Ujian Akhir Sesi Akademik
Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) ialah suatu ujian peringkat sekolah yang dilaksanakan untuk mengukur pencapaian akademik pelajar di akhir tahun akademik mengikut Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Semua soalan ujian bagi sekolah rendah akan disediakan oleh pihak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) manakala semua soalan bagi ujian sekolah menengah akan disediakan oleh pihak sekolah. Begitu juga, tempoh dan tarikh UASA akan ditetapkan oleh KPM manakala jadual atau susunan subjek ditetapkan oleh pihak sekolah.
UASA pertama dilaksanakan pada akhir sesi akademik 2022/2023 oleh KPM untuk memperkasakan PBD dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan Peperiksaan Akhir Tahun.
Penilaian UASA (kini)
suntingKini, penilaian UASA adalah berdasarkan peratus markah. Ini merupakan jadualnya;
Peratus (%) | Gred | Tafsiran Gred |
---|---|---|
82 % - 100 % | Cermelang | |
66 % - 81 % | Kepujian | |
Baik | ||
Memuaskan | ||
Mencapai Tahap Minimum | ||
Belum Mencapai Tahap Minimum (Gagal) |
Penilaian UASA Lama (Tahap Penguasaan)
suntingTahap Penguasaan adalah sistem grading yang diukur dalam enam tahap bagi setiap subjek[1], ia dihentikan oleh KPM sekadar Mac 2024.
Tahap 1 merupakan tahap yang paling rendah dalam peniliaian ini. Murid boleh melaksanakan tugas asas, memiliki pengetahuan asas, atau bertindak balas terhadap situasi mudah.
Tahap 2, murid menunjukkan pemahaman dengan menyesuaikan gaya komunikasi mereka atau dengan menterjemah dan menghuraikan apa yang telah mereka pelajari.
Tahap 3 - 'Tahu, Faham dan Boleh Buat'
suntingTahap 3, murid menunjukkan pemahaman dengan menyesuaikan gaya komunikasi mereka atau dengan menterjemah, menghuraikan dan mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari.
Tahap 4 - 'Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab'
suntingTahap 4, murid mempraktikkan sesuatu kemahiran dengan melalui proses atau secara berkaedah.
Tahap 5 - 'Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji'
suntingTahap 5, murid menunjukkan bakat dalam suasana novel dengan mematuhi protokol atau bertindak secara teratur, konsisten dan positif.
Tahap 6 - 'Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali'
suntingTahap 6, tahap yang tertinggi dalam sistem penilaian ini, murid boleh bersikap optimistik, kreatif, dan berimaginasi, dan juga menunjukkan contoh dengan menggunakan pengetahuan dan kebolehan secara sistematik.
Senarai Subjek
suntingSekolah Rendah Tahap 2
suntingUjian ini mempunyai 5 mata pelajaran bagi Tahap 2 sekolah rendah (Tahun 4 hingga Tahun 6) iaitu:
Sekolah Menengah Tahap 1
suntingUjian ini mempunyai 20 mata pelajaran bagi sekolah menengah Tahap 1 (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3):
Subjek Teras
sunting- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
Subjek Tambahan
- Geografi
- Asas Sains Komputer
- Reka Bentuk Teknologi
- Maharat Al-Quran
- Usul Al-Din
- Al-Syariah
- Al-Lughah al-'Arabiah' Al-Mu'asirah
Format Subjek UASA
suntingTerdapat 4 jenis soalan dalam UASA. Iaitu;
- Objektif Aneka Pilihan (OAP), suatu soalan yang hanya mempunyai empat pilihan, sama ada , , atau .
- Objektif Pelbagai Bentuk (OPB), sekumpulan soalan yang terdiri daripada Soalan Sempadan dan Soalan Isikan Tempat Kosong.
- Subjektif Respons Terhad (SRT), soalan subjektif dimana suatu ayat perlu ditulis pada tempat kosng dan mempunyai jawapan yang tertentu.
- Subjektif Respons Terbuka (SRTb), soalan lebih berasaskan pendapat murid dan fakta, selalunya dalam bentuk karangan.
Ini adalah senarai format-format subjek UASA[2];
Sekolah Rendah:
suntingPerkara | Format Pentaksiran |
---|---|
Jenis Instrumen: | Ujian bertulis; Pemahaman & Penulisan |
Jenis Soalan: | OAP, OPB, SRT, SRTb |
Bilangan Soalan: | Bahagian A (10 markah): OAP (8-12 soalan)
Bahagian B (10 markah): OPB & SRT (4-6 soalan) Bahagian C (10 markah): SRTb (1 soalan) Bahagian D (20 markah): SRTb (1 soalan) |
Markah Penuh | 50 markah |
Tempoh Ujian | 1 Jam 15 Minit [75 Minit] |
Perkara | Format Pentaksiran |
---|---|
Jenis Instrumen: | Ujian Bertulis; Pemahaman dan Penulisan |
Jenis Soalan: | OAP, OPB, SRT, SRTb |
Bilangan Soalan: | Bahagian 1 |
Markah Penuh | 50 markah |
Tempoh Ujian | 1 Jam 15 Minit [75 Minit] |
Rujukan
sunting- ^ "Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Tarikh Pelaksanaan". Mysumber.com. Dicapai pada 2024-11-10.
- ^ "Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Contoh Soalan". Permohonan.my. Dicapai pada 2024-06-14.