Anak-anak Hadi
Anak-anak Hadi (bahasa Inggeris: The Hardy Boys) ialah sebuah siri detektif/pengembaraan yang terkenal untuk budak-budak lelaki. Ia membabadkan pengembaraan-pengembaraan cereka tentang Frank dan Joe Hardy, dua orang adik-beradik umur belasan. Siri Anak-anak Hadi yang asal diterbitkan antara tahun 1927 dan 1979 di bawah nama pena Franklin W. Dixon.
Sejarah siri
suntingAnak-anak Hadi ialah sebuah terbitan Sindiket Stratemeyer, penerbit banyak siri buku yang berjaya seperti Anak-anak Rover, Anak-anak Kembar Bobbsey dan Tom Swift serta kemudiannya, Siti Salma (versi asli: Nancy Drew). Edward Stratemeyer memikirkan jalan cerita yang menjadi jilid pertama siri Anak-anak Hadi pada tahun 1926. Berbagai-bagai penulis siluman kemudian digaji di bawah kontrak untuk mengekalkan kerahsiaan penulis yang sebenar. Penulis novel yang pertama ialah Leslie McFarlane yang tulisannya mentakrifkan gaya kesusasteraan siri ini, serta juga personaliti dan nuansa watak-wataknya. McFarlane menulis jilid-jilid 1–16 dan 22–24 yang umumnya telah dianggap sebagai karya-karya yang terbaik dalam siri ini. Bayangan Anak-anak Hadi (Ghost of the Anak-anak Hadi), autobiografi McFarlane yang diterbitkan pada tahun 1976, memberikan banyak matlumat latar belakang tentang siri ini serta juga Sindiket Stratemeyer pada keseluruhannya.
Kerja-kerja penyemakan terhadap 38 judul yang pertama dilakukan secara besar-besaran pada tahun 1959. Pada sepanjang 15 tahun yang berikut, siri ini disemak untuk memodenkan bahasa vernakular yang usang, memendekkan cerita, menuakan watak-watak dan menghapuskan stereotaip-stereotaip etnik yang banyak terdapat dalam buku-buku siri ini yang awal (walaupun siri ini mempunyai keseluruhan yang agak luar biasa pada zamannya kerana mempunyai dua watak sampingan bukan-WASP yang digambarkan sebagai remaja-remaja yang normal dan terasimilasi — iaitu Tony Prito dan Phil Cohen). Hasil proses ini berbeza-beza antara satu buku sama lain. Dalam sesetengah kes, hanya perubahan sedikit dibuat manakala dalam kes-kes yang lain, kesemua jalan cerita ditukar, dan menyebabkan sebuah buku yang baru yang langsung berlainan dengan buku asal.
Pada tahun 1979 selepas 52 tahun dan 58 judul (serta juga Buku Panduan Detektif Anak-anak Hadi yang didaktik), Grosset & Dunlap hilang haknya untuk menerbitkan sebarang cerita Anak-anak Hadi yang baru dalam sebuah perbicaraan yang berpanjangan dengan Sindiket Stratemeyer. Walaupun demikian, mereka dapat mengekalkan hak untuk meneruskan penerbitan kesemua 58 judul tersebut (dirujuk sebagai daftar karya oleh para peminat) sehingga hari ini, walaupun terdapat banyak pertukaran pemilik. Sementara itu, Simon & Schuster meneruskan penerbitan siri ini dalam bentuk kulit lembut, iaitu siri Ikhtisar Anak-anak Hadi. Pada tahun 2005, siri Ikhtisar yang mengagumkan ditamatkan dengan jilid ke-190nya, dengan sebuah siri baru yang berjudul Anak-anak Hadi: Adik-beradik Pengintipan dimulakan. Siri Adik-beradik Pengintipan dilengkapi dengan sebuah siri novel grafik dan pada mula-mulanya, juga sebuah siri buku komik yang kini telah dihentikan. Juga pada tahun 2005, Grosset & Dunlap memperoleh keizinan untuk meneruskan penerbitan lebih banyak judul dalam bentuk kulit tebal, bermula dengan jilid-jilid 59 hingga 66 dalam siri Ikhtisar.
Anak-anak Hadi juga muncul dalam banyak siri terbitan turunan, termasuk:
- Fail-fail Kes (Casefiles) (jilid 127);
- Adik-beradik Bukti (Clues Brothers) (jilid 17);
- siri Cerita Seram Ultra (Ultra-Thriller) 2-jilid, bersama-sama watak Tom Swift;
- siri Misteri Unggul (Supermystery) 36-jilid, bersama-sama watak Siti Salma; dan
- siri Jadi Detektif Sendiri (Be Your Own Detective) 6-jilid.
Siri Anak-anak Hadi telah diterbitkan dalam melebihi 25 buah bahasa, termasuk bahasa-bahasa Norway, Sepanyol, Sweden, Belanda, Perancis, Jerman, Sinhala, Jepun, Rusia, Melayu, dan Afrikaan.
Siri asli (1927–1979)
sunting58 buah cerita pertama serta 38 semakannya, bersama dengan Buku Panduan Detektif dan semaknya, telah dianggap oleh banyak pengumpul sebagai daftar karya Anak-anak Hadi'.
Misteri-misteri Anak-anak Hadi ("Ikhtisar") (1979–2005)
suntingSiri buku kulit lembut yang kini telah ditamatkan bermula pada tahun 1979 sebagai suatu sambungan kepada buku-buku kulit tebal. Oleh itu nombor jilidnya bermula dengan #59 dan berakhir pada tahun 2005 dengan jilid #190.
Jilid-jilid 59 - 85 juga diterbitkan dalam bentuk kulit tebal dengan jaket buku.
Lihat juga
suntingBacaan tambahan
sunting- Billman, Carol; The Secret Of The Stratemeyer Syndicate
- Carpentieri, Tony; Frank & Joe Turn Blue
- Carpentieri, Tony & Mular, Paul; Hardy & Hardy Investigations
- Garis, Roger; My Father Was Uncle Wiggily
- Greenwald, Marilyn S.; The Secret Of The Hardy Boys
- Johnson, Diedre; Stratemeyer Pseudonyms and Series Books
- Johnson, Diedre; Edward Stratemeyer and the Stratemeyer Syndicate
- McFarlane, Leslie; Ghost of the Hardy boys; an autobiography
- Prager, Arthur; Rascals At Large
Pautan luar
sunting- Laman web Hardy Boys Casefiles – laman web dengan maklumat siri dan seni kulit terkini
- Laman web Hardydetectiveagency – laman web peminat dengan maklumat siri dan seni peminat
- Laman web tak rasmi Hardyboys – laman web dengan maklumat-maklumat siri, televisyen, dan memorabilia
- Laman web Hardy-Boys Diarkibkan 2015-02-23 di Wayback Machine – laman web dengan maklumat-maklumat siri dan siri televisyen
- Kamu haber
- duneoworld: SIRI ANAK-ANAK HADI (Blogspot) Diarkibkan 2022-02-16 di Wayback Machine – Laman blog yang mengarkib kulit buku versi Bahasa Melayu Hardy Boys