A.C.A.B.

(Dilencongkan daripada The ACAB)

A.C.A.B. merupakan sebuah kugiran skinhead dari Malaysia yang ditubuhkan pada penghujung tahun 1994.

A.C.A.B
Juga dikenali sebagai
All Cops Are Bastards (1994-2003, 2014-kini)
The A.C.A.B. (2006)
Berasal dariMalaysia Kuala Lumpur, Malaysia
GenreOi!, Ska (1994-2003, 2014-kini) Rock indie (2006)
Tahun aktif1994-2003, 2006, 2014-kini
Syarikat rakaman
Bovver Brigade Records (1995-1999)
Clockwork Records (2000-2006)
Life Records (2004)
A&Z Records (2020) A.C.A.B. PRODUCTIONS
Laman sesawang
Laman rasmi Instagram
Ahli
  • Megat Hafiz - Vokal
  • Edy J. Herwan - Gitar
  • Andy - Bass
  • Zul - Dram
Bekas ahliHardy Sham
Black
Mono
Irfan
Botak
Anas

Nama A.C.A.B. digunakan dari tahun 1994 hingga tahun 2004, ia kemudiannya ditukar kepada The A.C.A.B. berikutan penukaran genre muzik mereka iaitu daripada Oi! kepada rock indie.Pada tahun 2014, Megat Hafiz iaitu ketua kugiran A.C.A.B. atau The A.C.A.B. telah merancang untuk kembali ke zaman lewat 1990-an. Sehingga kini, kugiran mereka sudah kembali.

Sejarah

sunting

Kugiran A.C.A.B. diasaskan oleh dua orang remaja yang berasal dari Kuala Lumpur iaitu Magskin dan juga Eddie. Merekalah yang menubuhkan band ini ketika penerimaan muzik Oi! berada di paras membanggakan. Bagi melengkapkan kugiran ini, mereka mengundang Sham, Anas serta Black dan kemudiannya sama-sama memulakan penerokaan muzik Oi! yang dicintai. Nama A.C.A.B. dipilih dan digunakan sehingga ke hari ini.

Pada tahun 1995, mereka merakamkan demo yang bertajuk A.C.A.B. yang memuatkan tujuh buah lagu. Antaranya seperti Unfairground, City Girl, A.C.A.B., Fight For Your Right dan banyak lagi. Ia dikeluarkan oleh label mereka sendiri iaitu Brovver Brigade Records. Demo ini telah terjual melebihi 500 unit meskipun tidak mempunyai sebarang promosi rasmi. Berikutan dengan kejayaan itu, mereka bersedia untuk berdepan dengan pengikut-pengikutnya. Hari yang menentukan kemampuan A.C.A.B. beraksi itu telah diadakan di Dynasty Night Club di Ipoh. Itulah persembahan pertama mereka. Namun tiada siapa yang menduga, hampir kesemua pembeli demo mereka turun untuk menyaksikan persembahan mereka, termasuklah khalayak Urban Soldier yang diimport khas dari Kuala Lumpur.

Persinggahan kugiran ini bukan setakat di sana sahaja. Sebagai Godfather Of Skinhead/Oi!, mereka terus memanjangkan langkah ke serata pelusuk tempat. Persembahan demi persembahan dibuat bagi mengumpul lebih ramai rakan baru. Perancangan A.C.A.B. begitu tepat pada waktunya, menjadikan mereka benar-benar dipuja. Malahan lagu-lagu yang terdapat di dalam demo mereka itu dinobatkan sebagai lagu rasmi pengikut skinhead senegara dan sekaligus memecah revolusi. Kepesatan muzik ini akhirnya menjadi pendorong sehingga wujudnya lebih banyak band dengan konsep yang sama. Berfaktorkan itulah, arena ini menjadi semakin berkembang dengan jayanya. Antara kugiran yang berjaya mengikut jejak mereka ialah Boot-Off, Skin Rovers, Opponent dan lain-lain lagi.

Pada tahun seterusnya, A.C.A.B. merakamkan EP yang pertama mereka yang berjudul Unite & Fight. Beberapa insiden telah berlaku semasa EP ini sedang dibuat. Antaranya penarikan diri Anas dan Black. Sungguhpun demikian, EP ini selamat disiapkan dengan kerjasama profesional dari Magskin, Eddie, Sham dan seorang anggota baru di posisi drum iaitu Zul. Unite & Fight bukan sahaja diagihkan kepada pengikut tempatan tetapi juga dipasarkan ke luar negara. EP ini terjual sehingga 2000 unit. Seperti biasa aktiviti persembahan diteruskan selepas itu. Tidak lama kemudian aktiviti mereka itu terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana masalah yang melanda. Pada tahun 1997, Zul pula mengambil keputusan menarik diri dari A.C.A.B. Posisi drum telah digantikan oleh Eddie sendiri manakala Magskin memikul tugas sebagai vokalis dan gitaris. Ketika A.C.A.B. semakin roboh, mereka sempat merakamkan LP Eastern Oi! dan single We Are The Skins.

Malangnya, selepas selesai sahaja proses rakaman, label mereka mengalami masalah kewangan. Maka dengan itu terpaksalah mereka menjual kedua-dua master tape tadi kepada Strange Culture Records. We Are The Skins dipasarkan pada tahun berikutnya, manakala Eastern Oi! menemui peminatnya pada tahun 1999. Dari kedua-kedua produk tersebut, hanya Eastern Oi! sahaja yang berjaya menepati target mereka, di mana ia terjual sebanyak 10 000 unit dalam masa yang singkat. Sungguhpun begitu, jualan LP yang memberangsangkan tidak berjaya memulihkan semangat dan masalah dalaman A.C.A.B. Satu demi satu anggotanya mengundur diri beralasankan peribadi.

Ketika ini, tinggal Magskin seorang yang masih setia mencari jalan penyudah kembali megah kembali seperti sebelumnya. Ikrar tetap digenggam. Walau apa pun yang terjadi, A.C.A.B. takkan terkubur. Magskin melepaskan segala kesedihannya melalui sebuah lagu iaitu Rintangan Hidup Dunia yang dirakamkan untuk album Tribute To Rusty Blade. Alaf baru 2000, misi baru A.C.A.B. terlaksana. Mereka bukan sahaja raja di pentas gig, tetapi jugak bertakhta di pentas konsert. Stadium Negara dan Bukit Jalil menjadi saksi kebanggaan A.C.A.B. dengan lebih ramai penonton. Memandangkan ia menjadi satu sejarah, persembahan di kedud-dua konsert itu telah diabadikan di dalam satu album iaitu Live & Loud yang dikeluarkan oleh Clockwork Records dan terjual sehingga 10 000 unit.

Dalam tahun 2001, A.C.A.B. terlibat dalam album Tribute To Sweet Charity terbitan EMI. Lagu 'Musibah' dibawakan dengan cara mereka sendiri. Pada waktu yang sama, Sham kembali ke pangkian band ini dan Eddie juga dipanggil semula untuk sama-sama mengembalikan detik kegemilangan A.C.A.B. pada suatu ketika dahulu. Bukan mudah untuk mendapatkan semula khidmat Eddie kerana dia begitu sibuk dengan band Skanya iaitu, Gerhana Ska Cinta. Namun demi kasihnya terhadap band ini, akhirnya dia bersetuju dan kelima-lima mereka membuka lembaran baru menerusi gig Eastern Oi!

Kini mereka terus berbangga dengan kejayaan album kedua mereka, Skinhead 4 Life yang diragut 4000 pembeli dalam tempoh sebulan ia dipasarkan. Turut dipasarkan terdahulu ialah album kompilasi Days Of Bein' Wild 1995-1999 dan juga single Streets of Uptown. Penampilan baru A.C.A.B. memberi kelainan berbeza berbanding dengan album yang terdahulu. Muzik dan mesej yang disematkan jauh berbeza mengikut peredaran zaman. Sememangnya jauh lebih baik dengan guitarwork dan basslines yang lebih padat, hentakan drum yang lebih padat serta vokal Magskin yang lebih bersemangat.

Pada tahun 2006, setelah Megat hafiz kembali ke Malaysia, A.C.A.B. muncul kembali dengan nama baru iaitu The A.C.A.B. serta memperjuangkan genre muzik baru iaitu rock indie, muzik yang menarik minat Max Hafiz(Megat Hafiz) ketika menuntut di London.

Album mereka yang berjudul 'This Is The A.C.A.B.' dikeluarkan pada 09 Mac 2006 yang lalu menampilkan line-up baru; Max, Eddie, Irfan dan Mono.

Hari ini mereka kembali daripada lena yang panjang dan pada 2020 lalu, A.C.A.B. telah mengeluarkan album Demonstration ’95 Revisited dengan menampilkan 4 buah lagu daripada Demo '95 yang dirakamkan semula dan satu lagu baru berjudul What It's Like To Be Free?. Baru-baru ini telah berlangsung gig Bangun Orang Timur oleh ACAB dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Tema lagu

sunting

Nama A.C.A.B. sebagai kugiran skinhead terus dikenang di hati para peminat underground. Lagu-lagu dendangannya berjaya menggambarkan kemelut politik dan ketidakadilan sosial yang membelenggu anak muda ketika itu, setiap bait lirik dalam album ini bagai wadah yang bercakap bagi pihak mereka waima setiap not dan melodi dari intro ke solo setiap lagu masih mampu dihafal dan kekal relevan sehingga kini.

Skinhead For Life (2001)

sunting

Skinhead 4 Life antara album Oi! terbaik di Malaysia yang berjaya mengeluarkan mesej lagu mengenai ketidakadilan sosial pada anak muda berkaitan amalan demokrasi.

Lagu seperti "Skinhead For Life" memberikan semangat kejantanan kepada para peminat underground. Lagu ini dinyanyikan semula oleh kugiran skinhead di luar negara iaitu Haymaker pada tahun 2019. Lagu ini juga dialihkan kepada bahasa Melayu iaitu Skinhead Selamanya.

A.C.A.B. juga menentang rasis terhadap perkauman, Mereka menyingkapkan dalam lagu Racial Hatred 2. Sekalipun lagu ini berbentuk kekerasan tetapi isu yang dilontarkan tentang rasis terhadap perkauman agar para peminat bersatu padu tanpa warna kulit, agama dan bangsa. Sebelum ini, mereka juga telah melengkapkan lagu Racial Hatred dalam album Eastern Oi! tahun 1999 walaupun lirik yang berbeza.

Lagu Our Country menceritakan rakyat marhean terperangkap dalam permainan kerajaan hipokrasi serta ditabur dengan janji-janji manis

Berunsur nasihat dan motivasi

sunting

Lagunya Bangun mengajak anak muda dan rakyat marhean bangkit dalam kehidupannya.

A.C.A.B. melengkapkan lagu "Sengketa" yang sebenarnya mengenai perbalahan dan persengketaan sesama maunsia agar mereka menghentikannya.

Anugerah dan pencalonan

sunting

Dicalonkan

Diskografi

sunting

Album studio:

sunting
  • Eastern Oi! (1999)
  • Skinhead 4 Life (2001)
  • Orang Timur (2002)
  • Bangun (2004)
  • This Is The A.C.A.B. (2006)

Single:

sunting
  • Unite & Fight (1996)
  • We Are The Skin (1998)
  • Streets of Uptown (2001)
  • Anti-Racist (2004)
  • Demonstration '95 Revisited + New Single (2020)
  • Demo '95 (1995)
  • Et Paria Keling
  • Fight Et Hindu Paria

Album video:

sunting
  • Live & Loud 2 (2003)
  • Live & Loud 3 - Online GIG 1312 (2021)

Album konsert:

sunting
  • Live & Loud (2000)
  • Live & Loud 2 (2003)
  • Live & Loud 3 - Online GIG 1312 (2021)

Album kompilasi:

sunting
  • Unite & Fight E.P. + A.C.A.B. Demo '95 (1998)
  • Days Of Bein' Wild 1995-1999 (2001)
  • No. 1 (2002)
  • Reloaded (2003)
  • Forever Skinheads 1995 - 2003 (2004)
  • Anti-Racist / A Tribute To JB Riot (2005)
  • Where Have All The Bootboys Gone? Best Of A.C.A.B. (2008)
  • The Rest Of A.C.A.B. (2019)

Ahli-ahli

sunting

Era A.C.A.B. (1994-2003, 2014-kini)

sunting
  • Megat Hafiz a.k.a. Magskin (1994-2003, 2014-kini) - 1st-vokal & gitar
  • Edy J. Herwan a.k.a. Eddie (1994-1999, 2001, 2014-kini) - gitar & 2nd-vokal
  • Zul (1996-1997, 2000-2003, 2014-kini) - dram
  • Hardy Sham (1996-1999, 2000-2001) - bass
  • Anas (1995-1997, 2000-2002, 2014-kini) - bass
  • Black (1994) - dram
  • Irfan (2003) - dram
  • Botak (2004) - gitar

Era The A.C.A.B. (2006-2008 & 2024 one show)

sunting
  • Megat Hafiz a.k.a. Max Hafiz - vokal, gitar
  • Edy J. Herwan a.k.a. Eddie - gitar
  • Irfan - dram
  • Mono - bass

Pautan luar

sunting