Thag

Kumpulan perompak dan pembunuh India (abad ke-14-19)

Thag (ठग (ṭhag - "penipu", ada.katian dengan kata bahasa Sanskrit स्थग (sthagalicik", "menipu") dan स्थगति (sthagati, 'menyembunyi').[1] merupakan gerombolan penyamun dan pembunuh yang berleluasa di kawasan utara benua India lagi-lagi semasa zaman Mughal, di mana mereka menyasarkan pedagang dan kabilah mereka yang singgah di sesuatu tempat.

Gambaran bertarikh 1837 beberapa orang thag menjerut seorang pengembara, berdasarkan catatan bekas thag yang dipenjarakan

Mereka sering dipercayai muncul dalam kalangan orang yang mengamalkan kultus-kutlus memuja betara tertentu seperti Kali; namun ada juga penjenayah yang beragama Islam seperti orang-orang Rajput, Lodhi and Ahir.[2] yang ditangkap atau dicatat pihak British semasa penjajahan mereka.

Kegiatan gerombolan-gerombolan ini begitu digeruni lagi-lagi dalam kalangan pihak British semasa menjajah benua India sehingga ia sering dikaitkan dengan melalui penamaan kepada sesiapa sahaja yang melakukan kerja dianggap kesamsengan dan keras - iaitu thug dalam bahasa Inggeris.[3][4][5]

Modus operandi

sunting

Gerombolan-gerombolan ini diketuai seorang bergelar jemadar.[6] Mereka bergerak pada waktu malam dengan berpenampilan seakan perantau berserban serta kurang bersenjata untuk mengelakkan dikesan.[7]

Mereka juga dikenakan peraturan di mana kaum-kaum wanita dan fakir serta penghibur seperti penyanyi haram dibunuh.[8][9] Para pekerja bawahan dan mereka yang cacat atau berpenyakit turut dilepaskan.[10]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Thugs". 1902encyclopedia.com. Dicapai pada 1 October 2017.
  2. ^ K. Wagner (2007). Thuggee: Banditry and the British in Early Nineteenth-Century India. Springer. m/s. 154; 155. ISBN 978-0-230-59020-5.
  3. ^ thug. Kamus Inggeris-Melayu Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2020. Dicapai pada 13 Jun 2020.
  4. ^ "thug". Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 13 Jun 2020.
  5. ^ Kutner, Max (29 April 2015). "A Brief History of the Word 'Thug'". Newsweek. Dicapai pada 13 Jun 2020.
  6. ^ Mike Dash (3 February 2011). Thug: The True Story Of India's Murderous Cult. m/s. 67. ISBN 9781847084736.
  7. ^ Mike Dash (3 February 2011). Thug: The True Story Of India's Murderous Cult. m/s. 77. ISBN 9781847084736.
  8. ^ Mike Dash (3 February 2011). Thug: The True Story Of India's Murderous Cult. m/s. 92. ISBN 9781847084736.
  9. ^ Martine van Woerkens. The Strangled Traveler: Colonial Imaginings and the Thugs of India. m/s. 111.
  10. ^ Mike Dash. Thug: The True Story Of India's Murderous Cult. m/s. 93.