Transit aliran bas

(Dilencongkan daripada Transit aliran deras bas)

Transit aliran bas (Bus rapid transitBRT, BRTS, busway, transitway) merupakan sistem pengangkutan awam berasaskan bas yang direka untuk meningkatkan kapasiti dan kecekapan daripada sistem bas biasa.[1] Sistem BRT lazimnya merangkumi lorong khas untuk bas serta mengutamakan bas di simpang jalan di mana bas dapat berinteraksi dengan lalulintas lain; di samping ciri-ciri khas untuk mengurangkan penangguhan disebabkan penumpang naik turun bas, ataupun membayar tambang. BRT bertujuan menggabungkan kapasiti dan kelajuan metro dengan fleksibiliti, kos rendah dan keringkasan sistem bas.

TransJakarta di Jakarta, Indonesia. Dengan panjang 230.9 km (2017), inilah sistem BRT terpanjang di dunia.
Stesen pertukaran di Linha Verde, Curitiba, Brazil

Sistem BRT yang pertama ialah Rede Integrada de Transporte (Rangkaian Pengangkutan Bersepadu) di Curitiba, Brazil, yang berkhidmat mulai 1974. Ini mengilhamkan banyak sistem seumpama di Brazil dan seluruh dunia, seperti TransMilenio di Bogotá, Colombia, yang dibuka pada 2000. Setakat November 2016, sejumlah 207 bandar di enam benua telah melaksanakan sistem BRT, dengan sejumlah 5,468 km (3,398 bt) lorong BRT. Setakat November 2016, kira-kira 34.3 juta penumpang sedunia menggunakan BRT setiap hari, 21.1 juta daripada di Amerika Latin, yang mempunyai paling banyak bandar dengan sistem BRT iaitu 69, diketuai oleh Brazil dengan 34 bandar.[2] Negara Amerika Latin yang paling ramai penumpang harian ialah Brazil (11.9M), Colombia (3.1M), dan Mexico (2.4M). Di rantau-rantau lain, China (4.4M) dan Iran (2.1M) turut cemerlang. Kini, TransJakarta dikira sebagai rangkaian BRT terbesar di dunia dengan kira-kira 230.9 kilometer (143.5 bt) koridor yang menghubungkan daam ibu kota Indonesia.[3]

Ciri-ciri utama

sunting

Lorong dan jajaran khas

sunting
 
Bas TransJakarta menggunakan lorong berasingan untuk mengelak kesesakan
 
Laluan BRT bertingkat di Xiamen

Lorong bas sahaja mempercepatkan perjalanan dan memastikan agar bas tidak tertangguh oleh kesesakan lalulintas. Lorong bas tengah jalan menjauhkan bas dari bertembung dengan kesesakan bahu jalan di mana kereta dan lori terletak atau menunggu. Juga terdapat jalan berasingan seperti BRT Laluan Sunway.

Bayar tambang sebelum naik

sunting

Pembayaran tambang di stesen daripada di bas menghapuskan penangguhan disebabkan penumpang membayar sewaktu naik.

Layanan khas di simpang jalan

sunting

Melarang belokan merentas lorong bas untuk lalulintas amat mengurangkan penangguhan bas. Keutamaan bas sering disediakan di simpang-simpang berisyarat untuk mengurangkan penangguhan dengan melanjutkan tempoh hijau atau mengurangkan tempoh merah di arah yang dikehendaki berbanding turutan normal. Melarang belokan mungkin adalah langkah terpenting untuk menggerakkan bas melalui simpang jalan.

Naik turun aras platform

sunting

Platform stesen haruslah searas dengan lantas bas untuk memudahkan naik turun agar mudah dicapai bagi pengguna kerusi roda, penumpang OKU dan kereta sorong bayi dengan penangguhan minimum.

Rujukan

sunting
  1. ^ "What is BRT?". Institute for Transportation and Development Policy.
  2. ^ EMBARQ - The WRI Center for Sustainable Transport (November 2016). "Global BRT Data — Worldwide and Key indicators per region". BRTdata.org. Dicapai pada 2016-11-27.
  3. ^ "Koridor". Transjakarta.