Toilet: Ek Prem Katha

(Dilencongkan daripada Toilet - Ek Prem Katha)

Toilet: Ek Prem Katha (bahasa melayu harafiah, Tandas: Sebuah Kisah Cinta) merupakan sebuah filem berdasarkam kisah sebenar yang berlaku di India pada tahun 2017 yang diarahkan oleh Shree Narayan Singh. Diterbitkan oleh Akshay Kumar dan Neeraj Pandey. Dibintagi oleh Akshay Kumar dan Bhumi Pednekar sebagai peranan utama dengan dibantu seperti Anupam Kher, Sudhir Pandey dan Divyendu Sharma. Filem ini dikeluarkan pada 11 Ogos 2017. Filem ini menyokong kempen kerajaan untuk memperbaiki keadaan tandas di India, dengan penekanan pada pembasmian pembuangan air kecil dan besar secara terbuka, terutama di kawasan luar bandar.

Toilet: Ek Prem Katha
PengarahShree Narayan Singh
PenulisSiddharth Singh
Garima Wahal
Dihasilkan oleh
  • Aruna Bhatia
  • Shital Bhatia
  • Prernaa Arora
  • Arjun N. Kapoor
Dibintangi
SinematografiAnshuman Mahaley
Disunting olehShree Narayan Singh
Muzik olehVickey Prasad Manas-Shikhar
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehViacom 18 Motion Pictures
Tarikh tayangan
  • 11 Ogos 2017 (2017-08-11) (India)
Masa tayangan
155 minit[1]
NegaraIndia
BahasaHindi
Bajet18 crore[2]
Pecah panggung₹311.5 crore

Mengisahkan Keshav (Akshay Kumar) seorang pengurus kedai menjual basikal bersama adik lelakinya Naru (Divyendu Sharma) di sebuah bandar di Gorakpur, India. Pada suatu hari, seorang lelaki telah membuat tempahan kepadanya untuk memebeli sebuah basikal yang sesuai digunakan untuk orang perempuan. Tetapi Keshav telah tersalah menghantar basikal tersebut kerana basikal tersebut lebih sesuai digunakan oleh orang lelaki. Sepanjang perjalanan menghantar basikal tersebut ke rumah lelaki itu, Keshav telah terserempak dengan seorang wanita yang menegurnya di dalam keretapi kerana berkelakuan tidak senonoh dengan sengaja tidak mengunci pintu bilik air semasa berada di dalamnya. Sejak pertemuan itulah, Keshav telah mula jatuh cinta terhadap wanita tersebut. Setibanya di rumah pelanggannya, Keshav mendapati bahawa lelaki yang membuat tempahan tersebut merupakan ayah kepada wanita yang dijumpainya tadi di dalam keretapi. Mereka berkenalan dan wanita tersebut dikenali sebagai Jaya (Bhumi Pednekar) seorang remaja lepasan kolej di bandar tersebut.

Keshav merupakan anak kepada seorang sami hindu ajaran Brahmin, Pandit (Sudhir Pandey). Ayahnya melarang anak lelakinya untuk berkahwin dengan mana-mana perempuan yang tidak mempunyai ibu jari berkembar di tangan kiri. Akibat dari itu, Keshav yang kini berumur 36 tahun menjadi bujang tua ekoran terlalu taksub dengan pantang larang tradisi tersebut. Sambil dinasihatkan oleh Naru, mereka mula membuat cincin yang beserta dengan ibu jari palsu untuk disarungkan ke ibu jari Jaya bagi memudahkan urusan perkahwinan tersebut.

Selepas mereka berkahwin di perkampungan milik Keshav, pada waktu sepertiga malam, Jaya telah dikejutkan dari tidur oleh adik iparnya yang mengajaknya untuk membuang air besar di sebuah tanah lapang yang agak jauh perjalanan dari rumahnya. Ini kerana mengikut tradisi etnik tersebut, sebuah tandas tidak boleh dibina di dalam sebuah rumah. Setibanya disana, Jaya begitu terkejut, apabila dia melihat sekumpulan wanita di sana sedang membuang air besar beramai-ramai secara terbuka dengan hanya berbekalkan sebuah lampu dan sebuah balang berisi air sahaja. Dia terus berlalu pergi meninggalkan kumpulan tersebut dan mendesak agar suaminya meminta izin dari Pandit untuk binakan sebuah tandas yang kecil di dalam bilik kelamin mereka. Namun begitu, Pandit telah melarang Keshav dari mengikut arahan dari Jaya tersebut kerana melanggar adat tradisi yang dipercayai telah diamalkan lebih kurang 1,700 tahun yang lalu.

Pelbagai usaha yang dibuat oleh Keshav untuk memujuk hati Jaya kerana isterinya tidak mahu membuang air besar secara terbuka. Pada suatu hari, Pandit telah terserempak dengan Jaya yang sedang membuang air besar di tepi semak. Jaya pada ketika itu tidak menutup mukanya dengan kain, ini menyebabkan hubungan antara Jaya dan Pandit menjadi dingin. Selepas peristiwa memalukan tersebut, mereka mengambil keputusan untuk berpura-pura menziarahi seorang perempuan tua yang terlantar sakit (ibu kepada ketua kampung) kerana di dalam biliknya terdapat sebuah tandas kecil. Jaya dilihat seperti seorang pencuri di dalam rumah tersebut hanya semata-mata untuk membuang air besar sahaja bukannya menziarahi perempuan tua tersebut. Selain itu, Keshav juga mengahntar Jaya setiap hari di perhentian keretapi untuk membiarkan isterinya membuang air besar kerana keretapi akan berhenti di setiap hentian selama 7 minit sahaja sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. Namun pada suatu hari, Jaya telah terperangkap di dalam tandas kerana di telah memasuki ke sebuah gerabak pengangkut barangan yang sangat sempit. Semasa urusan pemunggahan dilakukan, keretapi mulai meninggalkan pit dan dengan sengaja Jaya meninggalkan Keshav di tepi rel untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya kerana tidak sanggup lagi meneruskan kehidupan seharian bersama-sama penduduk di desa Gorakpur. Selain itu, dia mahukan Keshav bersama-sama membuat kesedaran kepada penduduk tersebut mengenai tabiat buruk tersebut.

Sepanjang ketiadaan Jaya disisinya, Keshav mula menyedarkan orang kampung mengenai pembinaan tandas di dalam rumah dan mengenepikan amalan adat resam. Dengan bantuan Jaya dan bapa saudaranya Joshi (Anupam Kher), segala pembohongan dan korupsi wakil rakyat mengenai dana pembinaan tandas awam dibongkar. Keshav segera meminta pertolongan daripada wakil rakyat, tetapi beliau mengesahkan bahawa ketua kampung dan para penduduk di situ yang membantah keputusan kerajaan tersebut. Ini menyebabkan dana tersebut telah disalah gunakan. Selepas mengetahui ketelusannya, Keshav terus bernekad untuk membina sebuah tandas di halaman rumahnya, namun usaha tersebut digagalkan oleh ayahnya sendiri bersama-sama penduduk kampung untuk merobohkan tandas tersebut yang hampir siap sepenuhnya. Kegagalan ini menyebabkan Keshav telah berputus asa dan Jaya mengambil keputusan untuk berpisah dengan Keshav secepat mungkin. Jaya juga menghubungi Keshav agar perkara penceraian diwar-warkan ke khalayak umum agar satu dunia tahu mengenai kehidupan yang agak luar biasa terhadap penduduk di desa Gorakpur, India yang sanggup menolak kemudahan awam demi mengutamakan adat resam semata-semata. Kesedaran ini membuat sekumpulan para wanita mulai meminta permohonan untuk bercerai agar memberi kesedaran terhadap para suami mereka bahawa pentingnya menjaga kebersihan dan maruah ahli keluarga supaya tidak lagi dipandang enteng oleh orang ramai. Pada suatu hari nenek Keshav Sharma, (Shubha Khote) tidak dapat menahan untuk membuang air besar, tiba-tiba dia telah tergelincir di atas tangga, ini membuatkan Pandit tidak dapat membantu ibunya untuk dihantar ke tanah lapang yang jauh sebelum ibunya mengarahkan agar dia dihantar ke tandas milik Keshav untuk membuang air besar di dalamnya. Tandas tersebut yang telah dimusnahkan beberapa hari yang lalu terus membuatkan Pandit berubah hati dan sanggup menolak adat resam tradisi turun temurun tersebut.

Sementara itu, kisah mereka gempar di media cetak dan elektronik, sehingga menarik perhatian barisan kabinet kerajaan pusat. Sehingga menyebabkan Presiden India membuat arahan agar semua tandas di bangunan kerajaan dikunci sehingga pembinaan tandas awam dibina di perkampungan tersebut. Manakala penceraian antara Keshav dan Jaya telah dibatalkan oleh Mahkamah. Mereka kini sah sebagai pasangan suami isteri. Pandit yang berada disitu juga turut memohon maaf terhadap Jaya yang selama ini dipandang rendah selepas mengetahui bahawa dia ditipu kerana tidak mempunyai dua ibu jari ditangan kirinya dan isu tandas di dalam setiap rumah di desa tersebut. Jaya memaafkan semua ahli keluarga Keshav dan menerimanya semula. Mereka kini hidup bahagia semula.

Pelakon

sunting

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tarikh festival Anugerah Kategori Penerima dan Pencalonan Keputusan Rujukan
2 Disember 2017 Star Screen Awards Pelakon lelaki terbaik (popular) Akshay Kumar Tercalon
30 Disember 2017 Zee Cine Awards Filem terbaik (pilihan penonton) Toilet: Ek Prem Katha Menang [7]
Filem terbaik (pilihan juri) Tercalon
Impak luar biasa Menang
Pelakon lelaki terbaik (pilihan penonton) Akshay Kumar Tercalon [8]
Pelakon lelaki terbaik (pilihan juri) Tercalon
Pelakon wanita terbaik (pilihan penonton) Bhumi Pednekar Tercalon
Pelakon wanita terbaik (pilihan juri) Tercalon
Pengarah terbaik (debut) Shree Narayan Singh Tercalon
Pengarah terbaik Tercalon
Penulis skrip terbaik Siddharth Singh, Garima Wahal Tercalon
20 Januari 2018 Filmfare Awards Filem terbaik Toilet: Ek Prem Katha Tercalon [9]
Pengarah terbaik Shree Narayan Singh Tercalon
Pelakon lelaki terbaik Akshay Kumar Tercalon
28 Januari 2018 Mirchi Music Awards Anugerah komposer muzik sepanjang tahun Vickey Prasad (melalui lagu yang bertajuk "Hans Mat Pagli") Tercalon [10]
3 Mei 2018 Anugerah Filem Antarabangsa Sinematografi terbaik Ganesh Acharya (melalui lagu bertajuk "Gori Tu Latth Maar") Menang [11]
13 Mei 2018 Matri Shree Media Award Filem terbaik Toilet: Ek Prem Katha Menang [12]
22 Jun 2018 International Indian Film Academy Awards Filem terbaik Toilet: Ek Prem Katha Menunggu [13]
Pelakon lelaki terbaik Akshay Kumar Menunggu
Jalan cerita terbaik Siddharth Singh, Garima Wahal Menunggu

Rujukan

sunting
  1. ^ "TOILET: EK PREM KATHA (12A)". British Board of Film Classification. Dicapai pada 2 August 2017.
  2. ^ Express Web Desk (30 July 2017). "Akshay Kumar on poor success rate of Bollywood films: In South, they don't spend more than Rs 2 crore on publicity". The Indian Express. Dicapai pada 30 July 2017.
  3. ^ a b PTI (30 November 2016). "Toilet Ek Prem Katha is funny yet credible: Bhumi Pednekar". The Indian Express. Dicapai pada 10 May 2018.
  4. ^ PTI (28 January 2017). "Anupam Kher wraps up 'Toilet: Ek Prem Katha' shoot". The Times of India. The Times Group. Dicapai pada 10 May 2018.
  5. ^ Hungama, Bollywood (3 February 2017). "Sana Khan to play Akshay Kumar's girlfriend in Toilet – Ek Prem Katha – Bollywood Hungama". Dicapai pada 30 July 2017.
  6. ^ ANI (20 July 2017). "Sana Khan: Working with Akshay Kumar in 'Toilet:Ek Prem Katha' was challenging". The Times of India. The Times Group. Dicapai pada 14 June 2018.
  7. ^ Khole, Purva (19 December 2017). "Zee Cine Awards 2018 Complete Winners List: Shah Rukh Khan, Priyanka Chopra, Amitabh Bachchan, Secret Superstar, Toilet Ek Prem Katha Win Big". India.com. India Webportal. Dicapai pada 19 December 2017.
  8. ^ "ZCA 2018". Zee Cine Awards. Dicapai pada 31 December 2017.
  9. ^ Filmfare (19 January 2018). "Nominations for the 63rd Jio Filmfare Awards 2018". Filmfare. Worldwide Media. Dicapai pada 19 January 2018.
  10. ^ "Nominations". Mirchi Music Awards 2017. Dicapai pada 13 March 2018.
  11. ^ News18.com (13 April 2018). "65th National Film Awards LIVE: Sridevi Posthumously Awarded Best Actress; Vinod Khanna Honoured With Dada Saheb Phalke Award". CNN-News18. Network18 Media and Investments. Dicapai pada 14 April 2018.
  12. ^ UNI (3 May 2018). "26 journalists to be conferred with 43rd Matri Shree Media Awards". United News of India. Dicapai pada 11 July 2018.
  13. ^ Basu, Nilanjana (22 May 2018). "IIFA Nominations 2018: Tumhari Sulu Leads With 7 Nods, Newton Follows". NDTV. NDTV Convergence. Dicapai pada 28 May 2018.

Pautan luar

sunting