The Adventures of Milo and Otis
The Adventures of Milo and Otis ialah sebuah filem 'live action' Jepun tentang dua ekor binatang, watak taju, Milo (seekor kucing tabby jingga) dan Otis. Versi asli Jepun dikeluarkan pada 27 Jun 1986, dan versi disunting Bahasa Inggeris dikeluarkan pada 25 Ogos 1989.
Koneko monogatari The Adventures of Milo and Otis | |
---|---|
Fail:Milootis.jpg | |
Pengarah | Masanori Hata |
Penulis | Masanori Hata |
Dihasilkan oleh | Masuru Kakutani Satoru Ogata |
Dikisahkan oleh | Shigeru Tsuyuki |
Sinematografi | Hideo Fujii Shinji Tomita |
Disunting oleh | Chizuko Osada |
Muzik oleh | Ryuichi Sakamoto |
Diedarkan oleh | Toho Columbia Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 90 minit (versi asli) 76 minit (suntingan Inggeris) |
Negara | Jepun |
Bahasa | Jepun Inggeris |
Pecah panggung | $13,299,749 (AS) |
Pada awalnya difilem sebagai Koneko Monogatari (子猫物語 Cerita Anak Kucing) di Kitakyushu, Jepun, filem ini dipotong dan dibaratkan dengan tambahan pencerita oleh Dudley Moore (Shigeru Tsuyuki mencerita versi Jepun). Pengarah Masanori Hata dan penolongnya Kon Ichikawa sunting filem ini bersama daripada 400,000 kaki gambar, ditangkap selama empat tahun.