Triskaidekafobia (dari bahasa Yunani: tris = "3", kai = "dan", deka = "10" dan fobia = "ketakutan") merupakan tahyul fobia terhadap angka 13 sebagai angka sial.

Nombor 13 tertinggal pada papan butang lif.

Istilah ini mula-mula dipakai oleh Isador Coriat dalam buku Abnormal Psychology.[1]

Asal-usul

sunting

Menurut sesetengah tradisi Kristian, pada Santapan Terakhir, Judas Iscariot iaitu hawari yang menderhakai Nabi Isa a.s. merupakan orang ketiga belas yang menduduki meja santapan.[2] Bagaimanapun, Kitab Injil sendiri tidak menyebut apa-apa tentang urutan para hawari mengambil tempat duduk. Begitu juga, angka 13 tidak semestinya disanggah oleh tradisi Yahudi-Kristian. Misalnya, sifat-sifat Tuhan (yakni Tiga Belas Sifat Belas Kasihan) disebut satu demi satu dalam kitab Tautat (Keluaran 34:6–7). Sesetengah gereja Kristian moden turut menyebut 13 sifat Tuhan ketika berkhutbah.[3]

Triskaidekafobia mungkin turut memberi kesan pada kaum Viking—adalah dipercayai bahawa dewa Loki merupakan dewa ke-13 dalam dewata Norse, lebih-lebih lagi Loki dipercayai mendalangi pembunuhan Balder, dan merupakan tetamu ketiga belas yang hadir di upacara pengebumian Balder.[4] Ini mungkin berkaitan dengan kepercayaan bahawa jika seramai 13 orang berkumpul, salah seorang daripada mereka akan menemui ajal pada tahun berikutnya.

Kaum Parsi purba percaya bahawa 12 buruj dalam zodiak menguasai 12 bulan dalam setahun, dan setiap satunya menguasai bumi selama seribu tahun yang diakhiri dengan kejatuhan langit dan bumi dalam huru-hara. Oleh itu, nombor 13 dikaitkan dengan huru-hara dan oleh itulah kaum Parsi keluar dari rumah pada setiap 13 hari bulan dalam takwim Parsi, iaitu tradisi Sizdah Be-Dar.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Abnormal Psychology" p. 319, published in 1910, Moffat, Yard and company (New York). Library of Congress Control No. 10011167.
  2. ^ Cecil Adams (1992-11-06). "Why is the number 13 considered unlucky?". The Straight Dope. Dicapai pada 2011-05-13.
  3. ^ alex snider Faith Presbyterian Church Retrieved 13 July 2007.
  4. ^ Oberon Zell-Ravenheart, "Companion for the Apprentice Wizard", Career Press (2006), p 200.

Pautan luar

sunting