Tuala
Tuala adalah sejenis fabrik penyerap atau kertas yang digunakan untuk mengelap atau mengeringkan. Ia menyahkan kelembapan melalui sentuhan dengan gerakan memedap atau menyapu.

Jenis-jenis tuala
sunting- Tuala mandian atau tuala mandi digunakan untuk mengeringkan badan selepas mandi. Selalunya berbentuk segi empat dengan ukuran lebih kurang 30" × 60" (75 × 150 cm).
- Tuala pantai selalunya adalah lebih besar berbanding tuala mandi. Walaupun ia sering digunakan untuk mengeringkan badan selepas bermandi-manda, namun tujuan utamanya adalah sebagai pelapik pasir untuk berbaring untuk berehat atau berjemur.
- Tuala kaki adalah kecil dan berbentuk segi empat digunakan untuk mengeringkan kaki selepas mandi.
- Tuala tangan digunakan untuk mengelap tangan selepas membasuhnya. Ia adalah jauh lebih kecil berbanding tuala mandi (misalnya 30×60 cm).