Templat:GP/Minggu 49 2018
(Dilencongkan daripada Templat:WP:GP/Minggu 49 2018)
Bandar Raya Ho Chi Minh, juga dikenali dengan nama lamanya Saigon, adalah sebuah bandar di Vietnam. Dengan populasi perbandaran lebih dari 8.4 juta, dan kawasan metropolitan sekitar 12 juta orang, bandar ini merupakan bandar terbesar di negara ini. Penempatan terawal di kawasan itu ialah kuil Funan, yang ditubuhkan pada abad ke-4 SM. Sebuah penempatan bernama Baigaur, sebahagian daripada Empayar Cham, ditubuhkan di tapak ini pada abad ke-11 dan dinamakan semula kepada Prey Nokor apabila empayar diserang oleh Orang Khmer. Raja Khmer mula mengizinkan penduduk Vietnam tinggal di bandar ini dari tahun 1623, dan menjadi kota Vietnam di bawah pimpinan Nguyễn Hữu Cảnh pada tahun 1698. Pada mulanya dipanggil Gia Dinh, kota Vietnam menjadi Saigon abad ke-18. Bandar ini adalah sebahagian daripada Empayar Perancis dari 1862 dan selepas Perang Dunia II menjadi ibu kota negara Vietnam Selatan. Bandar ini diambil alih oleh Vietnam Utara pada tahun 1975, satu peristiwa yang mengakhiri Perang Vietnam.Gambar: Diego Delso