Tragedi Khodynka
Tragedi Khodynka (Rusia: Ходныская трагедия Khodynskaya tragediya) adalah rempuhan beramai-ramai manusia yang berlaku pada 30 Mei (Kalendar O.S 18 Mei) 1896, di Lapangan Khodynka di Moscow, Rusia semasa perayaan selepas penabalan Maharaja Rusia terakhir, Nicholas II, yang mengakibatkan kematian 1,389 orang.
Tarikh | 30 Mei 1896 |
---|---|
Lokasi | Lapangan Khodynka di Moscow, Russia |
Penyebab | Rempuhan beramai-ramai dan situasi panik |
Kematian | 1,389 |
Latar belakang
suntingNicholas II dan isterinya Alexandra[1] ditabalkan sebegai Maharaja dan Maharani Rusia pada 26 Mei [O.S 14 Mei] 1896. Empat hari kemudian, jamuan akan diadakan untuk orang-orang di Lapangan Khodynka. Di kawasan satu persegi bandar, teater, 150 bufet untuk pengedaran hadiah, dan 20 pub dibina untuk sambutan. Berhampiran dataran sambutan itu adalah lapangan yang mempunyai jurang dan banyak parit. Pada petang 29 Mei, orang yang telah mendengar khabar khabar mengenai hadiah penabalan mula berkumpul dengan harapan. Hadiah yang diterima oleh semua orang ialah roti-roti, sekeping sosej, pretzel, roti halia dan cawan peringatan.
Pada kira-kira pukul 6 pagi pada hari pesta beberapa ribu orang (anggaran mencapai 500,000[2]) telah berkumpul di lapangan. Khabar angin merebak di kalangan rakyat bahawa tidak ada bir atau pretzel yang cukup untuk semua orang, dan cawan enamel mengandungi duit syiling emas. Pasukan polis dari 1,800 orang gagal untuk mengekalkan kawalan tertib, dan dalam kerumunan orang ramai yang tidak terkawal dan menyebabkan panik untuk melarikan diri dari kawasan itu, lebih 1,389 orang disahkan maut, dan kira-kira 1,300 cedera.[3] Kebanyakan mangsa terperangkap di dalam parit dan dipijak atau lemas di dalam. Walaupun tragedi itu berlaku, pesta penabalan terus berjalan seperti yang dirancang di tempat lain di lapangan besar, dengan ramai orang yang tidak menyedari apa yang telah terjadi. Maharaja dan Maharani membuat penampilan di hadapan orang ramai di beranda Pavilion Tsar di tengah lapangan sekitar 2 malam. Pada masa itu jejak insiden itu telah dibersihkan dan dilupuskan.
Selepas kejadian
suntingMaharaja Nicholas dan Maharani Alexandra dimaklumkan tentang tragedi ini, tetapi tidak dengan serta merta. Satu majlis festival telah dijadualkan malam itu di Kedutaan Perancis di Russia. Nicholas, dalam keadaan ini, berfikir ia adalah pilihan yang terbaik untuk tidak hadir. Bagaimanapun, bapa=bapa saudaranya masih berpengaruh di pihak istana, dan menganggapnya lebih buruk baginya untuk tidak menghadiri festival berkenaan, dan menyinggung perasaan wakil-wakil dari Perancis, bahkan lebih hina dari dia yang hanya memberi kata-kata lisan kepada rakyat Rusia. Oleh sebab itu, Nicholas menghadiri festival tanpa mengira keadaan semasa. Keesokan harinya, Maharaja dan isteri barunya melawat mangsa-mangsa yang dirawat di hospital.
Kerajaan mengagihkan sejumlah besar bantuan kepada keluarga-keluarga mangsa, dan beberapa pegawai kecil yang dibuang kerja. Walau bagaimanapun, kecuaian dan tindak balas tawa terhadap pihak berkuasa kerajaan menyebabkan kemarahan orang ramai di Rusia. Bapa saudara Maharaja, Grand Duke Sergei Alexandrovich, kemudian Gabenor-Jeneral Moscow, dikenali selepas kejadian ini sebagai "Putera Khodynka" dan Maharaja Nicholas, diberi gelaran "Nicholas si Berdarah"
Rujukan
sunting- ^ "Kisah Tragis Permaisuri Terakhir Russia Alexandra Feodorovna".
- ^ Leyda, Kino: A History of the Russian and Soviet Film, (London: George Allen and unwin Ltd., 1960), 19.
- ^ a b "Timelines.com". 17 October 2010.
Bacaan lanjut
sunting- Baker, Helen. "Monarchy discredited? Reactions to the Khodynka coronation catastrophe of 1896." Revolutionary Russia 16.1 (2003): 1-46.