The Curve

pusat beli belah di Selangor, Malaysia

The Curve merupakan sebuah pusat beli-belah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

The Curve
LokasiMutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Koordinat3°09′29″N 101°36′43″E / 3.1579199°N 101.6120082°E / 3.1579199; 101.6120082Koordinat: 3°09′29″N 101°36′43″E / 3.1579199°N 101.6120082°E / 3.1579199; 101.6120082
Tarikh pembukaan2005
PemajuBoustead Properties Berhad
Bil. gedung dan perkhidmatan250
Bil. tingkat3
Laman webhttps://www.thecurve.com.my/
The Curve di Mutiara Damansara

The Curve merupakan pusat gaya hidup terbuka yang ulung di Malaysia dengan dilengkapi lorong beli-belah khusus yang menjanjikan pengalaman baru kepada para pelanggan. Dengan 250 kedai makanan dan butik fesyen yang didirikan jenama terkemuka, inilah tempatnya di mana seseorang dapat memperoleh kepelbagaian fesyen, hiburan yang penuh keseronokan dan makanan yang lazat. The Curve dilengkapi hiburan luar bangunan yang dipenuhi acara muzik dan kesenian sepanjang tahun.

Keluasan tanah bersih (ruang yang boleh disewa untuk kedai makan, fesyen dan pejabat) The Curve kira-kira 63,000 meter persegi, turut didampingi hotel Royale Bintang yang bertaraf empat bintang, plaza umum, laluan mesra pejalan kaki ke IKEA, Lotus's ( Dahulunya Tesco) dan ECurve serta tempat letak kereta bawah tanah beraras dua yang boleh menampung sebanyak 2,400 buah kereta.

Pautan luar

sunting