Transferase ialah sejenis enzim yang memangkinkan pemindahan kumpulan berfungsi dari satu molekul ("penderma") ke satu lagi ("penerima").[1] Enzim jenis ini terlibat dalam ratusan aliran tindak balas biokimia, dan penting dalam proses-proses kelangsungan hayat paling utama.

Transferase terlibat dalam pelbagai tindak balas dalam sel. Tiga contoh tindak balas ini ialah aktiviti pemindahan koenzim A (CoA) yang memindahkan tiol ester,[2] dengan N-asetiltransferase, dalam aliran tindak balas metabolisasi triptofan,[3] dan kawal atur piruvat dehidrogenase (PDH) yang menukarkan piruvat ke asetil CoA.[4] Transferase juga digunakan dalam translasi. Dalam kes ini, rantai asid amino ialah kumpulan berfungsi yang dipindahkan oleh pemindahan peptidil. Pemindahan melibatkan penyingkiran rantai asid amino yang semakin meningkat daripada molekul tRNA dalam tapak-A ribosom, dan penambahan asid amino lanjutan pada tRNA dalam P-site.[5]

Secara mekanikal, enzim yang menjalankan tindak balas di bawah ialah transferase:

Dalam tindak balas di atas, X ialah penderma dan Y ialah penerima.[6] Bahagian "kumpulan" ialah kumpulan berfungsi yang dipindahkan melalui aktiviti transferase. Penderma lazimnya suatu koenzim.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Transferase". Genetics Home Reference. National Institute of Health. Dicapai pada 4 November 2013.
  2. ^ Moore SA, Jencks WP (Sep 1982). "Model reactions for CoA transferase involving thiol transfer. Anhydride formation from thiol esters and carboxylic acids". The Journal of Biological Chemistry. 257 (18): 10882–92. doi:10.1016/S0021-9258(18)33907-3. PMID 6955307.
  3. ^ Wishart D. "Tryptophan Metabolism". Small Molecule Pathway Database. Department of Computing Science and Biological Sciences, University of Alberta. Dicapai pada 4 November 2013.
  4. ^ Herbst EA, MacPherson RE, LeBlanc PJ, Roy BD, Jeoung NH, Harris RA, Peters SJ (Jan 2014). "Pyruvate dehydrogenase kinase-4 contributes to the recirculation of gluconeogenic precursors during postexercise glycogen recovery". American Journal of Physiology. Regulatory, Integrative and Comparative Physiology. 306 (2): R102–7. doi:10.1152/ajpregu.00150.2013. PMC 3921314. PMID 24305065.
  5. ^ Watson, James D. Molecular Biology of the Gene. Upper Saddle River, NJ: Pearson, 2013. Print.
  6. ^ Boyce S, Tipton KF (2005). "Enzyme Classification and Nomenclature". Encyclopedia of Life Sciences. doi:10.1038/npg.els.0003893. ISBN 978-0470016176.