Turbo (kumpulan muzik)
Rencana ini perlu dirapikan bagi memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Masalah tertentu ialah: Baiki ralat. (September 2023) |
Turbo (Korea: 터보) adalah duo Korea Selatan yang aktif pada pertengahan hingga akhir 1990-an. Duo ini pada asalnya terdiri daripada Kim Jong-kook dan Kim Jung-nam. Pada awal tahun 1997, Kim Jung-nam meninggalkan kumpulan dan Kim Jong-kook kemudian meneruskan promosi dengan ahli baru Mikey. Mereka menjadi salah satu bintang terbesar dalam industri hiburan Korea pada masa aktif mereka antara 1995 dan 2001 dan menjual berjuta-juta album dan rakaman di seluruh Asia. Pada tahun 2015, mereka kembali sebagai trio setelah 15 tahun dengan "Again". Lagu judul ʻAgain 'mendahului tangga lagu teratas.
Turbo | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | K-pop, Dance, Hip-hop |
Tahun aktif | 1995-2000, 2015 - sekarang |
Syarikat rakaman | GM Agency (1995-2001) The Turbo Company (2015 - sekarang) |
Pengkarya berkait | Drunken Tiger, Tiger JK, Haha |
Ahli | Kim Jung-nam Kim Jong-kook Mikey |
Sejarah
suntingKumpulan duo Turbo ini dibentuk pada bulan Oktober 1994. Turbo diketuai oleh seorang bekas DJ yang bernama Kim Jung-nam. Di dalam kumpulan itu, Kim Jung-nam bertindak selaku Rapper dan Koreaografi sementara itu Kim Jong-Kook sebagai Vokal. Mereka meriliskan album pertama yang bertajuk "280 Km/h Speed" pada tahun 1995. Setahun setelah debut mereka, Turbo kembali dengan album kedua mereka "New Sensation". Album ini terjual sebanyak 800,000 unit dalam dua bulan yang pertama dan lagu hit mereka Twist King berjaya menyapu semua chart. Semenjak itu Turbo terkenal sebagai group dance utama di Korea Selatan. Namun status itu tidak bertahan lama apabila beberapa bulan kemudian Turbo dibubarkan kerana masalah dengan pengurusan mereka. Tetapi akhirnya mereka kembali atas permintaan peminat untuk melihat mereka semula. Tapi Kim Jung-nam tidak dapat mendamaikan perbezaan dengan pengurusan sehingga ia meninggalkan group pada tahun 1997.
Pada bulan Julai 1997, Jo Myung-ik atau dikenali dengan Mikey menyertai kumpulan Turbo untuk menggantikan Kim Jung-nam. Selepas itu mereka meriliskan album ketiga mereka yang bertajuk "Born Again". Ketika mempersiapkan album keempat mereka. Kim Jong-Kook cedera di pinggulnya sehingga mengganggu perlancaran album mereka. Tetapi akhirnya pada bulan oktober 1998 album mereka keempat bertajuk "Perfect Love" berjaya dirilis juga. Turbo juga dikenali dengan pelbagai jenis muzik seperti Hip-hop, R&B dan Balada. Pada tahun yang sama mereka terpilih sebagai salah satu seniman terbaik.
Tetapi sekali lagi Turbo menghadapi masalah. Turbo dijemput untuk berpartisipasi dalam asia superconcert untuk mewakili korea dengan group-group yang lain seperti Hot, Ses, Fin.KL, Clon dan Sechs Kies. Konsert itu menampilkan penyanyi dari seluruh asia termasuk Jepun, Malaysia, Hong Kong dan Taiwan. Acara itu disiarkan secara langsung di Korea, China dan Jepun. Kerana masalah dengan pengurusan sebelum konsert, Kim Jong-kook membantah bahagiannya dalam konsert dengan tidak melakukan persembahannya ketika Konsert sedang berlangsung. Tingkahlakunya dikritik oleh ramai orang yang menyaksikan langsung di KBS 1TV. Kerana kejadian itu Kim Jong-kook dan Turbo dilarang mucul di TV.
Pada bulan oktober 1999, Turbo kembali dengan semangat baru. Empat bulan kemudian mereka kembali dengan album kelima mereka "Email My Heart". Turbo juga meminta bantuan pada pemuzik top korea dan komposer Yoon Il-sang termasuk Yoo Jung-yun, Young Joo-hoon dan Ahn Jung-hoon. Bukan hanya album mereka saja yang berjaya. Video muzik mereka dengan lagu "Tonight" berjaya mengumpulkan banyak populariti dan dianggap sebagai salah satu video muzik terbaik dalam satu tahun terakhir. Video muzik itu diarahkan oleh Sae Hon dan dilakonkan oleh Kim Min dan Kim Jong-kook.
Meskipun album kelima mereka berjaya, vokalis Kim Jong-kook mengambil kesempatan untuk bergerak solo meninggalkan Mikey dan banyak penggemar Turbo. Kim Jong-jook ditawarkan 700 Juta won kontrak untuk dua album media 1 star. Mikey dengan kerjaya visanya juga mengambil keputusan untuk meninggalkan group itu untuk ke New York city belajar muzik di bawah Paul Bay. Untuk mengakhirkan karier panjang mereka, Turbo meriliskan album terakhir berjudul "History" tahun 2000. Di dalam album itu menampilkan semua lagu hit mereka dari album sebelumnya dan termasuk tiga lagu baru. Sebuah video muzik untuk "History" juga dirilis dengan menampilkan pertama kali model transeksual iaitu penyanyi Harisu.
Anggota
sunting- Kim Jung-nam - 1995-1997, 2015 - sekarang
- Kim Jong-Kook - 1995-2000, 2015 - sekarang
- Mikey - 1997-2000, 2015 - sekarang
Diskografi
suntingStudio albums
suntingTitle | Album details | Peak chart positions | Sales |
---|---|---|---|
KOR[1][2] | |||
280 km/h Speed |
|
—* | |
New Sensation |
|
| |
Born Again |
|
| |
Perfect Love |
|
23* |
|
E-Mail My Heart |
|
3 |
|
Again |
|
3 |
|
* Carta album Persatuan Industri Rakaman Korea dilancarkan pada Januari 1999. |
Penghargaan
suntingYear | Award | Category | Nominated work | Result |
---|---|---|---|---|
1996 | BonSang Award (Main Prize) | style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang | ||
data-sort-value="" style="background: #ececec; color: #2C2C2C; vertical-align: middle; text-align: center; " class="table-na" | —| style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang | ||||

style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang | ||||
1997 | style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang | |||
data-sort-value="" style="background: #ececec; color: #2C2C2C; vertical-align: middle; text-align: center; " class="table-na" | —| style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang | ||||
style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang | ||||
data-sort-value="" style="background: #ececec; color: #2C2C2C; vertical-align: middle; text-align: center; " class="table-na" | —| style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang | ||||
1998 | style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang | |||
data-sort-value="" style="background: #ececec; color: #2C2C2C; vertical-align: middle; text-align: center; " class="table-na" | —| style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang | ||||
data-sort-value="" style="background: #ececec; color: #2C2C2C; vertical-align: middle; text-align: center; " class="table-na" | —| style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang | ||||
2000 | ||||
style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang | ||||
data-sort-value="" style="background: #ececec; color: #2C2C2C; vertical-align: middle; text-align: center; " class="table-na" | —| style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang | ||||
data-sort-value="" style="background: #ececec; color: #2C2C2C; vertical-align: middle; text-align: center; " class="table-na" | —| style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang |
Pautan luar
sunting- ^ "K-Pop Album Sales Volume" (dalam bahasa Korea). Recording Industry Association of Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-01. Dicapai pada June 19, 2018.
- "Perfect Love charting". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-18.
- "E-Mail My Heart charting".
- "History charting". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-21. Dicapai pada 2020-10-11.
- ^ "Gaon Album Chart". Gaon Chart (dalam bahasa Korean). Korea Music Content Industry Association. Dicapai pada February 5, 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "98년 국내 음반시장 결산" [1999 Domestic Music Market Roundup]. Imaeil. 1998-12-14. Diarkibkan daripada yang asal pada February 6, 2015. Dicapai pada June 19, 2018.
- ^ "98년 국내 음반시장 결산" [1999 Domestic Music Market Roundup]. Imaeil. 1998-12-14. Diarkibkan daripada yang asal pada February 6, 2015. Dicapai pada June 19, 2018.
- ^ "January 1999 K-pop Album Sales Volume". Recording Industry Association of Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada July 18, 2007. Dicapai pada February 5, 2015.
- ^ "2000 K-pop Album Sales Volume". Recording Industry Association of Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada June 5, 2008. Dicapai pada February 5, 2015.
- ^ Again total album sales: