The Velvet
The Velvet ialah album mini kedua oleh kumpulan wanita Korea Selatan, Red Velvet. Ia dikeluarkan pada 17 Mac 2016 oleh S.M. Entertainment.
The Velvet | ||||
---|---|---|---|---|
EP oleh | ||||
Dilancarkan pada | 17 Mac 2016 | |||
Genre | R&B | |||
Panjang | 33:03 | |||
Bahasa | Korea | |||
Syarikat | S.M. Entertainment | |||
Penerbit | Lee Soo-man | |||
Kronologi Red Velvet | ||||
| ||||
Single daripada The Velvet | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Latar belakang
suntingKetika mempromosi album terdahulu mereka dalam sebuah sidang media pada 8 September 2015, ahli kumpulan dan label rakaman ini memberi bayangan terhadap sebuah album susulan kepada The Red. Walau bagaimanapun, seorang wakil S.M. Entertainment menjelaskan bahawa tiada apa-apa yang telah dirancang.[1] Pada bulan Oktober 2015, Wendy mengesahkan dalam satu temubual bahawa sebuah album akan datang selepas The Red.[2]
Pada 2 Mac 2016, seorang wakil S.M. Entertainment mendedahkan bahawa kumpulan ini telah selesai menjalani penggambaran video muzik untuk lagu utama album ini.[3] S.M. Entertainment mula mengeluarkan teaser ahli dalam akaun Instagram kumpulan ini pada 10 Mac. Mereka kemudiannya mengesahkan 16 Mac sebagai tarikh pengeluaran dan tajuk lagu sebagai "7월7일 (One of These Nights)".
Sepuluh minit sebelum ia dikeluarkan pada 16 Mac, S.M. Entertainment mengumumkan bahawa pengeluaran album dan video muzik telah ditangguhkan kepada 17 Mac untuk menjamin kualiti kerja yang tinggi. Kumpulan ini memohon maaf kepada peminat mereka yang kecewa dalam siaran 16 Mac 'Good Morning FM' dimana mereka membincangkan album baru mereka dan lagu utama.[4]
Promosi
suntingRed Velvet mengadakan sebuah siaran istimea melalui aplikasi Naver V pada 15 Mac dimana mereka membincangkan persedian mereka untuk kemunculan kembali.[5] Selepas pengumuman penangguhan album mereka, kumpulan ini muncul dalam siaran 16 Mac 'Good Morning FM' untuk membincangkan tentang album dan lagu utama, "7월7일 (One of These Nights)". Kumpulan ini juga mengadakan sebuah lagi siaran istimea dalam aplikasi Naver V beberapa jam sebelum pengeluaran album. Red Velvet memulakan promosi mereka di dalam program muzik menerusi M! Countdown dimana mereka mempersembahkan lagu utama dan "Cool Hot Sweet Love".[6]
Lagu
suntingNo. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "One of These Nights" (7월 7일) | Seo Ji-eum (Jam Factory) | Hwang Chan-hee, Andreas Öberg, Maria Marcus | Hwang Chan-hee, Lee Sung-joo, Hong So-jin | 04:21 | |||||
2. | "Cool Hot Sweet Love" | Kenzie | Daniel Obi Klein, Charlotte Taft, Michael Nordmark, Thomas Sardorf | Daniel Obi Klein, Charlotte Taft, Michael Nordmark, Thomas Sardorf | 03:53 | |||||
3. | "Light Me Up" | Kenzie | Kenzie, Deez, Rodnae "Chikk" Bell | Deez | 03:32 | |||||
4. | "First Time" (처음인가요) | Kenzie | Kenzie | 04:02 | ||||||
5. | "Rose Scent Breeze" (장미꽃 향기는 바람에 날리고) (Seulgi, Wendy, Joy) | Jung Hye-kyung | Hong Jong-ha | Park Gun-chul, Jung Soo-min | 04:52 | |||||
6. | "One of These Nights" (7월 7일; Versi De-Capo) | Seo Ji-eum | Hwang Chan-hee, Andreas Öberg, Maria Marcus | De-Capo Music Group & Rod Bonner | 04:11 | |||||
7. | "One of These Nights" (7월 7일; Versi Joe Millionaire) | Seo Ji-eum | Hwang Chan-hee, Andreas Öberg, Maria Marcus | Joe "Joe Millionaire" Foster | 04:07 | |||||
8. | "One of These Nights" (7월 7일; Versi Piano) | Seo Ji-eum | Hwang Chan-hee, Andreas Öberg, Maria Marcus | Hwang Chan-hee, Andreas Öberg, Maria Marcus | 04:05 | |||||
Jumlah masa: 33:03 |
Carta
suntingCarta mingguan
suntingCarta (2015) | Kedudukan tertinggi |
---|---|
Korea Selatan (Gaon) | 1 |
Jepun (Oricon) | 75 |
Amerika Syarikat (Billboard) | 8 |
Sejarah keluaran
suntingKawasan | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Seluruh dunia | 17 Mac 2016 | Muat turun digital | S.M. Entertainment |
Korea Selatan | CD, muat turun digital | S.M. Entertainment, KT Music |
Rujukan
sunting- ^ Park Sojung (2015-09-08). "Red Velvet wants to define color red for you". Yonhap News. Dicapai pada 2016-03-10.
- ^ "[스타캐스트] "덤도 말고 한가위"…웬디, 풍성한 추석인사". Naver. 2015-09-27. Dicapai pada 2016-03-10.
- ^ Seon, Mi-kyung (2016-03-02). "SM "레드벨벳, 최근 신곡 MV 촬영..3월 컴백 목표"[공식입장]". Osen. Dicapai pada 2016-03-10.
- ^ Kim, Ji-young (2016-03-16). "Red Velvet postpones album release". The Korea Herald. Dicapai pada 2016-03-18.
- ^ Kim, Ye-seul (2016-03-17). "'엠카운트다운' 레드벨벳-효민 최초 컴백, 청순 섹시 몰려온다". Osen. Dicapai pada 2016-03-18.