Tumbuk kalang

permainan tradisi kaum etnik Minangkabau dengan memainkan lesung dan antan, berasal daripada Sumatera Barat

Tumbuk kalang ialah suatu irama dan alat muzik yang dimainkan di Negeri Sembilan[1]. Ia terhasil daripada irama bunyi yang keluar daripada tumbukan beberapa batang antan ke sebuah lesung kayu. Alat muzik ini dikenali di beberapa kawasan di Negeri Sembilan seperti Tampin, Inas, Seri Menanti, Gunung Pasir dan Rembau. Ia dimainkan oleh masyarakat pesawah pada zaman dahulu ketika mengemping padi terutama pada waktu malam bulan mengambang dan lagunya dinyanyikan oleh anak muda. Setelah penat menuai dan membanting padi pada siang hari, pada malamnya masyarakat kampung berkumpul untuk mengemping padi dan sambil-sambil itu menikmati irama tumbuk kalang[2].

Baca lagi

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Norazit Selat (1990). Negeri Sembilan: dahulu dan sekarang (PDF). Persatuan Muzium Malaysia.
  2. ^ "Tumbuk Kalang Permainan Rakyat Negeri Sembilan". mStar. 15 Mei 2012. Dicapai pada 22 Disember 2021.

Bacaan lanjut

sunting
  • Abdul Razak Hassan (1985). Muzik tradisional di Negeri Sembilan Tumbuk Kalang. Jabatan Sosio-Budaya, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.