Tukang ekor bertompok (burung)

Tukang ekor bertompok (Hydropsalis maculicaudus) ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae. Ia ditemui di Honduras, Meksiko, Nikaragua, dan setiap tanah besar negara Amerika Selatan kecuali Cile dan Uruguay.[2][3][4]

Tukang ekor bertompok
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Caprimulgiformes
Keluarga: Caprimulgidae
Genus: Hydropsalis
Spesies:
H. maculicaudus
Nama binomial
Hydropsalis maculicaudus
(Lawrence, 1862)
     Membiak     Menetap
Sinonim
  • Stenopsis maculicaudus
  • Caprimulgus maculicaudus

Taksonomi dan sistematik

sunting

Ia pada asalnya diperihalkan sebagai Stenopsis maculicaudus dan kemudiannya dialihkan ke genus Caprimulgus dengan ramai ahli keluarga tukang yang lain. Beberapa pengarang pernah menyusunkannya dalam genus Antiurus. Bukti DNA kini menyusunkannya dengan kukuh dalam genus Hydropsalis. Ia ialah ekajenis.[4][5]

Pemerihalan

sunting

Panjangnya ialah 20.3 hingga 21.5 cm (8.0 hingga 8.5 in). Berat jantan ialah 28.3 hingga 35.2 g (1.0 hingga 1.2 oz) dan betina 26.0 hingga 39.0 g (0.92 hingga 1.4 oz). Bahagian atasnya perang, lebih gelap di bahagian gombak dan lebih pucat di bahagian punggung, serta bertompok dan bersorot kuning pucat atau kuning keperangan. Mukanya berwarna kuning keperangan atau karat dengan bintik perang gelap, dan supersilium kuning pucat yang luas. Leher belakangnya mempunyai jalur lelang yang luas. Sayapnya kebanyakannya perang dengan tompok kuning keperangan. Empat bulu ekor luarnya pada setiap sisi ialah perang gelap dengan tanda kuning keperangan, dua atau tiga tompok putih besar, dan (hanya pada jantan) hujung putih kekuningan pucat. Bulu ekor dalamnya lebih panjang sedikit daripada bulu luar dan berwarna perang-kelabu dengan bintik dan sorot perang. Dagu, tekak, dan dadanya ialah lelang hingga kuning pucat dan perut serta lambungnya kuning pucat.[4]

Taburan

sunting

Taburannya sangat tak selanjar. Satu populasi ditemui di selatan Meksiko. Satu lagi adalah di cerun Karibia di timur Honduras dan utara Nikaragua. Di Amerika Selatan, satu populasi berpusat di timur Kolombia dan meluas ke Venezuela barat, jauh barat laut Brazil, dan sedikit ke Ekuador. Populasi kedua merenggang dari timur Venezuela melalui Guyana dan Suriname ke Guiana Perancis. Populasi ketiga tinggal berhampiran muara Sungai Amazon di timur laut Brazil. Populasi terbesar (dalam keluasan) ditemui dari tenggara jauh Peru merentasi Bolivia dan kawasan luas di selatan Brazil dan selatan hampir ke Paraguay dan Argentina. Dalam ketinggian, julatnya dari tanah rendah hingga 500 m (1,600 ka) di Meksiko, hingga 400 m (1,300 ka) di Kolombia, hingga 1,000 m (3,300 ka) di Venezuela, dan hingga 1,350 m (4,400 ka) di Peru.[4][3]

Tingkah laku

sunting

Pergerakan

sunting

Populasinya di Amerika Selatan nampaknya bersifat menetap dan burung di Amerika Tengah bersifat menghijrah.[4]

Pemakanan

sunting

Ia bersifat malaman (nokturnal). Ia meramu dengan cara menangkap mangsa dari tanah atau semasa penerbangan yang rendah dan perlahan. Pemakanannya ialah sepenuhnya serangga; ia telah didokumenkan memangsa serangga dari sekurang-kurangnya 17 keluarga dalam enam order.[4]

Pembiakan

sunting

Musim pembiakannya belum ditakrifkan sepenuhnya tetapi berbeza-beza dalam kalangan populasi yang berbeza. Ia menelurkan dua biji telur (jarang jika hanya sebiji telur) terus ke atas tanah tanpa sarang.[4]

Vokalisasi

sunting

Seruannya ialah "tip-SIIIUUIIIT tinggi berlispa ", dan dinyanyikan dari tanah dan dari tenggeran. Ia mempunyai seruan "t-sit t-sit t-sit t-sit pantas" dan "siiiu atau si-i-eeii sedikit meraung dalam penerbangan".[4]

Status

sunting

IUCN telah menilainya sebagai Kurang Membimbangkan. Ia mempunyai julat yang besar dan populasi yang besar dan stabil. Tiada ancaman segera telah dikenalpasti.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b BirdLife International (2020). "Spot-tailed Nightjar Hydropsalis maculicaudus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020. Dicapai pada 7 October 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "IUCN" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Gill, F.; Donsker, D.; Rasmussen, P. (July 2021). "IOC World Bird List (v 11.2)". Dicapai pada July 14, 2021.
  3. ^ a b Remsen, J. V., Jr., J. I. Areta, E. Bonaccorso, S. Claramunt, A. Jaramillo, D. F. Lane, J. F. Pacheco, M. B. Robbins, F. G. Stiles, and K. J. Zimmer.
  4. ^ a b c d e f g h Arizmendi, M. d.
  5. ^ Remsen, J. V., Jr., J. I. Areta, E. Bonaccorso, S. Claramunt, A. Jaramillo, D. F. Lane, J. F. Pacheco, M. B. Robbins, F. G. Stiles, and K. J. Zimmer.