Tic-tac-toe
Tic-tac-toe (atau dikenali sebagai permainan X dan O) ialah sebuah permainan pensil dan kertas untuk dua pemain, X dan O, yang bergilir-gilir untuk membuat tanda tersebut di dalam sebuah grid 3x3. Biasanya, pemain X yang mulakan permainan. Pemain yang berjaya meletakkan tiga tanda mereka berturut-turut sama ada mendatar, menegak, atau menyerong memenangi permainan ini.
Genre | Permainan atas kertas |
---|---|
Pemain | 2 |
Masa penyediaan | Sedikit |
Masa permainan | ~1 minit |
Peluang rawak | Tiada |
Kemahiran yang diperlukan | Taktik, strategi dan pemerhatian |
Sejarah
suntingVersi awal Tic-tac-toe diperkenalkan dan dimainkan pada zaman Empayar Rom, sekitar abad pertama BC diberi nama Terni Lapilli. Pemain perlu meletakkan tanda mereka di ruang kosong untuk terus bermain dan permainan ini dimenangai dengan pemain pertama yang berjaya meletakkan tiga tanda mereka berturut-turut[1]. Namun begitu, menurut buku Tic Tac Toe: And Other Three-In-A Row Games from Ancient Egypt to the Modern Computer yang ditulis oleh Claudia Zaslavsky, permainan Tic-tac-toe mungkin berasal dari zaman Mesir Purba[2]. Permainan lain yang menyerupai Tic-tac-toe ialah Three Men's Morris yang juga dimainkan di atas grid ringkas dan memerlukan tiga tanda sama berturut-turut untuk menang[1].
Cetakan pertama yang berkaitan dengan permainan ini diberi nama Noughts and crosses muncul pada tahun 1864. Dalam novel Can You Forgive Her, 1864, Anthony Trollope merujuk kepada seorang kerani yang bermain tit-tat-toe[3]. Pada tahun 1952, permainan video bertajuk OXO merupakan permainan video pertama untuk permainan Tic-tac-toe yang dikeluarkan untuk komputer EDSAC. Dalam permainan video ini, pemain boleh melawan pemain komputer[4].
Kombinasi
suntingTic-tac-toe memerlukan pemain untuk melakukan analisis terperinci sebelum meneruskan permainan, seperti kombinasi posisi yang boleh digunakan atau kombinasi permainan.
Kiraan rawak menunjukkan bahawa lebih kurang 19,683 kemungkinan kombinasi susun atur papan permainan (39 kerana setiap ruang mungkin ada X, O atau kosong) dan lebih kurang 362,880 kemungkinan kombinasi permainan (X dan O diletakkan pada posisi berbeza di atas papan permainan)
Rujukan
sunting- ^ a b Dagonell the Juggler. "Game of the Month: Morris Games". Canisius.edu. Dicapai pada 24 September 2015.
- ^ Zaslavsky, Claudia (1982). Tic Tac Toe: And Other Three-In-A Row Games from Ancient Egypt to the Modern Computer. Crowell. ISBN 0-690-04316-3.
- ^ Trollope, Anthony (1865). Can You Forgive Her?. Penguin Classics. ISBN 0-140-43086-5.
- ^ David Winter. "Noughts And Crosses - The oldest graphical computer game". Pong-story.com. Dicapai pada 24 September 2015.