Tuan Ibrahim Tuan Man

ahli politik Malaysia
(Dilencongkan daripada Tuan ibrahim tuan man)

Tuan Ibrahim Tuan Man (lahir sebagai Tuan Ibharim bin Tuan Man, pada 27 Ogos 1960) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Dewan Negeri Pahang, Ahli Dewan Undangan Negeri Cheka dan Ahli Parlimen Kubang Kerian. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Tuan Ibrahim Tuan Man
توان إبراهيم بن توان من
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kubang Kerian
Menyandang jawatan
9 Mei 2018
Didahului oleh Ahmad Baihaki Atiqullah
Majoriti40,847 (PRU-15)
19,369 (PRU-14)
Ketua Pembangkang
Dewan Negeri Pahang
Menyandang jawatan
6 Disember 2022
Didahului oleh Chiong Yoke Kong
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang
bagi Cheka
Menyandang jawatan
19 November 2022
Didahului oleh Lee Ah Wong
Majoriti1,223 (PRU-15)
Timbalan Presiden
Parti Islam Se-Malaysia
Menyandang jawatan
2015
PresidenAbdul Hadi Awang
Didahului olehMohamad Sabu
Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Mansor Othman
Digantikan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Timbalan Ahmad Masrizal Muhammad
Pesuruhjaya PAS Pahang
Dalam jawatan
20042015
Didahului olehIdris Omar
Digantikan olehRosli Abdul Jabar
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang
bagi Jengka
Dalam jawatan
19992004
Didahului oleh Zainal Hassan
Digantikan oleh Abdul Rahman Ibrahim
Maklumat peribadi
Lahir
Tuan Ibharim bin Tuan Man

(1960-08-27) 27 Ogos 1960 (umur 64)
Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganDatin Sri Norrul Ain Md Hashim
Tempat belajarUniversiti Kebangsaan Malaysia

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-8, YB Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Perdana Menteri Malaysia ke-9, YB Dato' Seri Ismail Sabri dengan memegang portfolio sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia.

Kementerian Alam Sekitar dan Air Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Tenaga Malaysia digabungkan dalam satu kementerian di bawah Kerajaan Malaysia Madani iaitu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia.

Kehidupan awal

Dilahirkan pada 27 Ogos 1960 di Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang kepada ibu bapa perantau berketurunan Melayu Kelantan yang menetap di kawasan tersebut. Beliau melanjutkan pengajian sarjana muda di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Dakwah dan Kepimpinan. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian sarjana dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan tamat pengajian pada 1995. Tesis sarjana beliau bertajuk Implikasi Pelancongan Ke Atas Umat Islam - Satu Kajian Di Pulau Tioman. Beliau menekankan tiga keberkesanan kajian beliau, iaitu dari segi hal tanah, dari segi manfaat kepada penduduk dan dari segi akhlak Islam[2]. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Lipis dan bertugas sebagai pensyarah kanan selama 14 tahun di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang dan Manjong, Perak[3].Di samping itu juga,beliau pernah dilantik sebagai Penasihat Pusat Pungatan Zakat Pahang dan menjadi sering muncul sebagai ahli Panel bagi Forum Perdan Ehwal Islam.

Penglibatan politik

Penyertaan PAS dan pilihan raya

Pada 1999, beliau mula menyertai pilihan raya umum Malaysia ke-10 dan bertanding di DUN Jengka. Beliau memperoleh kemenangan setelah menewaskan calon UMNO, Dato Zainal Hassan dengan majoriti 319 undi. Walau bagaimanapun, beliau gagal mempertahankan kerusi DUN tersebut dalam pilihan raya umum Malaysia 2004 selepas tewas di tangan calon UMNO, Abdul Rahman Ibrahim. Dalam pilihan raya yang sama, beliau juga gagal memenangi kerusi Parlimen Maran selepas tewas kepada calon UMNO, Ismail Abd Muttalib.

Pada pilihan raya umum Malaysia 2008 pula, beliau masih gagal menawan kembali kerusi DUN Jengka. Walau bagaimanapun beliau telah berjaya merapatkan jurang majoriti kepada hanya 596 undi. Namun, pada pilihan raya umum 2013, beliau tewas lagi di tangan penyandang dari UMNO, Wan Salman Wan Ismail.

Pada pilihan raya umum Malaysia 2018 pula, PAS meletakkan beliau di kerusi Parlimen Kubang Kerian, dan berjaya menang dengan majoriti yang besar, yakni dengan 19,369 undian lalu menewaskan calon UMNO dan PAN.

Keputusan pilihan raya

Keputusan Pilihanraya ditandingi Tuan Ibrahim Tuan Man
Tahun Peringkat Kawasan Individu (PAS) Undi Lawan Undi Majoriti
1999 PRU DUN N23 Jengka Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) 5,338 Dato' Haji Zainal Hassan (BN-UMNO) 5,019 319
2004 PRU DUN N23 Jengka Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) 5,532
Abdul Rahman Ibrahim (BN-UMNO) 7,246 1,714
2004 PRU Parlimen P086 Maran Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) 8,483 Ismail Abd Muttalib (BN-UMNO) 15,725 7,242
2008 PRU DUN N29 Jengka Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) 6,858
Wan Salman Wan Ismail (BN-UMNO) 7,454 596
2013 PRU DUN N29 Jengka Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) 9,150
Wan Salman Wan Ismail (BN-UMNO) 10,453 1,303
2018 PRU Parlimen P024 Kubang Kerian Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) 35,620 Dato' Sri Muhammad Abd Ghani (BN-UMNO) 16,251 19,369
Dato' Dr Abdul Halim Yusof (PH-Amanah) 11,557

Parlimen

Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Kubang Kerian Tuan Ibrahim Tuan Man PN (PAS) 55,654 Nurul Amal Mohd Fauzi BN (UMNO) 14,807 40,487
Wan Ahmad Kamil PH (AMANAH) 10,236
Mohd Rizal Razali GTA (PEJUANG) 687
2018 Tuan Ibrahim Tuan Man PAS 35,620 Muhammad Abdul Ghani BN (UMNO) 16,521 19,369
Abd Halim Yusof PH (AMANAH) 11,557
2004 Maran Tuan Ibrahim Tuan Man PAS 8,483 Ismail Abd Muttalib BN (UMNO) 15,725 7,242

Dewan Undangan Negeri (DUN)

Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2013 Jengka Tuan Ibrahim Tuan Man PAS 9,150 Wan Salman Wan Ismail BN (UMNO) 10,453 1,303
2008 Tuan Ibrahim Tuan Man PAS 6,858 Wan Salman Wan Ismail BN (UMNO) 7,454 596
2004 Tuan Ibrahim Tuan Man PAS 5,532 Abdul Rahman Ibrahim BN (UMNO) 7,246 1,714
1999 Tuan Ibrahim Tuan Man PAS 5,338 Zainal Hassan BN (UMNO) 5,019 319

Anugerah dan pengiktirafan

Darjah kebesaran

Penglibatan di peringkat Antarabangsa

  1. Mewakili Kerajaan Malaysia untuk menyampaikan kenyataan negara dengan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya bagi memartabatkan bahasa kebangsaan pada persidangan COP ke 26 yang berlangsung di Glasgow.
  2. Mengetuai delegasi Malaysia menghadiri sesi rundingan Segmen Peringkat Tinggi di UNFCCC COP-26 yang berlangsung bermula 31 Oktober hingga 12 November 2021.
  3. Mengetuai delegasi KASA ke Mesyuarat High Level Segment of the Meetings of the Conferences of the Parties to the Basel, Rotterdam and Stockholm Conventions di Stockholm, Sweden. Melalui mesyuarat ini, beberapa perbincangan telah diadakan bagi menangani krisis pencemaran persekitaran bumi menerusi pelaksanaan penuh Konvensyen Basel, Rotterdam dan Stockholm serta isu pengurusan kitaran hayat untuk bahan kimia dan sisa buangan. Melalui persidangan ini juga, Malaysia turut menyokong pembiayaan mampan serta pengagihan sumber yang adil dalam kalangan negara anggota termasuk penggunaan teknologi baharu yang lebih inovatif.
  4. Menandatangani/ memeterai Memorandum Persefahaman Malaysia dan UK berkaitan Perubahan Iklim bersama Tuan Yang Terutama Lord Zac Goldsmith, Menteri Alam Sekitar United Kingdom di Foreign, Commonwealth and Development Office, London pada 7 Jun 2022.
  5. Menerima sesi kunjungan hormat daripada rakan sejawat dari luar negara seperti TYT Tuan Masagos Zulkifli, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Singapura, TYT Sameh Hassan Shoukry, Menteri Luar Negeri, Mesir, TYT Naseer Ahamed Menteri Alam Sekitar, Sri Lanka. Selain dari itu, beliau juga menerima kunjungan hormat dari Duta-Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi ke Malaysia seperti TYT Lee Chi Beom, Duta Republik Korea ke Malaysia, PYT Dr. Petra Ponevacs-Pana, Duta Besar Hungary ke Malaysia, TYT Ragai Tawfik Said Nasr, Duta Mesir ke Malaysia, TYT Hermono, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, TYT Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun ke Malaysia dan TYT Brian D. McFeeters Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia. Sesi kunjungan hormat ini membincangkan berkenaan kerjasama yang boleh dilaksanakan oleh kedua-dua negara dalam bidang pengurusan alam sekitar, agenda perubahan iklim dan pengurusan air.
  6. Pengerusi Mesyuarat 23rd Meeting of The Sub- Regional Ministerial Steering Committee (MSC) on Transboundary Haze Pollution pada 5 Julai 2022. Mesyuarat dihadiri oleh wakil-wakil negara Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan juga ASEAN Secretariat.

Bibliografi

  • Tuan Ibrahim Tuan Man (2012). Senyumlah. Subang Jaya: VI Venture.
  • Tuan Ibrahim Tuan Man (2013). Senyumlah 2: Wahai Anakku, Hadiah daripada ayah dan bonda. Subang Jaya: VI Venture.
  • Tuan Ibrahim Tuan Man (2014). Senyumlah 3: Alkisah Pedoman untuk anakku. Subang Jaya: VI Venture.
  • Tuan Ibrahim Tuan Man (2015). Senyumlah 4: Erti Kehidupan. Subang Jaya: VI Venture.

Rujukan

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama SPRM
  2. ^ Anne Muhammad Tuan Ibrahim akui kaji isu pelancongan untuk tesis sarjana Malaysiakini
  3. ^ Tuan Ibrahim, dari ulama dihormati ke Kabinet Sinar Harian
  4. ^ "Sultanah Kelantan dahului senarai penerima darjah kebesaran". Sinar Harian. 12 November 2022. Dicapai pada 12 November 2022.

Pautan luar