Uda & Dara merupakan satu hasil karya Usman Awang. Kisah Uda dan Dara ini sebenarnya merupakan idea awal daripada sebuah puisi Usman Awang yang dihasilkannya dalam tahun 1956 berjudul “Gadis di Kuburan”. Puisi tersebut kemudiannya telah diolah semula menjadi sebuah cerpen dengan yang sama, iaitu Uda dan Dara. [1]

Pada tahun 1972, kisah yang sama disesuaikan pula untuk persembahan TV dan akhirnya menjadi sebuah drama pentas yang popular dan lagu-lagu dalam Muzika Uda dan Dara telah dirakamkan ke piring hitam oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Muzikal Uda dan Dara merupakan karya agung Usman Awang yang mengkritik sistem sosial dalam masyarakat Melayu yang menindas golongan yang tidak berkemampuan. Usman Awang mengkritik sistem "padi kunca" iaitu penindasan terhormat oleh golongan kaya terhadap golongan marhaen. Naskhah ini telah banyak kali dipentaskan termasuk di Auditorium DBKL lebih 20 tahun lalu. Kisah Uda dan Dara juga pernah dipentaskan di Istana Budaya pada Julai 2010.[2]

Ia kemudian telah dikeluarkan kembali sebagai sebuah drama pada 24 Februari 2016.

  1. Drama Uda & Dara

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting