Tunku Irinah

puteri raja Negeri Sembilan

Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima Raja Selangor Tunku Datin Paduka Setia Irinah binti Almarhum Tuanku Ja'afar (diputerakan pada 23 November 1957) merupakan puteri ketiga dan anakanda kelima kepada pasangan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 Tuanku Ja’afar dan Tunku Ampuan Najihah.

Tunku Irinah
تونکو ايرينه
Tengku Puan Panglima Raja Selangor
Fail:Tunku Irinah 2024.jpg
Tunku Irinah
Tengku Puan Panglima Raja Selangor
Pemerintahan1981 - kini
Kemahkotaan1981
Didahului oleh-
Diikuti oleh-
KeputeraanTunku Irinah binti Tunku Ja'afar
(1957-11-23) 23 November 1957 (umur 67)
Bandar New York, New York, Amerika Syarikat
PasanganTengku Dato’ Seri Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (k. 1981)
Anakanda
Nama diraja
Tunku Dato’ Seri Irinah binti Almarhum Tuanku Ja'afar
KerabatPagar Ruyung
WangsaPagar Ruyung (lahir)
Daeng Chelak (perkahwinan)
AyahandaTuanku Ja'afar
BondaTunku Ampuan Najihah
AgamaSunni Islam

Kehidupan peribadi

sunting

Tunku Irinah diputerakan pada 23 November 1957 di Bandar New York, Amerika Syarikat.

Kekanda dan adindanya yang lain ialah:

Pendidikan

sunting

Tunku Irinah mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent Holy Infant Jesus di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau meneruskan pengajian menengah di Wispers School, Haslemere, Surrey, England pada peringkat O-Level. Daripada situ, beliau melanjutkan pelajarannya di Padworth College, Reading, England untuk mendapatkan A-Level. Beliau menamatkan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Perniagaan di London School of Economics and Political Studies.[1]

Perkahwinan dan anakanda

sunting

Pada 18 April 1981, Tunku Irinah melangsungkan perkahwinan dengan YAM Tengku Panglima Raja Selangor Tengku Dato’ Seri Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah iaitu kerabat diraja Negeri Selangor.

Hasil perkahwinan dengan Tengku Ahmad Shah, pasangan dikurniakan 1 putera dan 1 puteri.

  • YM Tengku Alam Shah Amiruddin
  • YM Tengku Alana Shahirah

Terasul dan gelaran

sunting
Gelaran hormat bagi
Tunku Irinah
 
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Tunku
Gaya pilihan Tengku Puan Panglima Raja

Gelaran penuh beliau ialah :

Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima Raja Selangor Tunku Datin Paduka Setia Irinah binti Almarhum Tuanku Ja'afar, D.K.Y.R., S.P.T.J., S.S.I.S.

Darjah kebesaran

sunting

Beliau telah dianugerahkan [2]:

Negeri Sembilan

sunting

Selangor

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Board of Directors". Syarikat Pesaka Antah. 23 April 2024. Dicapai pada 23 April 2024.
  2. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".