Teomaki ialah pertempuran antara dewa-dewa dalam mitologi Yunani. Contoh awal ialah Titanomaki (Perang Titan), yang 12 Dewa Olympus berperang melawan generasi sebelum mereka, Titan. Peperangan tersebut berlangsung selama sepuluh tahun dan berakhir dengan kemenangan para dewa Olympus dan mereka menguasai dunia. Satu lagi kes ialah Gigantomaki .

Dalam Iliad, pelbagai teomaki berlaku. Satu pertempuran antara Diomedes, yang dibantu secara langsung olhe Athena, melawan Aphrodite (sebahagian daripada aristeia Diomedes dalam Buku 5). Aphrodite dicederakan dengan lembing yang dipandu oleh Athena; ini teomaki pertama yang berlaku dalam Iliad. Buku 20 bermula dengan Zeus membenarkan para dewa untuk turut serta dalam pertempuran yang dipanggil Theomakhia. Dalam Buku 21 (478ff.) terdapat pergaduhan antara Hera dan Artemis. Pertempuran ini ditunjukkan oleh Homeros dengan gaya main-main kerana Hera tersenyum semasa dia menumbuk telinga Artemis, yang menyebabkan Artemis terbang berlinangan air mata. Melihat ini, Hermes enggan melawan Leto dan suruh Leto beritahu semua orang bahawa dia telah mengalahkan Hermes. Juga dalam Buku 21, Poseidon mencabar Apollo untuk bertarung. Apollo menolak, mengatakan yang para dewa bergaduh atas tindakan manusia itu mengarut, terutamanya kerana kecederaan mereka sendiri sekejap sahaja dan cepat sembuh. Teomaki dimasukkan dalam cerita untuk menekankan perbezaan antara manusia dan dewa. Dengan menunjukkan remehnya kesakitan dewa, penderitaan manusia dibesarkan.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ Usher, M. D. (2007). "Theomachy, Creation, and the Poetics of Quotation in Longinus Chapter 9". Classical Philology. 102 (3): 292–303. doi:10.1086/529474.