Terier Tibet

baka anjing dari Tibet, China
(Dilencongkan daripada Tibetan terrier)

Terier Tibet[a] ialah satu baka anjing bersaiz sederhana yang berasal dari Tibet.[1] Sungguhpun namanya demikian, ia bukan anggota kumpulan terier. Baka ini memperoleh namanya daripada pengembara Eropah kerana keserupaannya dengan baka-baka terier yang diketahui.[2] Namanya dalam bahasa Tibet untuk baka ini, Tsang apso, diterjemahkan kasar-kasar kepada "anjing kasar dan berjumbai-jumbai atau berjanggut (apso), dari provinsi Tsang". Sesetengah keterangan lama daripada pengembara merujuk anjing ini sebagai dokhi apso atau apso "ruangan luar", yang menunjukkan anjing pekerja berjumbai-jumbai atau berjanggut yang tinggal di luar.

Terier Tibet
Nama lainTsang apso
Dokhi apso
Negara asalTibet
Anjing (Canis lupus familiaris)
Fail:TibetanTerrier.jpg
Terier Tibet betina berusia empat tahun yang duduk

Sejarah

sunting

Terier Tibet telah dibiakbakakan dan dibesarkan di biara di Tibet selama 2,000 tahun.[3][4] Dari segi sejarah, terier Tibet dibela sebagai tangkal bertuah, maskot, anjing pengawas, anjing gembala, dan pendamping. Ia juga digunakan untuk mengutip barang yang jatuh di lereng gunung.[5]

Dr. Agnes Greig dari England membawa terier Tibet pertama ke Eropah pada tahun 1922.[6] Beliau diberi seekor anak anjing betina emas dan putih bernama "Bunti" selepas berjaya menjalankan pembedahan ke atas seorang pesakit di Tibet. Selepas memperoleh seekor jantan kedua, "Rajah", Dr. Greig mengasaskan sebuah kenel dan mula membiakbakakan anjing tersebut.

Perinduk pertama lahir pada tahun 1924 dan didaftarkan sebagai Lhasa Terriers ("terier Lhasa"). Pada tahun 1930, Kennel Club of India mengubah nama baka ini kepada Tibetan Terrier ("terier Tibet"). Terier Tibet pertama di Amerika Syarikat diimport pada tahun 1956 oleh Dr. Henry dan Pn. Alice Murphy dari Great Falls, Virginia, daripaada kenel Dr. Greig, Lamleh.[7] Pada tahun 1973, American Kennel Club mengiktiraf baka ini dengan mengelaskannya sebagai sebahagian daripada kumpulan bukan sukan.[1]

Terier Tibet berkaitan dengan baka-baka lain dan telah menyumbang kepada pembangunan baka-baka tersebut, termasuk shih tzu, Lhasa apso, spaniel Tibet,[8] anjing gembala tanah pamah Poland,[9] dan lain-lain.

Penampilan

sunting

Terier Tibet ialah anjing berkuasa bersaiz sederhana dengan perkadaran segi empat sama dengan lapis bulu kasar dan berjumbai. Ia berbeza-beza secara meluas dari segi tinggi dan berat,[10] dengan julat 14–16 in (36–41 cm) dan 18–30 lb (8.2–13.6 kg), dengan keutamaan julat 20–24 lb (9.1–10.9 kg) untuk kedua-dua jantina. Semua berat dapat diterima jika berperkadaran dengan saiz. Setelah dewasa, terier Tibet menyerupai collie berjanggut yang dikatikkan. Kepalanya sederhana dengan muncung kuat sederhana panjang dan tengkorak yang tidak bulat mahupun rata. Matanya besar, gelap, dan merenggang agak jauh. Telinga labuh berbentuk V cukup berjumbai dan patut terletak tinggi-tinggi pada sisi tengkorak. Walaupun warna pilihan untuk hidung ialah hitam, pada anjing pertunjukan, ia juga kadang-kadang perang. Tubuhnya cukup berotot dan padat. Panjang belakang patut sama dengan ketinggian pada paras kelasa, yang memberi baka ini rupa segi empat sama tipikalnya. Ekor terletak tinggi-tinggi, cukup berjumbai, dan terangkat dalam lingkaran di atas belakangnya. Salah satu ciri lebih luar biasa bagi terier Tibet ialah kaki lebar dan rata dengan bulu di antara jari kaki, yang sesuai untuk pendakian gunung, yang bertindak sebagai kasut salji semula jadi.

Helaian bulu terier Tibet mempunyai kitaran pertumbuhan panjang. Hasilnya, lapis bulunya tumbuh dengan agak panjang dan haiwan peliharaan akan memerlukan pemendekan sekali-sekala.[11] Ia tidak bersalin bulu seperti anjing dengan kitaran pertumbuhan bulu lebih pendek, tetapi sebaliknya menggugurkan bulu pada kadar yang serupa dengan kadar pada kebanyakan manusia. Pengecualian adalah pada hampir-hampir sembilan bulan apabila anak anjing menggugurkan keseluruhan lapis bulunya sebelum memperoleh lapis bulu dewasa. Lapis bulu gandanya lebat dengan lapis bulu bawah hangat dan lapis bulu atas yang mempunyai tekstur rambut manusia. Lapis bulunya tidak patut seperti sutera atau keriting, tetapi beralun dapat diterima. Lapis bulu panjang dan tebal ditunjukkan dalam keadaan semula jadi, tetapi tidak patut terlalu panjang sehingga menyentuh lantai, seperti yang tipikal pada baka seperti Lhasa apso atau anjing Malta. Kelabuhan bulu menutupi muka dan mata, tetapi bulu mata panjang pada umumnya menghalang helaian bulu daripada memasuki mata terier Tibet dan baka ini mempunyai penglihatan sangat bagus.

Semua warna diizinkan, kecuali hati dan coklat, dan tiada satu pun yang diutamakan. Emas ialah warna paling jarang. Terier Tibet tersedia dengan sebarang kombinasi warna padu, berwarna-warni, triwarna, sabel merah, atau piebald, selagi kulit hidung berwarna hitam dan mata serta pinggir mata adalah gelap.[12]

 
Terier Tibet jantan berusia lapan tahun yang menampilkan 'gaya potongan bulu anak anjing'

Perangai

sunting

Perangai telah menjadi salah satu aspek paling menarik bagi baka ini sejak pengasasannya. Ia merupakan anjing keluarga mesra dan penyayang, sensitif kepada pemiliknya, dan lemah lembut dengan kanak-kanak lebih tua jika diperkenalkan dengan betul. Seperti yang sesuai untuk anjing dengan asal usul sebagai anjing pengawas, terier Tibet cenderung untuk menyendiri di sekeliling orang asing, tetapi tidak patut langsung agresif atau silu dengan mereka. Terier Tibet mempunyai salakan dalam dan terdedah kepada salakan berlebihan.

Walaupun sesuai untuk tinggal di pangsapuri, terier Tibet ialah anjing bertenaga yang memerlukan senaman tetap. Paras tenaga terier Tibet adalah sederhana hingga tinggi dan sifat umumnya merupakan sifat gembira, aktif, cergas, pintar, dan tangkas. Hasilnya, ia kerap sangat sesuai untuk sukan anjing seperti ketangkasan. Ia tabah, tekun, dan pandai, yang dapat menyebabkannya menjadi degil. Terier Tibet biasanya menawan dan setia. Sesetengah anjing baka ini kerap didapati menjaga sumbernya yang dapat menyukarkan kehidupan dengan haiwan peliharaan lain.

Kegiatan

sunting

Terier Tibet dapat bersaing dalam ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, rally obedience, kemahiran persembahan, flyball, penjejakan, dan juga acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Terier Tibet yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[13]

Kesihatan

sunting

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13.8 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[14]

Terier Tibet dapat membawa penyakit genetik lipofusinosis seroid neuron anjing, yang dipanggil penyakit Batten pada manusia. Gejala pertama penyakit ini ialah rabun malam. Kebutaan dan tanda-tanda neurologi seperti epilepsi, keabnormalan motor, demensia, dan agresi tidak terjangka mungkin menyusul beberapa tahun kemudian.[15] Gen yang bertanggungjawab untuk penyakit ini pada terier Tibet dikenal pasti pada tahun 2009 dan kini terdapat ujian DNA untuknya.[15][16] Sebuah kajian Jerman menunjukkan bahawa kira-kira sepertiga daripada terier Tibet dalam sebuah kelab terier Tibet Jerman merupakan pembawa, tetapi atas jasa penggunaan pengujian DNA bersama-sama dengan larangan ke atas pembiakbakaan pembawa bersama-sama, tiada anjing dalam kelab itu yang terjejas akibat penyakit ini.[15]

Terier Tibet ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibat kehelan kanta primer yang disebabkan oleh mutasi resesif autosom bagi gen ADAMTS17.[17]

Pemilik terkenal

sunting

Pelakon Hugh Bonneville (Downton Abbey) dan keluarga beliau memiliki dua ekor terier Tibet.[18] Penyampai televisyen United Kingdom Clare Balding secara khusus memilih baka ini[18] kerana kesesuaian untuk isteri beliau yang alah kepada bulu tanggal haiwan peliharaan.

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: تيريئر تيبيت; Cina: 西藏㹴; 西藏㹴犬; pinyin: Xīzàng gēng; Xīzàng gēngquǎn; bahasa Inggeris: Tibetan terrier

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Get to know the Tibetan Terrier" [Kenali Terier Tibet] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2015.
  2. ^ "Tibetan Terriers" [Terier Tibet]. GotPetsOnline.com (dalam bahasa Inggeris). 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mei 2013. Dicapai pada 22 Januari 2024.CS1 maint: unfit URL (link)
  3. ^ Denenberg, R. V.; Seidman, Eric (1978). Dog Catalog [Katalog Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Grosset & Dunlap. m/s. 105. ISBN 9780448146416. OCLC 4091763. OL 4569690M. Considered bringers of luck for 2,000 years and associated with a Shangri - La myth because its native valley was cut off from outside world by an earthquake in 14th century.
  4. ^ American Kennel Club (31 Januari 2006). The Complete Dog Book [Buku Anjing Lengkap] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-20). New York, New York, Amerika Syarikat: Random House Publishing. m/s. 602. ISBN 9780345476265. OCLC 416234912.
  5. ^ "About the Breed: History" [Tentang Baka: Sejarah] (dalam bahasa Inggeris). Tibetan Terrier Club of America. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2018. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  6. ^ Reif, Jane (1996). The Tibetan Terrier Book [Buku Terier Tibet] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Southfarm Press. ISBN 9780967262802.
  7. ^ "Tibetan Terrier History Page" [Halaman Sejarah Terier Tibet]. TibetanTerr.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  8. ^ Pugnetti, Gino (1980). Schuler, Elizabeth Meriwether (penyunting). Simon & Schuster's Guide to Dogs [Panduan Simon & Schuster untuk Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Simon & Schuster. m/s. 121. ISBN 9780671255268. OCLC 6200215.
  9. ^ Dogs All-in-One for Dummies (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. 29 Mac 2010. m/s. 532. ISBN 9780470529782. OCLC 940550784.
  10. ^ Wikerd, Marjorie (2011). "Non-Sporting Group: Tibetan Terriers" [Kumpulan Bukan Sukan: Terier Tibet]. AKC Gazette (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 128 (3): 70.
  11. ^ "Breed Library: Tibetan Terrier" [Perpustakaan Baka: Terier Tibet] (dalam bahasa Inggeris). Purina. 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2016. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  12. ^ "Tibetan Terrier: Breed Standards" [Terier Tibet: Piawaian Baka] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 November 2013. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  13. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN 9781577791065. OCLC 456420606.
  14. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  15. ^ a b c Kluth, Susanne; Eckardt, Judith; Distl, Ottmar (27 Mei 2014). "Selection response to DNA testing for canine ceroid lipofuscinosis in Tibetan terriers" [Gerak belas pemilihan terhadap pengujian DNA untuk lipofusinosis seroid anjing pada terier Tibet]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 201 (3): 433–434. doi:10.1016/j.tvjl.2014.05.029. ISSN 1532-2971. PMID 24929534. S2CID 24389803.
  16. ^ "DNA Testing for Neuronal Ceroid Lipofuscinosis" [Pengujian DNA untuk Lipofusinosis Seroid Neuron] (dalam bahasa Inggeris). Orthopedic Foundation for Animals. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Oktober 2010. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  17. ^ Oliver, James A. C.; Mellersh, Cathryn Suzanne (14 Disember 2020). "Genetics" [Genetik]. Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing [Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). Gloucester, United Kingdom: British Small Animal Veterinary Association. m/s. 131. ISBN 9781910443392. OCLC 1197697572.
  18. ^ a b Hughes, Emma (3 Mac 2019). "Tibetan terriers: Friend to the famous, lovably lively and perhaps the Kennel Club's best-kept secret". Country Life (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.