Tenggiling
Tenggiling, senggiling atau pengguling ialah spesies mamalia dalam order Pholidota. Order ini mempunyai satu keluarga yang masih wujud, keluarga Manidae terdiri daripada genus Manis, genus Phataginus, dan genus Smutsia.[5] Genus Manis mempunyai empat spesies yang ditemukan di Asia, manakala genus-genus Phataginus dan Smutsia masing-masing mempunyai dua spesies yang ditemukan di Afrika sub-Sahara.[6]
Tenggiling | |
---|---|
Tenggiling India | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | Pholidota Weber, 1904
|
Taburan spesies yang masih wujud | |
Sinonim | |
Senarai sinonim:
|
Tubuh badannya dipenuhi sisik keras dan tajam. Apabila ia merasa dalam keadaan berbahaya, ia akan menggulungkan tubuhnya menjadi seperti bola untuk mempertahankan diri daripada pemangsa.[7][8]
Penamaan
suntingNama tenggiling (Jawi: تڠݢيليڠ ) dan pengguling (Jawi: ڤڠݢوليڠ ) yang asalnya dipakai kepada spesies tenggiling Sunda dijejak daripada perkataan guling atau giling kerana perbuatannya menggulingkan diri.[9]
Taksonomi
suntingNama order Pholidota dijejak daripada kata Bahasa Yunani Kuno: ϕολιδωτός , pholidotos – "penuh sisik"[10] daripada φολίς pholís "sisik".[11]
Ciri-ciri
sunting20 peratus berat badan tenggiling terdiri daripada sisik-sisiknya.[8] Sisik-sisiknya diperbuat daripada bahan keratin yang sama membentuk kuku.[12][7] Kaki depannya berkuku panjang untuk menggali tanah.[13]
Tenggiling tidak dapat melihat dengan baik. Ia bergantung kepada deria bau dan pendengaran untuk mencari dan menggali sarang atau busut semut. Lidahnya sangat panjang mencapai 40 sentimeter.[8] Ia mengeluarkan air liur melekit[14] yang memerangkap semut dan anai-anai yang terkena lidah yang dijulurkan masuk ke dalam busut.
Habitat
suntingTenggiling biasanya suka berehat dalam lubang-lubang yang terdapat pada bahagian akar pokok yang besar, dan juga mengorek lubang dalam tanah. Ia juga suka bersembunyi dalam semak atau jerami.
Tabiat
suntingTenggiling menggulingkan badannya untuk melindungi diri ketika tidur pada waktu siang[15] atau apabila ia dihampiri pemangsa.[7][8]
Makanan
suntingMakanan utama tenggiling ialah semut dan anai-anai. Seekor tenggiling boleh makan 140 hingga 200 gram serangga setiap hari.[16]
Pembiakan
suntingTenggiling betina bunting dalam tempoh kira-kira 70–140 hari.[17] Spesies-spesies tenggiling Afrika melahirkan seekor anak sesekali, spesies-spesies tenggiling tenggiling Asia melahirkan sebanyak 3 ekor.[15] Anak tenggiling dilahirkan dengan sisik badan lembut yang lembut, sisik-sisik ini cepat mengeras.
Tenggiling menyusukan anaknya dalam tempoh tiga bulan.[8]
Bahasa kiasan
suntingKenderaan milik persendirian seperti motosikal atau kereta yang berusia biasanya akan dikiaskan sebagai tenggiling kerana rupanya yang purba dan pergerakannya yang perlahan.
Rujukan
sunting- ^ Springer, Mark S.; Emerling, Christopher A.; Gatesy, John; Randall, Jason; Collin, Matthew A.; Hecker, Nikolai; Hiller, Michael; Delsuc, Frédéric (Disember 2019). "Odontogenic ameloblast-associated (ODAM) is inactivated in toothless/enamelless placental mammals and toothed whales". BMC Evolutionary Biology. 19 (1): 31. doi:10.1186/s12862-019-1359-6. PMC 6343362. PMID 30674270.
- ^ Zagorodniuk, I. (2008). "Scientific names of mammal orders: from descriptive to uniform". Visnyk of Lviv University. Biology (48): 33–43.
- ^ Cope, E. D. (1889). "The Edentata of North America". American Naturalist. 23 (272): 657–664.
- ^ Pearse, Arthur Sperry (1936). Zoological names. A list of phyla, classes, and orders, prepared for section F, American Association for the Advancement of Science. Duke University Press. m/s. 24.
- ^ Schlitter, Duane A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference (ed. ke-3). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 530. ISBN 978-0-8018-8221-0.
- ^ Gaudin, Timothy (28 Ogos 2009). "The Phylogeny of Living and Extinct Pangolins (Mammalia, Pholidota) and Associated Taxa: A Morphology Based Analysis" (PDF). Journal of Mammalian Evolution. Heidelberg, Jerman: Springer Science+Business Media. 16 (4): 235–305. doi:10.1007/s10914-009-9119-9. S2CID 1773698. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 September 2015. Dicapai pada 14 Mei 2015.
- ^ a b c Wang, Bin; Yang, Wen; Sherman, Vincent R.; Meyers, Marc A. (2016). "Pangolin armor: Overlapping, structure, and mechanical properties of the keratinous scales". Acta Biomaterialia. Oxfordshire, England: Elsevier. 41: 60–74. doi:10.1016/j.actbio.2016.05.028. PMID 27221793.
- ^ a b c d e Dr. Ahmad Ismail (12 Januari 2018). "Tenggiling haiwan terancam". Utusan Malaysia. m/s. 20 – melalui Universiti Putra Malaysia Institutional Repository.
- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "tĕnggiling". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 567 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ Brown, Roland Wilbur (1956). The Composition of Scientific Words. Washington, D.C, Amerika Syarikat: Smithsonian Institution Press. m/s. 604.
- ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "φολίς". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
- ^ Spearman, R.I.C. (2008). "On the nature of the horny scales of the pangolin". Zoological Journal of the Linnean Society. Oxfordshire, England: Oxford University Press. 46 (310): 267–273. doi:10.1111/j.1096-3642.1967.tb00508.x.
- ^ Coulson, Ian M; Heath, Martha E (December 1997). "Foraging behaviour and ecology of the Cape pangolin (Manis temminckii) in north-western Zimbabwe". African Journal of Ecology. 35 (4): 361–369. doi:10.1111/j.1365-2028.1997.101-89101.x – melalui EBSCO.
- ^ Rose, Kd; Gaudin, Tj (2010). Xenarthra and Pholidota (Armadillos, Anteaters, Sloths and Pangolins). John Wiley & Sons, Ltd. doi:10.1002/9780470015902.a0001556.pub2. ISBN 978-0470015902. S2CID 82107941.
- ^ a b Mondadori, Arnoldo, penyunting (1988). Great Book of the Animal Kingdom. New York City: Arch Cape Press. m/s. 252. ISBN 978-0517667910.
- ^ Grosshuesch, Craig (2012). "Rollin' With the Pangolin – Diet". La Crosse, Wisconsin: Universiti Wisconsin–La Crosse. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 December 2014.
- ^ Hua, Liushuai; Gong, Shiping; Wang, Fumin; Li, Weiye; Ge, Yan; Li, Xiaonan; Hou, Fanghui (June 2015). "Captive breeding of pangolins: current status, problems and future prospects". ZooKeys (507): 99–114. doi:10.3897/zookeys.507.6970. PMC 4490220. PMID 26155072.