Tirumurai
Tirumurai (Tamil: திரு முறை) merupakan kumpulan dua belas jilid ayat-ayat suci dalam bahasa Tamil yang memuji Siva. Ayat-ayat suci ini dihasilkan daripada kurun ke-6 hingga ke-11 oleh beberapa orang suci di India Selatan. Nambi Andar Nambi mengumpul tujuh jilid-jilid awal yang dinyanyikan oleh Appar, Sambandhar, dan Sundarar yang dikenali sebagai Tevaram dalam kurun ke-12. Dengan peredaran masa, sarjana-sarjana Saivisme terpaksa menggabungkan beberapa karya lain ke dalam Tirumurai.[1] Tiruvacakam dan Tirukovayar oleh Manickavasagar diselit sebagai Tirumurai kelapan dan kesembilan. Tirumandiram oleh Tirumular diselit sebagai Tirumurai kesepuluh.[2] Thirumurai kesebelas digabungkan oleh Karaikal Ammaiyar, Cheraman Perumal, dan lain-lain. Raja Chola pada masa itu memasukkan karya Nambi ke dalam Tirumurai kesebelas.[3] Periya Puranam oleh Sekkizhar yang mengandungi riwayat hidup 63 Nayanmar diselit sebagai Tirumurai kedua belas.
Disamping Veda dan Saiva Agamas, Tirumurai juga menjadi asas falsafah Saiva Siddhanta di Tamil Nadu.
Latarbelakang
suntingZaman Pallava merupakan zaman kebangkitan Saivisme oleh para Nayanmar di India Selatan. Para Nayanmar membawa arus kerohanian dan Bhakti dengan nyanyian ayat-ayat suci memuji keagungan Siva. Tirumurai dihasilkan selepas zaman kesusasteraan Sangam. Seluruh Tirumurai dihasilkan dalam empat rangkap atau viruttam.
Senarai Tirumurai
suntingTirumurai | Hymns | Period | Author |
---|---|---|---|
1,2,3 | Tirukadaikkappu | Kurun ke-7 Masihi | Sambandar[4][5] |
4,5,6 | Tevaram | Kurun ke-7 Masihi | Appar[4][5] |
7 | Tirupaatu | Kurun ke-8 Masihi | Sundarar[4][5] |
8 | Thiruvasakam and Thirukkovaiyar | Kurun ke-9 Masihi | Manikkavacakar |
9 | Thiruvisaippa & Thiruppallaandu | 9Kurun ke-9 Masihi | Thirumalikaittever |
Centanar | |||
Karuvurttevar | |||
Nampikatava nampi | |||
Gandaraditya | |||
Venattatikal | |||
Tiruvaliyamutanar | |||
Purutottama nampi | |||
Cetirayar | |||
10 | Tirumandiram | Kurun ke-8 Masihi | Tirumular |
11 | Prabandham | ||
Karaikkal Ammaiyar | |||
Ceraman Perumal Nayanar | |||
Pattinattu p-pillaiyar | |||
Nakkiratevar Nayanar | |||
Kapilateva Nayanar | |||
Thiruvalaviyudaiyar | |||
Nampiyantarnampi | |||
IyyadigalkatavarkonNayanar | |||
Kalladateva Nayanar | |||
Paranateva Nayanar | |||
Ellamperuman Adigal | |||
Athiravadigal | |||
12 | Periya Puranam | Sekkizhar |
Penyusunan
suntingRaja Raja Chola I (985-1013 Masihi) telah berusaha untuk mengumpul semua ayat-ayat suci selepas mendengar beberapa ayat suci Tevaram.[6] Baginda mendapatkan bantuan Nambi Andar Nambi, seorang sami di kuil.
Nambi Andar Nambi menemui manuskrip ayat-ayat suci dalam keadaan dimakan anai-anai di sebuah bilik di kuil Thillai Nataraja, Chidambaram. Para Brahmana (Dikshitar) di kuil itu memberitahu raja bahawa menurut tradisi bilik itu hanya boleh dibuka apabila ketiga-tiga penyair datang bersama. Raja Raja Chola membuat arca penyair-penyair itu di sepanjang jalan Chidambaram. Demikian, Rajaraja mendapat nama "Tirumurai Kanda Cholan" yang bermaksud penyelamat Tirumurai. Sehingga itu, kuil-kuil Siva hanya menempatkan arca-arca Tuhan. Selepas kejadian itu, arca-arca Nayanmar juga ditempatkan di kuil.
Nambi menyusun ayat-ayat suci Sambandhar, Appar, dan Sundarar sebagai tujuh buku-buku pertama. Tirukovayar dan Tiruvacakam oleh Manickavasagar sebagai buku kelapan, dan 28 ayat-ayat suci oleh penyair-penyair lain sebagai buku kesembilan, Tirumandiram oleh Tirumular sebagai buku ke sepuluh, 40 ayat-ayat suci oleh 12 orang penyair sebagai buku kesepuluh, Tirutotanar Tiruvanthathi, dan menambahkan ayat-ayat sucinya sendiri sebagai buku kesepuluh.
Tujuh buku pertama kemudiannya mendapat nama Tevaram.
Seluruh sejarah 63 Nayanmar, Periya Puranam oleh Sekkizhaar ditambahkan sebagai buku keduabelas.
Demikian, seluruh sastera agama Saivisme dalam bahasa Tamil dihasilkan dalam tempoh 600 tahun.
Kuil-Kuil Berkaitan
suntingTerdapat 275 kuil-kuil yang disebut dalamTirumurai yang dikenali sebagai Paadal Petra Sthalams.[7] Kuil-kuil ini popular dalam kalangan penganut Saivisme.
Beberapa kuil lain mendapat nama Vaippu Sthalangal, iaitu kuil-kuil yang hanya dirujuk dalam Tevaram.
Tiga Nayanmar pertama merujuk kepada ayat-ayat suci yang dinyatakan ketika Darshan (melihat dan dilihat Tuhan) ketika upacara pemujaan.
Tevaram juga menyebut tentang tempat-tempat suci lain seperti hutan, pelabuhan (atau tempat teduhan), kolam air, dan sawah.
Kuil-kuil yang disebut dalam buku kesembilan, Tiruvisaippa pula dikenali sebagai Tiruvisaippa Thalangal.
Nota
sunting- ^ Das, Sisir Kumar; Sāhitya Akādemī (2005). A history of Indian literature, 500-1399: from courtly to the popular. chennai: Sāhitya Akādemī. ISBN 81-260-2171-3
- ^ Das, Sisir Kumar; Sāhitya Akādemī (2005). A history of Indian literature, 500-1399: from courtly to the popular. chennai: Sāhitya Akādemī. ISBN 81-260-2171-3
- ^ Das, Sisir Kumar; Sāhitya Akādemī (2005). A history of Indian literature, 500-1399: from courtly to the popular. chennai: Sāhitya Akādemī. ISBN 81-260-2171-3
- ^ a b c Cutler 1987, p. 4
- ^ a b c Zvelebil 1974, p. 92
- ^ Cutler, Norman (1987). Songs of experience: the poetics of Tamil devotion. USA: Library of Congress Cataloging-in-Publication-Data. ISBN 0-253-35334-3.
- ^ "A comprehensive description of the 275 Shivastalams glorified by the Tevaram hymns". templenet.com. Retrieved 11 January 2011.