Drs. H. Tengku Zulkarnain[2] (lahir di Medan, Sumatera Utara, 14 Ogos 1963 – meninggal di Pekanbaru, Riau, 10 Mei 2021 pada umur 57 tahun)[1] adalah seorang ustaz berkuturnan Melayu Deli dan Riau. Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Agung Majelis Ulama Indonesia Majelis Pimpinan (MUI) bagi tempoh 2015-2020. Selain MUI, Ustaz Tengku juga aktif sebagai Pengerusi Majlis Fatwa PP Mathla'ul Anwar, sebuah pertubuhan yang memfokuskan kepada Islam pendidikan. Beliau pernah menulis buku Salah Faham: jawaban atas buku rapot merah Aa' Gym.

Tengku Zulkarnain
Peribadi
Kelahiran(1963-08-14)14 Ogos 1963
Kematian10 Mei 2021(2021-05-10) (umur 57)
Sebab kematianCOVID-19[1]
AgamaIslam
Warganegara Indonesia
Alma materUniversiti Sumatera Utara

Latar belakang dan pendidikan

sunting

Tengku Zulkarnain merupakan anak kepada Tengku Rafiuddin Saudin berketurunan kerabat Kesultanan Serdang dan Anisah Usy, anak perempuan seorang tokoh agama di Riau. Beliau menamatkan pendidikan S1 Jurusan Sastera Inggeris di Universiti Sumatera Utara. Beliau memiliki seorang isteri dan dua anak perempuan.[3]

Tengku belajar bermain gitar dan menyanyi sejak masih sekolah dasar (SD). Beliau menguasai berbagai macam alat muzik, seperti organ, gitar dan piano. Beliau pernah menjadi juara menyanyi di RRI dan TVRI Medan ketika masih remaja. Bahkan, beliau pernah dikontrak menyanyi di salah satu ternama di Medan. Tahun 1986 beliau berhenti bernyanyi dan fokus ke agama. Sejak saat itu, beliau berhenti total untuk bermain muzik. Bahkan, alat muziknya ia buang ke sungai.[4]

Pengajar dan pendakwah

sunting

Tengku mengaku belajar mengaji Al-Qur'an sejak usia 4 tahun. Saat berusia 8 tahun ia berhasil meraih juara Musabaqah Tilawatil Qur'an (MTQ) tingkat Kota Medan dan mewakili Medan di MTQ tingkat Sumatera Utara pada usia 9 Tahun. Ia mengajar di Madrasah Muhammadiyah Tanjung Sari, Medan saat berusia 16 tahun.[5]

Pada tahun 1987, Tengku dilantik sebagai pensyarah Sastera Inggeris di Universiti Sumatera Utara. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Presiden Pengarah institusi pendidikan LP3I, dan pernah bekerja di pejabat sebagai Pengarah Kewangan PT Griya Kersaleksana dan Pengarah HRD PT Trihamas Finance Syariah.[6]

Dalam pendidikan Agama Islam, beliau belajar ilmu fikih dari gurunya bernama Syaikh Dahlan Musa dan ilmu Al-Qur'an dari Syaikh Azro'i Abdul Rauf.[7]

Kontroversi

sunting

Pada tahun 2017, beliau telah ditolak oleh penduduk Dayak Sintang ketika melawat Kalimantan.[8] Beliau juga sempat ikut serta dalam Aksi Bela Islam serta aksi-aksi yang dilakukan alumni 212 pada masa setelahnya.[9] Dalam pilihan raya Presiden Indonesia 2019, beliau tercatat sebagai salah satu pendukung pasangan Prabowo Subianto-Sandiaga Uno.[10]

Pada Ogos 2019, beliau menuai sorotan kerana menyebut letak calon ibu negara Indonesia yang baru yang terletak di Kalimantan Timur berada di garis lurus dengan Beijing, ibu negara Republik Rakyat Cina, dan berpendapat bahawa letak ibu negara tersebut dapat dengan mudah dijangkau dengan rudal. Purnawirawan panglima TNI Moeldoko menyatakan bahwa rudal saat ini tidak lagi memiliki target garis lurus.[11]

Dalam ciapan di Twitter, beliau mengaku mengikuti Jamaah Tabligh sejak 1988.[12] Pada Juni 2020, beliau mempermasalahkan isi dari rencana Pembantaian di Indonesia 1965–1966 dan Partai Komunis Indonesia di Wikipedia bahasa Indonesia dan membuat tagar #BoikotWikipedia yang menjadi topik trending pada 3 Jun 2020.[13]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Siregar, Raja Adil. "Positif Corona, Ustaz Tengku Zulkarnain Meninggal Dunia". detiknews (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-05-10.
  2. ^ www.riauonline.co.id. "Dirawat di RS Tabrani, Ustaz Tengku Zulkarnain Positif Covid-19?". RiauOnline (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-05-10.
  3. ^ Mahpudi (30 Juni 2011). "Pak Harto: The Untold Stories". Gramedia Pustaka Utama. Dicapai pada 20 September 2019 – melalui Google Books. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ FAJAR. "Dicoret MUI, Tengku Zulkarnain Viral Menyanyi Lagu Barat Angela". FAJAR (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-05-12.
  5. ^ "Klarifikasi Tengku Zul Setelah Dibilang Tiba-Tiba Jadi Ustaz oleh Keponakan". suara.com (dalam bahasa Indonesia). 2019-06-08. Dicapai pada 2021-05-12.
  6. ^ News, Tagar (2017-12-23). "Siapa Tengku Zulkarnain? Wasekjen MUI Gemar Buat Cuitan Provokatif". TAGAR (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-05-12.
  7. ^ "Siapa Ustaz Tengku Zulkarnain? Ulama yang Suka Nge-gas di Twitter". GenPI.co. Dicapai pada 20 September 2019.
  8. ^ Hantoro, Juli (12 Januari 2017). "Wasekjen MUI Tengku Zulkarnain Ditolak Warga Dayak Sintang". Tempo. Dicapai pada 20 September 2019.
  9. ^ detikcom, Tim. "Di Reuni 212, Tengku Zulkarnain Bicara 'Tentara yang Dikawal Ulama'". detiknews. Dicapai pada 20 September 2019.
  10. ^ Tim. "Juru Kampanye Prabowo-Sandi, dari Politikus hingga Artis". nasional. Dicapai pada 20 September 2019.
  11. ^ Prasetia, Andhika. "Tengku Zul Tarik Garis Beijing-Kaltim, Istana: Ukurnya Bukan Seperti Itu". detiknews. Dicapai pada 20 September 2019.
  12. ^ Tengku Zulkarnain [@ustadtengkuzul (2020-06-03). "..Wikipedia sudah menuliskan sejarah "bengkok"? Peristiwa pemberontakan PKI justru WIKIPEDIA menuliskan PKI sebagai KORBAN, [...] #boikotwikipedia Mana suara kalian...?" (Twit) – melalui Twitter.]
  13. ^ Syambudi, Mohammad Bernie & Irwan. "Bahaya Politisasi Sejarah PKI ala Tengku Zulkarnain di Wikipedia". tirto.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-06-26.