terms in any related official papers. Although a document of some sort may have existed, it seems to have vanished into thin air, despite the fact the Ottoman archives contain an enormous number of similar documents from the period.
- ^ Professor Vassilis Demetriades. "Was the removal of the marbles illegal?". newmentor.net.
- ^ "Greece wants Parthenon Marbles back, Tsipras tells May". 26 June 2018. Dicapai pada 25 December 2018 – melalui www.reuters.com.
- ^ "The Parthenon Sculptures: The position of the Trustees of the British Museum". British Museum.
- ^ "The Frieze | Acropolis Museum". www.theacropolismuseum.gr. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 December 2020. Dicapai pada 19 August 2018.