Gazetir Imperial India

(Dilencongkan daripada The Imperial Gazetteer of India)

Gazetir Imperial India (The Imperial Gazetteer of India) merupakan gazetir zaman Empayar British India yang kini dijadikan sebagai buku rujukan bersejarah. Ia pertama kali diterbitkan pada tahun 1881. Sir William Wilson Hunter membuat rancangan asal untuk mengeluarkan buku ini sejak tahun 1869 lagi.[1]

Gazetir Imperial India
Cover
"Gazetir Imperial India" yang diterbitkan oleh Clarendon Press, Oxford, UK. (Kulit buku bagi tahun 1931)
Tajuk asal
The Imperial Gazetteer of India
NegaraEmpayar British India
BahasaInggeris

Buku "Edisi Baru" untuk tahun 1908, 1909 dan 1931 mempunyai empat jilid ensiklopedia yang meliputi pelbagai topik seperti geografi, sejarah, ekonomi dan pentadbiran di India serta 20 buah jilid gazetir yang disusun mengikut abjad, senarai nama tempat, statistik dan maklumat ringkasan. Setiap jilid disertakan dengan indeks dan atlas. Kesemua buku Edisi Baru itu diterbitkan oleh Oxford University Press, Oxford, United Kingdom.

Edisi pertama Gazetir Imperial India telah diterbitkan dalam sembilan jilid pada 1881. Bagi edisi kedua pula, ia ditambah kepada 14 buah jilid yang dikeluarkan pada tahun 1885 hingga 1887. Pada tahun 1893, buku ini ditampilkan sebagai jilid bebas dengan tajuk Empayar India: Rakyat, Sejarah dan Keluarannya dimana ia mengandungi versi rencana mengenai India yang telah disemak semula dan dikembangkan. Kesemua buku-buku itu telah disunting oleh Hunter.[2]

Penyunting

sunting
  • James Sutherland Cotton
  • Sir Herbert Hope Risley
  • Sir Richard Burn
  • Sir William Stevenson Meyer

Rujukan

sunting
  1. ^ General Preface
  2. ^ General Preface Imperial Gazetteer of India Check |url= value (bantuan). 1. m/s. v.

Pautan luar

sunting