Testis atau buah zakar ialah kelenjar kelamin pada haiwan jantan dan manusia lelaki. Manusia lelaki dan haiwan jantan mempunyai dua biji testis yang dibungkus dalam skrotum pada abdomen.[1] Fungsi kelamin ini untuk menghasilkan sperma dan androgen, terutamanya testosteron.

Testis
بواه ذکر
Diagram testis pada manusia
Butiran
ArteriArteri testis
UratVena testis, pleksus pampiniform
SarafPleksus sperma
LimfaNodus limfa lumbar
Pengenalpastian
nama bahasa Latintestis
MeSHD013737
TAA09.3.01.001
FMAFMA:7210
Terminologi anatomi

Kebanyakan mamalia seperti monotremata,[2][3] armadilo dan sloth (Xenarthra),[3] dan gajah[4] mempunyai testis terletak di dalam tubuh.[5] Hidupan dalam kelompok mamalia Boreoeutheria termasuk harimau, rusa dan manusia pula mempunyai testis yang terletak di luar tubuh[6] kerana proses spermatogenesis pada mamalia akan lebih berkesan dengan suhu lebih rendah dari suhu tubuh masing-masing; testis ini tergantung dalam skrotum dihubungkan dengan tubulus spermatikus.

Pada tubulus spermatikus terdapat otot kremaster yang apabila mengecut akan mengangkat testis dekat ke tubuh. Apabila suhu testis diturunkan, otot kremaster akan kendur dan testis akan menjauhi tubuh. Fenomena ini dikenal dengan refleks kremaster.

Haiwan selain mamalia tidak mempunyai testis di luar. Burung, yang mempunyai suhu tubuh yang tinggi, mempunyai testis di dalam tubuhnya. Menurut teori para ahli, mereka menggunakan poket udaranya untuk menjaga suhu optimum testis, namun pada kajian berikutnya disebutkan bahawa testis burung berfungsi baik pada suhu tubuh.[1]

Selama masa baligh, testis berkembang untuk memulakan spermatogenesis. Ukuran testis bergantung pada pengeluaran sperma (jumlah spermatogenesis), bendalir interstisial, dan pengeluaran bendalir dari sel Sertoli.

Pada umumnya, kedua testis tidak sama besar. Dapat sahaja salah satu terletak lebih rendah dari yang lainnya. Hal ini diakibatkan perbezaan struktur anatomis pembuluh darah pada testis kiri dan kanan.

Fungsi

sunting

Testis berperanan pada sistem pembiakan dan sistem endokrin.

Fungsi testis:

  • menghasilkan sperma (spermatozoa)
  • menghasilkan hormon seks lelaki seperti testosteron.

Kerja testis di bawah pengawasan hormon gonadotropik dari kelenjar pituitari bahagian anterior:

Struktur

sunting

Testis dibungkus oleh lapisan fibrosa yang dipanggil tunika albuginea. Di dalam testis terdapat banyak saluran yang disebut tubulus seminiferus. Tubulus ini dipenuhi oleh lapisan sel sperma yang sudah atau tengah berkembang.

Spermatozoa (sel benih yang sudah siap untuk dipancutkan), akan bergerak dari tubulus menuju rete testis, duktus efferen, dan epididimis. Apabila mendapat rangsangan seksual, spermatozoa dan bendalirnya (semua disebut air mani) akan dikeluarkan ke luar tubuh melalui vas deferens dan akhirnya, zakar.

Di antara tubulus seminiferus terdapat sel khusus yang disebut sel interstisial Leydig. Sel Leydig menghasilkan hormon testosteron.

Penghalang darah testis

sunting

Molekul besar tidak dapat menembus ke lumen (bahagian dalam tubulus) melalui darah kerana adanya ikatan yang kuat antara sel Sertoli. Fungsi dari penghalang darah testis ialah untuk menghalang tindak auto-imun. Tubuh dapat membuat antibodi melawan spermanya sendiri, maka ini dicegah dengan penghalang. Apabila sperma bertindak dengan antibodi akan menyebabkan radang testis dan menurunkan kesuburan.

Kesihatan

sunting

Penyakit pada testis yang paling penting untuk diketahui:

  • radang testis, disebut orchitis
  • barah testis
  • radang epididimis, disebut epididimitis
  • Anorkidisme, kedua testis tidak terdapat
  • Monorkidisme, hanya terdapat satu buah testis
  • Varikokel, mengecilnya testis kerana penyempitan pembuluh darah

Pelantikan testis:

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Steger, Klaus; Weidner, Wolfgang (2011). "Anatomy of the Male Reproductive System". Practical Urology: Essential Principles and Practice. Springer Science & Business Media. m/s. 57. ISBN 978-1-84-882034-0.
  2. ^ Mervyn Griffiths (2 Disember 2012). The Biology of the Monotremes. Elsevier Science. ISBN 978-0-323-15331-7.
  3. ^ a b Ronald M. Nowak; Ernest Pillsbury Walker (29 Julai 1999). Walker's Mammals of the World. JHU Press. ISBN 978-0-8018-5789-8. testes.
  4. ^ Murray Fowler; Susan K. Mikota (9 Januari 2008). Biology, Medicine, and Surgery of Elephants. John Wiley & Sons. ISBN 978-0-470-34411-8.
  5. ^ Kleisner, Karel; Ivell, Richard; Flegr, Jaroslav (Mac 2010). "The evolutionary history of testicular externalization and the origin of the scrotum". Journal of Biosciences. Indian Academy of Sciences. 35 (1): 27–37. doi:10.1007/s12038-010-0005-7. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2018. Dicapai pada 8 Disember 2018.
  6. ^ Mills, D. S.; Marchant-Forde, Jeremy N. (2010). The Encyclopedia of Applied Animal Behaviour and Welfare. CABI. m/s. 293–. ISBN 978-0-85199-724-7.