Rizal Nurdin

(Dilencongkan daripada Tengku Rizal Nurdin)
Fail:Sumut.jpg
Gabenor Sumatera Utara (tengah)
Birth: Bukit Tinggi
21 Februari 1948
Jabatan Terakhir: Gabenor Sumater Utara
Karir: Panglima Daerah Militer I Bukit Barisan (1996 - 1998)
, Gabenor SUMUT (1998 - 2003) dan (2003 – 2008)
Sumber: Tokoh Indonesia Dot Com

Gabenor Sumatera Utara Mayjen TNI (Purn) Tengku Rizal Nurdin, meninggal dalam kemalangan kapal terbang Mandala Airline di Medan, Isnin 5 September 2005, sekitar pukul 10.06 WIB. Beliau yang dilahirkan di Bukit Tinggi, 21 Februari 1948, merancang untuk kembali ke Jakarta untuk menghadiri perjumpaan para Gabenor dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Kecelakaan nahas itu juga mengorbankan dua anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD) asal SUMUT, yaitu Abdul Halim Harahap dan Raja Inal Siregar yang juga mantan Gabenor Sumatera Utara (1988-1998) dan lebih kurang 100 penumpang, anak kapal dan warga di sekitar lokasi kejadian.

Tengku Rizal Nurdin meninggalkan seorang isteri, NR Siti Maryam, dan dua puteri, Tengku Armilla Madiana dan Tengku Arisma Mellina. Setelah jenazahnya dikenal pasti, dia dikebumikan di Gabenoran, Jalan Diponegoro, Medan. Dan dimakamkan di perkuburan Mesjid Raya Medan, Selasa 6 September 2005.

Anak kedua dari pasangan H Tengku Nurdin dan Hj Rafiah, itu menjawat jawatan Panglima Daerah Militer I Bukit Barisan dengan pangkat Mayor Jenderal sebelum menjawat Gabenor Sumatera Utara, selama dua penggal. Penggal pertama menjadi Gabenor Sumatera Utara, dia terpilih 15 Jun 1998 sampai [[2003[]. Kemudian terpilih lagi untuk penggal kedua pada 24 March 2003, dan dilantik 15 Jun 2003, seyogyanya baru berakhir 15 Jun 2008.

Dia tergolong sebagai Gabenor yang ramah, hampir tidak pernah mengelak jika ditanya wartawan. Dia juga selalu berusaha untuk tidak marah.