Tosrin Jarvanthi

ahli politik Malaysia

Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi adalah seorang ahli politik dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia, berbangsa Melayu dari Johor. Beliau adalah Ahli Dewan Negeri Johor untuk Bukit Permai, Johor. Beliau telah memenangi kerusi Dewan Negeri Johor bagi Bukit Permai dalam satu pertandingan 3 penjuru dalam Pilihan raya negeri Johor 2018.[1] Telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor ketika Sahruddin Jamal menjadi Menteri Besar Johor pada 2019.[2]

Tuan Haji
Tosrin Jarvanthi
AMN; PIS, BSI (Johor)
Pengerusi
Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
Dalam jawatan
6 Mac 2020 – 22 Januari 2022
Didahului olehTosrin Jarvanthi
Digantikan olehMohd Fared Mohd Khalid
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Bukit Permai
Dalam jawatan
28 Jun 2018 – 22 Januari 2022
Didahului oleh Ali Mazat Salleh
Digantikan oleh Jafni Shukor
Majoriti2,531 (PRU-14)
Pengerusi
Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
Dalam jawatan
22 April 2019 – 25 Februari 2020
Didahului olehAminolhuda Hassan (Hal Ehwal Agama Islam)
Sahruddin Jamal (Pertanian)
Dzulkefly Ahmad (Pembangunan Luar Bandar)
Digantikan olehTosrin Jarvanthi (Hal Ehwal Agama Islam)
Samsolbari Jamali (Pertanian dan Kemajuan Luar Bandar)
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor untuk Sedili
Dalam jawatan
1986–1990
Didahului olehkawasan ditukar nama daripada DUN Kota Tinggi
Digantikan oleh Mohamadon Abu Bakar
Majoriti9,840 (PRU-7)
Maklumat peribadi
Lahir (1950-04-08) 8 April 1950 (umur 74)
Kampung Air Manis, Kulai, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik BERSATU
Gabungan politik
lain
Perikatan Nasional (2020-)
Pakatan Harapan (2016-2020)
(-2016)
PasanganRamlah Ali
Anak6
PekerjaanAhli politik

Politik

sunting

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor

sunting

Setelah Sahruddin Jamal dilantik sebagai Menteri Besar Johor, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar[3] yang sebelum itu dipegang oleh Aminolhuda Hassan (Hal Ehwal Agama Islam), Sahruddin (Pertanian) dan Dzulkefly Ahmad (Pembangunan Luar Bandar)[4].

Apabila Menteri Besar Johor bertukar kepada Hasni Mohammad, beliau telah dikekalkan portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam,[5] manakala portfolio Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar diambil alih oleh Samsolbari Jamali.

Keputusan Pilihan Raya

sunting
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Bukit Permai Tosrin Jarvanthi PN (BERSATU) 5,108 Mohd Jafni Md Shukor BN (UMNO) 10,889 4,755
Azrol Rahani MUDA 6,134
Mokhtar Abdul Wahab PEJUANG 385
2018 Tosrin Jarvanthi PH (BERSATU) 10,998 Ali Mazat Salleh BN (UMNO) 8,467 2,531
Abd Aziz Ja'afar PAS 1,392
1986 Sedili Tosrin Jarvanthi BN (UMNO) 12,894 Mohamad Yusof Hamdan SDP 3,054 9,840

Anugerah

sunting

Rujukan

sunting