Tuhfat al-Nafis
(Dilencongkan daripada Tuhfat al Nafis)
Tuhfat al-Nafis (تحفة النفيس, "Hadiah Berharga") merupakan sebuah karangan sejarah karangan Raja Ali Al Haji di Riau pada 1885. Karangan ini secara ringkasnya menceritakan bagaimana pembabitan orang-orang Bugis bermula dan cemerlang di Tanah Melayu.
Ada empat manuskrip Tuhfat al-Nafis yang diketahui; salah satu naskhah manuskrip ini disalin pada 1890 dan diterbitkan pada 1923 untuk makalah Journal of the Malayan Branch Royal Asiatic Society di London.[1]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Matheson, Virginia (April 1972). "Mahmud, Sultan of Riau and Lingga (1823-1864)". Indonesia (13): 119-146 – melalui RajaALiHaji.com.