Ubi torak

spesies tumbuhan berumbi

Ubi torak, ubi ketopong atau ubi itik,[2][3][4] dengan nama saintifik Dioscorea esculenta ialah jenis ubi yang tempatan dari kepulauan Asia Tenggara, dan diperkenalkan ke Oceania Dekat dan timur Afrika. Ia jenis ubi makan, namun lebih kecil berbanding ubi badak yang lebih banyak ditanam.[5] Ubi torak juga ialah sejenis tumbuhan memanjat.

Ubi torak
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Dioscoreales
Keluarga: Dioscoreaceae
Genus: Dioscorea
Spesies:
D. esculenta
Nama binomial
Dioscorea esculenta

Taksonomi

sunting

Tergolong dalam genus Dioscorea, Dioscorea esculenta menunjukkan kebolehannya mengeluarkan akar yang boleh dimakan. Disebabkan ia semakin pupus dengan cepatnya, spesies ini digelar 'ubi lapar' dalam kalangan pakar pertanian.[perlu rujukan]

Penerangan

sunting

Batang tumbuhan ini bulat dan halus dengan duri gabung hitam yang besar, 2-4 cm panjang. Daunnya lembut, berbentuk jantung, dan 5-8 cm panjang dan 6-8 cm lebar.[6]

Galeri

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Gardens' Bulletin. Straits Settlements. Singapore 1:396. 1917. Plant Name Details for Dioscorea esculenta. IPNI. 1. Dicapai pada 24 September 2017.
  2. ^ "ubi torak". Kamus Dewan (ed. 4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  3. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "ketopong". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 589 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  4. ^ Andry@Daun (3 May 2010). "Pokok Ubi Itik". Dedaun Alam. Dicapai pada 2022-06-20.
  5. ^ Andres, C.; AdeOluwa, O.O.; Bhullar, G.S. (2016). "Yam (Dioscorea spp.)". Dalam Thomas, Brian; Murphy, Denis J.; Murray, Brian G. (penyunting). Encyclopedia of Applied Plant Sciences (ed. 2nd). Academic Press. m/s. 435–441. ISBN 9780123948076.
  6. ^ Tanaka, Yoshitaka; Van Ke, Nguyen (2007). Edible Wild Plants of Vietnam: The Bountiful Garden. Thailand: Orchid Press. m/s. 74. ISBN 978-9745240896.

Pautan luar

sunting