Enggang paruh merah Tanzania

(Dilencongkan daripada Tockus ruahae)

Enggang paruh merah Tanzania (Tockus ruahae) ialah spesies enggang dalam keluarga Bucerotidae. Ia ditemui di tengah Tanzania. Kesemua ekor enggang paruh merah dahulunya pernah dianggap sama spesies.

Enggang paruh merah Tanzania
Jantan di Tanzania
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Bucerotiformes
Keluarga: Bucerotidae
Genus: Tockus
Spesies:
T. ruahae
Nama binomial
Tockus ruahae
Kemp & Delport, 2002

Pemerihalan

sunting

Ia berparuh merah terang melengkung berhujung titik kecil jingga gelap. Skleranya boleh berbeza-beza dari jingga muda hingga kuning gelap dan pupilnya biasanya hitam gelap. Seperti kebanyakan spesies enggang, ia mempunyai lingkaran kulit hitam bersaiz sederhana di sekeliling matanya, pada kedua-dua betina dan jantan. Ia mempunyai leher dan perut putih-kelabu. Sayapnya seperti semua enggang paruh merah mempunyai tompok putih besar dan kecil yang dikelilingi oleh bulu hitam. Bulu ekornya panjang dan hitam di bahagian luar dan putih di bahagian dalam.

Taburan

sunting

Ia boleh ditemui di tengah Tanzania. Ia biasanya ditemui berehat atau bersarang di pokok-pokok hutan atau savana di mana sumber makanannya banyak.

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  • Kemp, A.C. and W. Delport. 2002. Comments on the status of subspecies in the red-billed hornbill (Tockus erythrorhynchus) complex (Aves: Bucerotidae), with the description of a new taxon endemic to Tanzania. Annals of the Transvaal Museum 39: 1–8.
  • Delport, W., A.C. Kemp, and J.W.H. Ferguson. 2004. Structure of an African Red-billed Hornbill (Tockus erythrorhynchus rufirostris and T. e. damarensis) hybrid zone as revealed by morphology, behavior, and breeding biology. Auk 121: 565–586.