Tumbuhan asli
Tumbuhan asli, tumbuhan semula jadi atau tumbuhan asal merujuk kepada tumbuhan endemik dalam kawasan tertentu pada skala masa geologi.
Ini termasuk tumbuhan yang telah terbentuk, hadir secara semulajadi, atau wujud bagi beberapa tahun di sesuatu kawasan (contoh. pokok, bunga, rumput, dan tumbuhan lain). Di Amerika utara tumbuhan sering kali dianggap sebagai asli sekiranya ia hadir sebelum pengkolonian.
Sesetengah tumbuhan asli telah menyesuai pada persekitaran terhad, luar biasa atau cuaca amat teruk atau keadaan tanah melampau. Sungguhpun sesetengah tumbuhan untuk sebab ini hanya wujud dalam julat ("endemism") amat terhad, yang lain boleh hidup dalam berbagai-bagai kawasan atau melalui penyesuaian kepada persekitaran berlainan.
Keadaan persekitaran
suntingTumbuhan asli membentuk persekitaran kerjasama, atau masyarakat tumbuhan, di mana beberapa spesies atau persekitaran telah terbentuk untuk menyokong mereka. Ini adalah kes di mana sesetengah tumbuhan wujud hanya kerana haiwan tertentu mendebunga tumbuhan dan haiwan tersebut wujud kerana ia bergantung kepada debunga sebagai sumber makanan. Sesetengah tumbuhan asli bergantung kepada keadaan semulajadi, seperti kebakaran liar, bagi membebaskan biji benih mereka (pemencahan dormansi) atau bagi memberikan persekitaran lapang di mana anak pokok dapat tumbuh.
Tumbuhan asli dan ceroboh
suntingCampur tangan manusia
suntingKetika masyarakat mengalih tumbuhan ke tempat baru sebagai tanaman makanan atau hiasan, atau memindahkan mereka tanpa sengaja, beberapa peratus mungkin menjadi spesies ceroboh, merosakkan masyarakat tanaman asli dalam julat yang diperkenalkan. Selain kerosakan ekologi, spesies ini juga mampu merosakkan pertanian, infrastruktur, dan aset budaya. Agensi kerajaan dan kumpulan alam sekitar sedang meningkatkan sumbangan sumber bagi membantu spesies ini dan potensi interaksi dengan perubahan cuaca.
Kepelbagaian yang kaya bagi spesies unik dikebanyakan tempat di dunia wujud hanya kerana wilayah bio diasingkan oleh halangan, terutamanya sungai yang luas, laut, lautan, gunung dan gurun.
Manusia, burung berhijrah, arus laut, dll. mampu memperkenalkan spesies yang tidak pernah bertembung dalam sejarah evolusi mereka, pada skala masa berbeza antara beberapa hari kepada beberapa dekad (Long, 1981)(Vermeij, 1991). Manusia sedang memindahkan spesies serata dunia pada akdar yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Mereka yang bertugas menangani spesies ceroboh melihatkannya sebagai risiko meningkat.
Pergerakan tumbuhan asli
suntingAktivis tumbuhan asli menyokong pengenalan konsep ekologi dan amalan pekebun terutamanya di ruang awam. Mengenal pasti masyarakat tumbuhan asli membekalkan asas bagi kerja mereka.
Rujukan
sunting- Long, John L. 1981. Introduced birds of the world: The worldwide history, distribution and influence of birds introduced to new environments. New York, Universe Books, New York City; Sydney, Reed ISBN 0589502603
- Vermeij, Geerat J. 1991. When biotas meet: Understanding biotic interchange. Science, 253:1099-1104 (6 September 1991) DOI: 10.1126
- "About Native Plants", from the Dorothy King Chapter of the California Native Plant Society
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.